Pagi tadi secara tidak sengajanya aku terbangun lambat yakni pada jam pukul 10.30 pagi. Asalnya plan nak hantar member aku tiga orang balik Malaysia dan nyaris-nyaris aku terlepas nak jumpa diorang. Luckily aku sempat jugak untuk jumpa dan hantar diorang di Heathrow tadi. Melihat kengkawan semua dah mula berdusun-dusun balik ke Malaysia, bilakah pulak turn aku yerk?! Mungkin lambat lagi rasanya sebab ticket yang agak lambat. Sabar sahajalah menuggu tarikhnya tiba. Kita countdown ramai-ramai : but still tarikh itu tetap dirahsiakan. Ngeh3!! Taknak bagitahu korang!! *muehehe*
Sepanjang aku dalam musim exam hari itu, aku menerima berpuluh-puluh tag dan award. Tapi macam keterlaluan lah pulak sekiranya aku ingin buat satu entri untuk setiap tag itu semua. Untuk tidak menunjukkan bahawa aku lupa dengan janji aku, maka aku akan cuba untuk langsaikan semua tag itu. Kepada member-member semua yang memberi aku tag dan award itu, segala nama korang sudah dicatatkan di entri sebelum nie. Ini bagi membolehkan aku tidak terlepas pandang nama korang yang bersemangat memberi "hadiah" ini kepada aku. Syukran Jazilan dan Jazakallah Khair kepada semua yerk. Jom kita tengok : tag mana yang aku pilih yerk?! ^_^
Antara banyak-banyak wasiat, tag dan juga award yang aku dapat, aku memilih untuk menulis mengenai satu tag yang diberi nama tag dua juta. Sebab aku yang menulis entri nie, maka aku nak ubah sedikit syaratnya yerk. Di dalam tag nie, aku kena senaraikan apa yang ingin aku buat ataupun aimkan sekiranya aku berjaya mendapat duit sebanyak RM 2 juta nie (kan best kalau dapat 2 juta pound.) Memandangkan korang semua tak tahu mengenai impian jangka pendek dan panjang aku, maka ini merupakan salah satu cara untuk share impian aku dengan korang semua. Kalau dapat dua juta ringgit, aku mahu :
1. Aku teringin untuk membeli tanah aku sendiri di Terengganu. Mungkin dalam ukuran satu or dua ekar. Di atas tanah itu, aku ingin membangunkan satu servis yakni servis futsal. Aku ingin jadikan itu sebagai sumber pendapatan sampingan aku selain daripada bekerja di Petronas. Ini memang impian aku sejak daripada aku di Form Three tau dan aku dah draft segala plan dan selalu check price tanah dari masa ke semasa untuk langsaikan impian nie. InsyAllah.
2. Sebagaimana yang pernah aku cerita dahulu, sekolah rendah aku tiada padang untuk diorang brsukan. Jadi, dengan dua juta ini, aku ingin hadiahkan kepada sekolah rendah aku untuk mereka membeli padang baru. Bolehlah budak-budak untuk bersukan dan tak menerima nasib seperti aku dulu-dulu.
3. Antara impian yang turut aku ingin gapai sekiranya aku ada duit lebih adalah aku ingin tingkatkan taraf kehidupan family aku dan diri aku sendiri. Aku taknak naikkan dengan mendadak sangat sebab itu boleh melalaikan. Sekurang-kurangnya better sedikit daripada sekarang nie. *thumbs up!!*
4. Dengan duit dua juta itu juga, aku ingin membawa family aku dan Cik Asliza Ahmad ke London. Aku ingin mereka semua tengok aku graduate daripada LSE yang merupakan antara university terbaik di dunia dan aku ingin mereka jalan-jalan di London. Aku ingin berkongsi dengan mereka semua kehidupan yang aku lalui ketika di sini. Aku ingin membuat mereka semua bangga!!
5. Last but not least, aku mahu berkongsi kebaikan ataupun rezeki yang aku terima itu dengan rakan-rakan yang tidak bernasib baik. Sesiapa yang memerlukan, aku akan tolong. Investment di dunia sudahpun wujud, maka investment di akhirat perlu juga dibuat kan?! Sabda Rasulullah SAW : "Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya".
Alright! Langsai sudah satu entri mengenai tag yang sudah dijawab. Oh ya, semuanya lima perkara di atas yang aku share ialah memang harapan yang akan aku bina satu demi satu : melainkan kalau dua juta ringgit ataupun dua juta pound tu jatuh bebetul daripada langit. *tapi cam takkan jer. Ahakz!!* Sepatutnya, aku kena share tag ini dengan sesiapa yang aku mahu. Tapi tak mengapa. Aku bukak tag ini untuk kepada sesiapa yang nak. Sekurang-kurangnya korang ada idea untuk tulis entri baru kan?! Tul tak?! InsyAllah! Aku akan berusaha keras untuk menggapai impian aku nie! Amin~~!!
*Besok cuti umum di London : Malam nie bolehlah aku all out blog*
[Kepada member semua yang ada idea pasal rumah sewa, harap dapat dishare]


