Sebelum aku start berbicara panjang, aku ada satu quick question. Siapa tahu di manakah terletaknya Sri Wangsaria Condo? Yang mana terletaknya di Jalan Ara, Bangsar. Sesiapa yang tahu mengenai kawasan nie, public transport area nie dan anything yang berguna : tolong share yerk. Jazakallah khairan kathira in advance.
Siapa yang tengok cerita di TV3 semalam? Or dengan lagi tepatnya Konsert Muzik-Muzik jam 9.00 malam semalam. Anyone?! Ada yang layan tak?! Memang ramai betul kan yang pergi ke konsert tersebut dan kebanyakannya adalah orang melayu. Lelaki dan perempuan bercampur-gaul macam tiada apa-apa halangan. Aku tak tahu nak komen apa-apa tetapi aku percaya yang korang sendiri ada pendapat "yang sepadan dengan haluan agama dan adat" mengenai perkara nie. Betul tak?! Pendapat anyone?! *muehehehe*
Siapa yang tengok cerita di TV3 semalam? Or dengan lagi tepatnya Konsert Muzik-Muzik jam 9.00 malam semalam. Anyone?! Ada yang layan tak?! Memang ramai betul kan yang pergi ke konsert tersebut dan kebanyakannya adalah orang melayu. Lelaki dan perempuan bercampur-gaul macam tiada apa-apa halangan. Aku tak tahu nak komen apa-apa tetapi aku percaya yang korang sendiri ada pendapat "yang sepadan dengan haluan agama dan adat" mengenai perkara nie. Betul tak?! Pendapat anyone?! *muehehehe*
Mak aku membebel mengenai nie dan beliau cakap yang rancangan hiburan di Malaysia dah makin banyak sekarang. Aku seriously setuju dengan pendapat tu. Bak kata pengacara konsert tu jugak : ada yang sudah datang mulai jam 5.00 petang dan menghamparkan tikar di situ semata-mata untuk tengok konsert tersebut. Untuk berprasangka baik, aku assume yang mereka semua mencari arah kiblat dan sembahyang Asar dan Maghrib di situ jugak. Ataupun mereka mungkin bersembahyang di surau yang berdekatan. Aku tak tahu sangat area Dataran Merdeka tu tapi aku percaya ada surau area tu kan?! ^_^
Malas nak cakap panjang or membebel pasal tu. Cukuplah hanya dua perenggan dan yang lain, korang boleh fikir sendiri. Walaupun wujudnya lebih banyak program-program berunsur Islamik seperti Imam Muda dan lain-lain tetapi rancangan hiburan pun makin banyak sekarang. Terpulang kepada diri sendiri untuk nilai semua benda nie yerk. Alright! Stop about it!! Kita tukar topic yerk. Siapa tahu mengenai Formsping?! Formspring merupakan satu program yang kita boleh guna untuk bertanya soalan kepada empunya akaun dan akan dijawab di masa yang akan datang. Tahu kan? Kan? Kan?
So, apa yang aku tak puas hati mengenai Formspring nie? Aku takda masalah apa-apa dengan Formspring tetapi aku ada masalah dengan soalan yang telah dikemukakan. Sebelum nie aku telah menerima satu soalan yang berbaur lucah yang ditinggalkan oleh anonymous dan aku just ignore serta deletenya terus. Tetapi beberapa hari lepas, lagi sekali aku menerima dua soalan yang berbaur lucah. Soalannya adalah seperti di bawah. Perkataan di dalam [] adalah perkataan yang telah aku gantikan dengan yang lebih elok. Kalau korang nak tahu perkataan asal, boleh tanya aku direct yerk. Taknak share di sini. Oh ya, dua soalan itu dan juga soklan ketiga yang telah aku delete ialah :
01. Ko pernah raba [dada] perempuan tak?
02. [Kemaluan] ko hitam tak?
03. [Kemaluan] ko panjang tak? Ada dalam 6 inci tak??
Seriously, memang soalan macam lahanat jer. Eh, cam tak percaya aku menggunakan perkataan "lahanat" nie. Kalau diikutkan hatinya, aku boleh sahaja delete soalan-soalan nie dan terus lenyapkan isu nie. Tapi, aku tetap share dengan korang semua kerana seriously aku completely tak suka. Aku syak soalan ini ditanya oleh orang kita kerana dalam 93% pembaca di sini adalah Melayu. Mintak maaf sekiranya aku tersilap tapi istilah lucah yang telah digunakan : aku percaya hanya popular dalam kalangan Melayu. Aku maafkan pasal soalan-soalan ini tapi aku harap tidak berulang lagi yerk. InsyAllah!!

>Kita pelapis untuk generasi masa depan<
Soalan-soalan sebegini dan pada masa yang sama isu hiburan yang makin meningkat menunjukkan bahawa kita semakin merudum. Adakah kita nie makin lalai dengan hiburan? Adakah makin dikuasai dengan budaya yang tak elok sehingga terbawa-bawa ke dalam kehidupan seharian? Korang sendiri ada pendapat sendiri kan?! Kita semua sudah dewasa, sudah matured. Jadi, fikiran pun maturedkanlah yerk. Uisyh!! Panjang tul aku membebel kali nie. No offense : hanya menyatakan pendapat aku yang berlandaskan fakta. Yang penting, move forward dan set your goal. Semoga a nice day onwards yerk!! *kuikuikui*
*Pages Iklan di Blog dan Exchange Link sedang diupdate : Sila rujuk yerk*
[Selsema yang agak kuat dan cuaca yang tak menentu : Tolonglah hujan malam nie]




