Siapa antara korang semua tahu pasal YouthSays.com?! Mungkin ada ahli YouthSays.com ker?! Untuk sesiapa yang mungkin tidak tahu, YouthSays.com adalah satu website yang mengadakan survey dan kempen dalam kalangan belia dan memberi rewards dalam bentuk points dan wang ringgit. Maklumat lanjut korang boleh didapati di Pages "Iklan di Blog" yerk. Untuk pengetahuan semua jugak, dalam bulan April lepas, YouthSays.com telah mengadakan survey dan meminta pendapat daripada kalangan belia di dalam beberapa topik. 10 pendapat terbaik bagi setiap topic akan dipaparkan setiap minggu di akhbar New Straits Time bersama-sama dengan gambar dan details peribadi masing-masing. *muehehehe*
Nak dijadikan ceritanya, semalam aku dikejutkan dengan pesanan daripada salah seorang rakan Blogger. Pesanan yang ditinggalkan di FormSpring tu memberitahu bahawa gambar aku muncul di dalam surat khabar New Straits Time bertarikh 06 June 2010 (Ahad). Aku dengan segera terus ke bahagian rujukan Public Library dan meminta surat khabar NST bertarikh itu. Belek dan terus membelek, terjumpa muka aku terpampang di situ. Terkejut jugak aku sebab aku langsung tak tahu or sedar tentang benda nie. Tapi exicted tu memang yang teramatlah!! ^_^
Komen aku yang berbunyi "No, it’s not! Although we have the world-class cyclists and bowlers, we don’t have any backups in badminton, hockey and football. We were once at the top in these sports" telah dipilih sebagai salah satu sepuluh pendapat terbaik untuk topik "Do Malaysia Making Progress in Sports?" Rasa bangga jap (eh, lama kut!!) Dahla terpampang di situ yang location aku adalah London. *wakakaka* Aku tunjuk kepada mak aku copy photostat page surat khabar tu dan mak aku suruh cari yang original. Dia cakap kena framekan nie!! Ahakz!! Lebih-lebih lak mak aku nie. Aku cakap takyah takper!!
Memandangkan ini adalah first time aku masuk surat khabar dalam keadaan page dan nama yang jelas, maka berasa agak bangga jugaklah. Berbaloi aku join survey dan nyatakan pendapat aku yang dikira "ala santai" tu. Tapi sebenarnya kan : ada satu kisah lawak di sebalik hal nie. Sebenarnya aku sudahpun membeli akhbar NST pada tarikh 6 June 2010. Probnya ialah aku hanya membaca tajuk utama dan bahagian sukan. Selain daripada itu, aku langsung tak ambil kisah. Kalaulah aku membelek setiap helaian paper NST tu, confirm aku dah boleh tahu pasal kewujudan aku dalam akhbar nie lebih awal. Tapi macam mustahil jer kalau aku baca part lain selain daripada sukan. -_-"
Sorrylah yerk. Aku terasa entri hari ini agak poyolah pulak. Nak buat macam mana, excited sangat keluar dalam paper NST. First time lak tu dan memang jelas nama, location dan gambar aku. Padahal kecil jer ruangannya pun. Oh ya, aku plan nak hantar gambar aku dan the gang berpakaian baju melayu ke Utusan Melayu ataupun any papers semasa musim raya nanti. Kalau nasib baik, boleh muncul dalam ruangan "Salam Aidilfitri dari Perantauan" kan? Errkk..sila abaikan fakta bahawa aku sekarang berada di Malaysia yerk!! *muekakaka* Papepon, have a nice day onwards korang semua yerk. Layan World Cup jugak : kewajiban lain macam solat dan kerja jangan ditinggalkan pulak yerk!! *warning mode*
*Habis sengal-sengal badan aku sebab futsal : Score 1 goal & menang*
[Bercuti besok dalam menulis entri kerana public library tutup besok yerk]

