My Followers Who Follow My Blog

Sunday, October 03, 2010

4 Cara Dapatkan Idea Menulis Entri Blog

Sekarang dunia blogger kita semakin pesat dengan wujudnya pelbagai blogger dengan gaya penulisan mereka sendiri. Ada yang menulis entri yang bagus tapi ada juga yang tulis entri yang kurang menarik untuk dibaca. Papepon itu adalah hak memasing dalam menulis dan meluahkan perasaan mereka. Ada juga yang suka update blog dengan amat kerap sehingga kering idea dan mula menulis benda yang mengarut. Korang perasan tak?! Sila jawab dengan jujur!!

cara dapatkan idea tulis blog>Mari kita sama memikirkan idea menulis entri<


Aku bukannya hebat sangat dalam menulis entri ataupun menerbitkan idea yang bernas tetapi Blog Coretan Perantau nie masih mampu untuk sampai ke standard yang aku inginkan. Ada banyak cara untuk mendapatkan idea bagi menulis entri. Sebagai contoh :

1. Banyakkan membaca pelbagai sumber : Ini memang aku amalkan sejak daripada aku keluar dari perut emak aku lagi. Anything yang menarik perhatian aku, confirm aku akan baca. Tak kisahlah komik 10 tahun lepas ker, surat khabar cina or india ker (aku tengok gambar jer -_-“) ataupun blog yang langsung tiada followers : semua aku baca. Sedar tak sedar akan timbul idea untuk menulis entri yang bermutu dan berpengetahuan pada masa yang sama. ^_^

2. Perhatikan di sekitar anda : Setiap bahan di sekeliling kita adalah sumber rujukan yang berguna dalam menulis entri. Sebagai contoh : kita tengok burung dan entri berkenaan pengalaman melastik burung akan terlintas, kita tengok ahli family dan idea mengenai generasi yang berbeza akan muncul dan sebagainya. Setiap benda di atas muka bumi ada fungsinya : termasuk kepada kita as blogger. *muehehehe*


cara dapatkan idea tulis blog>Sejam memikirkan idea adalah standard untuk diriku<


cara dapatkan idea tulis blog>Teruskan bercakap dengan sesiapa sahaja untuk mengumpul idea<


3. Tanya sesiapa sahaja : Aku akui yang aku memang jenis mudah untuk get along dengan sesiapa sahaja. Kalau terjumpa pakcik sapu sampah ataupun makcik cleaner, confirm aku akan ajak berborak. Kadang-kadang ada idea yang mungkin akan timbul dari perbualan seketika tersebut. Selain itu, tanyalah juga kepada sesiapa sahaja kerana setiap orang ada pandangan memasing dan obviously, idea yang berlainan. Ahakz!!

4. Sila rekod idea anda : Kadang-kadang idea akan datang sekelip mata dan juga akan hilang dalam sekelip mata. Cuba untuk rekod idea korang setiap kali ia muncul. Aku percaya korang akan mempunyai bank idea untuk digunakan. Pastikan entri yang ditulis bersesuaian dengan mood. Sebagai contoh : aku mempunyai dalam 8-9 waiting list idea untuk ditulis. Just mood entah hilang ke mana. Lain idea, lain entri, lain mood!! TT__TT


cara dapatkan idea tulis blog>Tidur sambil mendengar muzik : idea boleh datang dengan tetiba<


cara dapatkan idea tulis blog>Pelbagai idea timbul daripada pelbagai background<


Empat idea ringkas di atas memang aku pegang dalam mencari idea untuk menulis entri. Kadang-kadang aku akan duduk di atas kerusi dalam sejam untuk mencari idea dalam menghasilkan entri yang bermutu dan juga berguna kepada semua. Setiap orang ada skill memasing dan empat di atas merupakan skill utama aku dalam mencari idea menulis entri. Aku harap ini mampu untuk menolong korang mencari idea dalam menulis entri!! (^_^)/


*Sedang menggunakan Windows 7 dan Microsoft Office 2010 : Gempak!!*
[Patutkah aku upgrade blackberry aku kepada Blackbbery Torch?! : Macam malas<

    Related Posts with Thumbnails