Aku perasan yang beberapa hari kebelakangan nie traffic blog tak serancak di bulan Ramadhan. Mungkin korang semua masih sibuk beraya sakan kut. Papepon, blog still perlu dijaga dengan rapi dan entri baru masih perlu ditulis. Dua entri terdahulu : 3 golongan yang terbebas masa 1 Syawal dan 5 golongan yang beraya selepas Hari Raya : mungkin korang masih belum check lagi. Jadi, ringan-ringankanlah tulang korang untuk mengkahatamkan dua entri tersebut. Ahakz!! ^_^
Sekarang masih lagi di dalam mood beraya dan kita semua mungkin tak sedar dengan masalah-masalah yang akan timbul selepas musim Hari Raya. Selepas bergembira, mestilah ada saat kesusahan pulak kan?! *kuikuikui* Papepon, antara masalah yang mungkin timbul selepas musim Hari Raya ialah :
1. Hutang yang bertimbun : Golongan yang sibuk beraya sakan dengan budget yang rendah mesti akan berhutang untuk berbangga di Hari Raya. Selepas itu, semua hutang-hutang tersebut kenalah dibayar semula. Tambah pulak dengan perbelanjaan harian seperti bil-bil yang bertimbun, belanja family dan macam-macam lagi : boleh botak kepala nanti. *muehehehehe*
2. Traffic jam & kereta breakdown : Bagi yang beraya jauh di kampung halaman, mestilah kena travel dengan menggunakan kereta kan?! Kadang-kadang kereta tu boleh breakdown di atas highway dan mencetuskan masalah lain pulak. Masalah jam pulak memang sudah sebati dengan musim raya. Kadang-kadang boleh gila sebab stuck dalam jam lama sangat. TT__TT
3. Mengejar dateline : Sekiranya korang apply cuti yang panjang sepanjang raya nie, mesti korang mempunyai waktu yang sedikit untuk siapkan kerja-kerja di pejabat. Pastu, bagi students yang ada exam atau assignments kena hantar selepas raya, confirm masa study korang makin singkat. Jadi, pada masa inilah korang give all out untuk siapkan tugasan yang ada. Wakakaka!! Padan muka korang!!
4. Perselisihan faham : Seperti mana yang aku cakap dalan entri tiga golongan terbebas 1 Syawal, mesti ada yang akan sibuk mengumpat di Hari Raya. Kalau umpatan tu melampau sangat, mungkin akan timbul perselisihan faham selepas Hari Raya. Standardlah Hari Raya nanti semua akan sibuk untuk bermaaf-maafan tetapi selepas Hari Raya, entah apa yang akan jadi. Aku tak tahu!!
Empat masalah di atas merupakan masalah yang mungkin akan timbul selepas musim perayaan habis. Sekiranya korang rasa korang ada risiko untuk menghadapi masalah-masalah di atas, ambillah jalan penyelesaian seawal mungkin. Oh ya, sekiranya korang ada terfikir masalah-masalah lain yang turut akan timbul : sharelah sebab aku pun nak tahu buah fikiran korang semua jugak. Papepon, jangan lupa check dua entri sebelum nie dan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin!! (^_^)/
*Less than dua minggu kembali ke London, UK : Kena makan bebanyak nie!!*
[Bagaimana nak pro Adobe nie?! Payah tulla..sobs..]




