Aku mulakan entri aku hari ini dengan perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan sedih dan ada perasaan gembira. Aku sedih atas sebab satu perkara dan aku gembira atas sebab beberapa perkara. Aku sedih kerana aku takkan ada header blog dalam masa terdekat sebab aku tak pandai design or buat dan aku juga tiada gambar yang sesuai TT__TT Tapi, aku juga gembira sekarang sebab Inter Milan baru sahaja menang Champions League menewaskan Bayern Munich 2-0. Memang hebat betullah Jose Mourinho nie. Selain itu, aku juga gembira sebab aku dipilih oleh pihak ITYM untuk menjadi salah satu daripada sepuluh biji blog yang akan diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan nanti. But still, header blog tarak ada!! TT__TT

>Gambar dulu-dulu di Malaysia. Pernah tak korang?!<
Ada rakan pembaca dan peminat yang request aku untuk menulis serba sedikit mengenai perbezaan antara study di London (ataupun di luar negara) dengan study di Malaysia. Baru aku sedar yang aku masih belum tulis lagi pasal perbezaan study di kedua-dua tempat nie yerk. Memandangkan ada demand, maka akan adalah supplynya. Oh ya, ini adalah berdasarkan pengalaman personal aku. Jadi, kalau korang ada dengar cerita yang lain daripada yang aku share, harap tidak dibahaskan. Selain itu, kalau ada yang terasa aku terkutuk Malaysia, juga diharapkan agar tidak dibahaskan sebab aku hanya berkongsi apa yang benar. Masing-masing ada pendapat sendiri yerk. So, inilah antara perbezaanya :
Kelainan 01. Kesibukan dalam berdikari : Bila aku sampai di London nie, ada banyak benda yang aku kena cope. Kena cope dengan budaya, kena cope nak cari makanan halal, kena cope cara nak face orang-orang sini dan macam-macam lagilah. Setiap hari, aku mesti akan jumpa ataupun belajar benda baru. So, dalam menempuh kehidupan, pada masa yang sama nak kena focus study jugak. Jadual aku akan jadi pack dan setiap masa dan waktu yang ada amatlah bernilai. Aku akan menjadi lebih memberi tumpuan dalam pelajaran. Tetapi kalau di Malaysia, masa terluang agak banyak aku rasa (pengalaman aku dulu-dulu) sebabnya benda yang sama akan aku face setiap hari. Bila ada banyak masa terluang, mulalah untuk hilang focus dalam study kalau tidak digunakan masa itu sebaiknya. Itu yang aku dapat rasakan sejak study di abroad nie. =_=
Kelainan 02. Penggunaan English : Aku akui yang English aku tak berapa bagus dalam penulisan tetapi kalau dalam speaking, boleh tahanlah jugak. Sebabnya kalau di sini, nak taknak aku kena speaking English dengan mat-mat dan minah-minah saleh. Kan kalau cakap Melayu, mana diorang nak faham. So, grammar kucar-kacir pun, tetap kena speaking English. Aku dapat melatih keyakinan aku dan pada masa yang sama, dapat improve English aku a lot. Berbanding di Malaysia, aku kurang gunakan English walaupun di dalam kelas English. Kalau dalam kelas, walaupun sepatutnya kena guna English, last-last termelayu jugak. Di sini, tiada pilihan kedua. Yang ada : kena speaking English dan kena bagi diorang faham gak. Kalau tak, diri sendiri yang rugi dan ketinggalan. Aku rasa English perlu terus-menerus diserapkan dalam bahasa percakapan supaya takdalah ketinggalan sangat. InsyAllah kita semua mampu. ^_^
Kelainan 03. Bantuan Guru ataupun Lecturer : Sekiranya aku di Malaysia dahulu, kalau aku tidak faham apa-apa, aku akan kal cikgu aku dan terus bertanya. Hampir semua cikgu dan lecturer akan ada anytime untuk membantu sekiranya aku ada kesukaran dalam apa-apa bidang. Tetapi di sini, students dilepaskan. Apa yang diajar di dalam lectures, itulah sahaja ilmu yang dikongsi. Selain daripada itu, sila lakukan research sendiri. Mereka tetap ada untuk membantu tetapi bukanlah sekerap dan serapat seperti di Malaysia. Tapi aku rasa hampir semua university di dunia nie begitu kan?! Just di UK nie, korang perlu bergantung kepada diri sendiri dan perlu bersaing dengan diri sendiri untuk terus berjaya!! Kalau tak, confirm tak dapat nak catch up semuanya!!
Jadi itulah antara tiga perbezaan utama pembelajaran di Malaysia dan di United Kingdom. Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan lain dan ini akan aku kongsi dengan korang semua besok yerk. Aku dalam usaha untuk memendekkan entri aku sebab ramai cakap kalau entri panjang, orang tak minat nak membaca. Kalau orang tak minat nak membaca, niat aku untuk berkongsi kisah sebenar study dan hidup di United Kingdom akan terbantut sebab kurang yang akan membaca sampai habis. Jadi, pastikan korang baca sambungannya besok yerk. InsyAllah. Aku kongsi apa yang terbaik dari ladang.Ngeh3!!
*Trimas kepada semua feedback yang diberikan semalam yerk :)*
[Exam statistics akan start hari selasa nie. Perlukah aku start study sekarang?!]


