My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Tuesday, May 04, 2010

Galeri Gambar Bunga Tiga : Di Awal Spring Hyde Park

Dengan ini aku mengumumkan bahawa Kontest Baca London : Menang London ditutup dengan rasminya. Aku akan menilai segala penyertaan dan kami akan cuba untuk umum pemenangnya dalam masa yang terdekat. Dua pemenang utama mesti dah tahu hadiahnya apa kan?! Jadi, jangan lupa untuk pastikan korang sentiada datang ke sini untuk tidak ketinggalan dalam mengikuti perkembangan kontest ini. Selain itu, setelah dua hari galeri gambar bunga berturut-turut, hari ini merupakan hari terakhir aku akan berkongsi gambar bunga-bunga ini dan aku harap ini adalah galeri yang terbaik sekiranya ingin dibandingkan dengan dua hari yang lepas. Yang penting, korang nilailah sendiri yerk. Scroll down pelis~!! ^_^

bunga musim luruh>Ada pembaca cakap nie pokok maple : Yerker?!<


bunga musim luruh>Siapa yang suka warna ungu, mesti minat gambar nie kan?!<


bunga musim luruh>Ada macam-macam warna : Pilih sahaja<


bunga musim luruh>Ungu + Kuning = Hijau?!<


bunga musim luruh>Hutan belantara di tengah Hyde Park<


bunga musim luruh>Gambar nie aku tak zoom pun tau<


bunga musim luruh>Ini pokok sebenar : Berada di belakang pagar<


Untuk pengetahuan semua, London sepatutnya musim bunga sekarang dan aku expect suhu akan naik dan tiap-tiap hari akan cerah dan ada matahari. Tetapi lain jadinya hari ini dan dua tiga hari lepas. Cuaca memang tak menentu. Kejap panas, kejap hujan. Contohnya, semalam hujan seharian. Hari ini pulak, suhu mencecah 5 darjah celcius dan angin memang kuat. Tadi aku pergi LSE dalam keadaan terketar-ketar sebab aku ingat cuaca panas. So, bila aku expect camtu, aku pakailah t-shirt lengan pendek, jeans dan sandal sahaja. Tetapi suhu bapak punya sejuk. Menggigil aku tadi. Last-last kena balik bilik semata-mata nak pergi salin baju. Luckily gambar-gambar yang ditangkap nie dah ditangkap daripada awal-awal lagi. Tak sanggup aku nak pergi Hyde Park dalam keadaan cuaca macam ini. Oh ya, sesiapa yang nak ambil gambar-gambar ini untuk apa-apa tujuan : silakanlah yerk. Jangan segan-segan. *Muehehehe*


bunga musim luruh>Terasa macam berada di kebun bunga<


bunga musim luruh>Yang nie aku zoom : Budget-budget setting kamera<


bunga musim luruh>Terasa macam nak golek-golek sahaja tetapi rosaklah bunga<


bunga musim luruh>Tulip?! Mawar?! Ungu?!<


bunga musim luruh>Kalau boleh petik, aku petik untuk semua follower blog<


bunga musim luruh>Agak-agak, macam mana ketika kemuncak Spring eh?!<


bunga musim luruh>Antara gambar terakhir sebelum aku blah<


bunga musim luruh>Yang nie khas untuk sesiapa yang mahu : Amik2!!<

Jadual aku sekarang akan menjadi makin pack selepas ini memandangkan aku hanya ada masa kurang daripada dua minggu untuk study dan bersiap sedia untuk exam. Minggu nie ada Pilihanraya UK, Housing Fair dan juga Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein nak datang ke London untuk berjumpa para pelajar nanti. Minggu depan pulak betul-betul kena solely fokus exam. Sekiranya korang tak nampak new entri, janganlah bersedih. Aku percaya yang ada banyak lagi entri-entri terdahulu yang korang masih belum khatam kan?! Ambillah masa ini untuk membaca entri-entri zaman dulu yang masuh belum dibaca. Oh ya, jangan hanya datang untk blogwalking dan terus pergi : umpama sistem Touch N Go!! -_-"
*Aku cuba untuk fokuskan blog : Boleh juga baca entri dulu-dulu kan?!*
[Bilik aku dah kembali kucar-kacir balik selepas dua hari kemas]
    Related Posts with Thumbnails