My Followers Who Follow My Blog

Saturday, July 24, 2010

Tips Untuk ke London, United Kingdom

Nampaknya sekarang dah masuk musim untuk para pelajar yang nak fly ke United Kingdom membuat preparation untuk ke sana. Selain itu, ada juga yang merancang untuk bercuti ataupun honeymoon di London ketika musim cuti sekolah nanti : terutamanya menjelang akhir November dan juga Disember. Last week aku telah mendapat e-mail daripada rakan pembaca yang meminta aku menjadi tourist guide sepanjang tiga hari mereka di London. Memandangkan aku free ketika itu, bolehlah aku mendapatkan side income sikit. Ngeh3!! ^_^


Tips Untuk ke London>Beras dan telur murah sahaja : Perencah dari Malaysia<


Tips Untuk ke London
>Aku beli periuk nasi harga RM30 : Di London, 30 pound belum tentu dapat<


Aku tahu dan yakin bahawa ada dalam kalangan rakan pembaca yang merancang untuk bercuti di London ataupun United Kingdom : tak kisahlah samada dalam masa terdekat ataupun bertahun-tahun lagi. Jadi, aku nak share sedikit tips ataupun apa yang patut korang kena prepare sebelum ke sana. Harap-harap dapat membantu seadanyalah. *hukhukhuk* Antara korang kena prepare ialah :

1. Pakaian : Pakaian nie bergantung bila korang nak datang London. Kalau nak datang dalam bulan November sehingga Februari, bawaklah pakaian tebal-tebal dan thermalware jugak. Tapi kalau datang selain daripada tu, pakai sweater pun dah cukup. Dinasihatkan untuk pakai hoodie lagi senang. Tak perlu baju sejuk tebal-tebal dan kasut kalis air. Semua tu boleh didapati dengan mudah di London. Tengok dulu cuaca macam mana bila sampai nanti dan baru beli pakaian yang sesuai. Memang sah lebih murah di sana berbanding Malaysia. Aku jamin!!

2. Makanan : Kalau London, tak perlu risau pasal makanan halal memandangkan ada banyak. Cuma perlu duit saja untuk membeli sebab agak mahallah. Oh ya, kedai kebab bertimbun-timbun dan kedai daging fresh halal pun ada. Tapi untuk survive dalam minggu pertama tu, bawaklah perencah-perencah dan mee segera untuk senang cerita. Selain itu, cuba untuk tidak convert duit bila nak membeli makanan. Kalau korang buat macam tu, sah-sah takkan sanggup nak berbelanja. Kalau lapar, aku tak tahu. *muehehehe*


Tips Untuk ke London>Kebab ada banyak jer di seantero London<


Tips Untuk ke London>Satu bungkus kebab nie harganya GBP 3.50 : Aku selalu makan<


Tips Untuk ke London>Nie pakaian ketika di awal bulan Oktober<


3. Pengangkutan : Kalau korang semua datang dari Malaysia, memang sah-sah akan sampai di Heathrow Airport. Di sana, korang boleh ambil tube(LRT London) untuk ke Central London. Tapi, sebelum korang naik tube tu, pastikan korang beli Oyster Card. Oyster Card adalah benda terpenting untuk travel around London. Dengan adanya card nie, perbelanjaan korang akan menjadi amat-amat jimat. Kalau tak silap aku, boleh mencecah 70% diskaun. Dulu aku pernah cerita kepentingan Oyster Card kan?! Kalau nak baca artikel tu, boleh terus guna "Search" di atas!!

4. Barang yang mungkin kena bawak : Antara barang yang aku bawak sebelum fly ke London dulu ialah periuk nasi. Sebabnya ialah orang di sana kurang makan nasi. Jadi, memang payah nak cari rice cooker yang murah dan berkualiti. Better bawak awal-awal. Segala dokumen perjalanan juga perlu dibawak dan memang security di sana agak ketat. Kalau boleh, bawak duit dalam bentuk bank draft ataupun traveller’s cheque. Jangan bawak cash banyak-banyak sebab agak risiko. Barang-barang peribadi boleh didapati di sana. Anything yang rasa tak boleh kalau tak dibawak, just bring it on. Asalkan tak lebih muatan kargo dahla. *kuikuikui*


Tips Untuk ke London>Ketika musim sejuk di London yakni bulan December<


Tips Untuk ke London>Tak perlu pakaian yang tebal-tebal : For me, jacket dah cukup<


Tips Untuk ke London>Nie pulak kalau di utara United Kingdom : Memang kena tebal<


Jadi, itulah empat tips yang aku dapat share dengan sesiapa sahaja yang terasa nak ke London ataupun United Kingdom. Dulu aku selalu cuak dan risau kalau-kalau tiada pakaian yang sesuai tapi last-last, semua boleh didapati dengan senang di sana. Kalau sesiapa yang memerlukan bantuan ataupun tips lain, bolehlah untuk terus mail aku yerk. Alamak mail aku boleh didapati di ruangan page "Mengenal Penulis" di atas tu. Kalau ada yang ingin aku jadi tourist guide pun boleh jugak. Lagipun aku memang dah biasa travel sekitar London tu. Just pastikan datang waktu aku cutilah. Kalau study time, payah cerita lak!! -_-"


>Diulang lagi sekali : Sesiapa perlukan bantuan tips, boleh e-mail aku<
[Hanya ada besok untuk berehat daripada kepenatan bekerja]
    Related Posts with Thumbnails