Sekarang dunia blogger kita semakin pesat dengan wujudnya pelbagai blogger dengan gaya penulisan mereka sendiri. Ada yang menulis entri yang bagus tapi ada juga yang tulis entri yang kurang menarik untuk dibaca. Papepon itu adalah hak memasing dalam menulis dan meluahkan perasaan mereka. Ada juga yang suka update blog dengan amat kerap sehingga kering idea dan mula menulis benda yang mengarut. Korang perasan tak?! Sila jawab dengan jujur!!
Aku bukannya hebat sangat dalam menulis entri ataupun menerbitkan idea yang bernas tetapi Blog Coretan Perantau nie masih mampu untuk sampai ke standard yang aku inginkan. Ada banyak cara untuk mendapatkan idea bagi menulis entri. Sebagai contoh :
1. Banyakkan membaca pelbagai sumber : Ini memang aku amalkan sejak daripada aku keluar dari perut emak aku lagi. Anything yang menarik perhatian aku, confirm aku akan baca. Tak kisahlah komik 10 tahun lepas ker, surat khabar cina or india ker (aku tengok gambar jer -_-“) ataupun blog yang langsung tiada followers : semua aku baca. Sedar tak sedar akan timbul idea untuk menulis entri yang bermutu dan berpengetahuan pada masa yang sama. ^_^
2. Perhatikan di sekitar anda : Setiap bahan di sekeliling kita adalah sumber rujukan yang berguna dalam menulis entri. Sebagai contoh : kita tengok burung dan entri berkenaan pengalaman melastik burung akan terlintas, kita tengok ahli family dan idea mengenai generasi yang berbeza akan muncul dan sebagainya. Setiap benda di atas muka bumi ada fungsinya : termasuk kepada kita as blogger. *muehehehe*
3. Tanya sesiapa sahaja : Aku akui yang aku memang jenis mudah untuk get along dengan sesiapa sahaja. Kalau terjumpa pakcik sapu sampah ataupun makcik cleaner, confirm aku akan ajak berborak. Kadang-kadang ada idea yang mungkin akan timbul dari perbualan seketika tersebut. Selain itu, tanyalah juga kepada sesiapa sahaja kerana setiap orang ada pandangan memasing dan obviously, idea yang berlainan. Ahakz!!
4. Sila rekod idea anda : Kadang-kadang idea akan datang sekelip mata dan juga akan hilang dalam sekelip mata. Cuba untuk rekod idea korang setiap kali ia muncul. Aku percaya korang akan mempunyai bank idea untuk digunakan. Pastikan entri yang ditulis bersesuaian dengan mood. Sebagai contoh : aku mempunyai dalam 8-9 waiting list idea untuk ditulis. Just mood entah hilang ke mana. Lain idea, lain entri, lain mood!! TT__TT
Empat idea ringkas di atas memang aku pegang dalam mencari idea untuk menulis entri. Kadang-kadang aku akan duduk di atas kerusi dalam sejam untuk mencari idea dalam menghasilkan entri yang bermutu dan juga berguna kepada semua. Setiap orang ada skill memasing dan empat di atas merupakan skill utama aku dalam mencari idea menulis entri. Aku harap ini mampu untuk menolong korang mencari idea dalam menulis entri!! (^_^)/
*Sedang menggunakan Windows 7 dan Microsoft Office 2010 : Gempak!!*
[Patutkah aku upgrade blackberry aku kepada Blackbbery Torch?! : Macam malas<
[Patutkah aku upgrade blackberry aku kepada Blackbbery Torch?! : Macam malas<



30 comments:
amat patot upgrade ke torch...nampak macam best je.
mantap punya lah.. best! best!
kadang2 banyak sangat idea sampai tepu.. x tau dah nk tulis apa. hihi =P
nice idea...aku pun kdg2 sampai burnout..then mula la keluar idea yg merapu...xpe nnt aku cuba pelbagai inspirasi untuk update entri yg bagus untuk para pembaca aku
nice idea...aku pun kdg2 sampai burnout..then mula la keluar idea yg merapu...xpe nnt aku cuba pelbagai inspirasi untuk update entri yg bagus untuk para pembaca aku
Memang bagus entry ni :D
Mari baca:
kini aku suka berblog
tq2... bgus la u ni :)
saya memang suka n kerap membaca.my daily routine, adalah baca newspaper.dari situ, sepatutnya dpt baca ilham kan...
tapi bagi saya...(pendapat saya lah) sebab blog saya,org tau siapa saya...saya org ape,dok mane,sapa saya bla bla...tak sesuai kalau saya tulis benda2 isu yg mungkin sensitif untuk sesetengah org...so,saya buat blog yang ringan2 je,just for fun...
sebab saya ada 2 alam - syima yang suka tulis dairy (sebelum ada blog), dengan syima yang kuat berpikir n berckp hal ehwal isu semasa (kalau dgn kawan2 sekepala)..
idea yg bagusss~
ni ciri2 blogger tegar ni :) me pun dh start rekod apa2 yg me rasa sesuai utk jd idea tulis entry blog hehehhe
macam akak dah mengarut dah..dari bujang tetiba ada hubby haha
Akak menulis berdasarkan apa yg diorg minta...contohnya kalau org bertanya resepi sekian2 or my follower tanya kat mana nak dptkan brg sekian2.. itu yg kdg dlm sehari terpaksa update byk2 kali sbb ada request.
Apa2 pun Akak rasa..berblog ni yg penting niat kita, niat utk menyalurkan ilmu...biarpun nmpk mcm caca merba je entry...sekali dua kena selitkan juga apa2 yg berilmiah. Mudah2an berguna utk org lain yg memerlukan.
aku tulis ikut suka hati aku. walopun mula2 nak tulis pasal something, tiba2 tak jadi, keluar cite lain lak.
haha.
erk,ade unsur2 terasa disitu muehehe
owh akak suke bab catat idea,seperti cdgan hubby ak
apa yg penting idea kena ada kan???
emm..idea entri datang time tangkap gambr!..hehehe.
salam geng~tanpa idea sume n3 akan hancus!!!so kena pandai cipta idea2 yg menarik minat pembaca n follower kita!!! hahahah betoi x bt=ro.. aku da share n3 nih kat fb~semoga ramai yg berminat membacanya...~zass
cara aku plak.. memancing sambil cari ilham..
*Dah cakap , UFO mmg wujud , cuba baca ini . Peperangan antara Manusia & UFO.
malah yang berlaku seharian pun boleh dijadikan idea
wah,entry menarik! i loikeeeeeeeee~ ;)
bila ade idea, terus tulis...
tapi bile wat sekerat jalan, pasti da jadi idea lain..:)
Salam bro..wah entri kita hampir sama lah..ingatkan saya sorng je terpikir nak buat entri camni..tapi dekat 2,3 blog jugak..anyway sharing is caring....
betul! (3x)-gaya Upin Upin..
sy sgt setuju dgn no 1-4 tu-tepat & jitu :)
Terima kasih idea nya ...
tips yang bagus, MM kena cepat2 buat entry kalau da ada idea kalau x lupa nanti
Betul gak sume kat atas tu. Tapi tengok orang jugak kot.
*Kalau mcm aku bile idea tibe² menerjah kepale, aku terus simpan dlm fon kt folder draft, takut² terlupe terus, pastu de mase baru wat entri ;D
tips yang bagus bro.
thanks =)
banyakkan membaca...
dan bila ada idea terus buat draft hehe
nanti terlupa
nice entri..thanks for sharing..huhuhu..kekadang duk berejam pon, lom tentu idea mai..
terbaik~
As-Salam. Tanya siapa sahaja - wow .. ini adalah baru bagi saya ... boleh diguna-pakai. Ya, kadangkala informasi menerusi direct contact begini lebih baik dan lebih genuine. :)
Terbaik.
www.hasrulhassan.com
Post a Comment