Aku mulakan entri aku hari ini dengan perasaan yang bercampur baur. Ada perasaan sedih dan ada perasaan gembira. Aku sedih atas sebab satu perkara dan aku gembira atas sebab beberapa perkara. Aku sedih kerana aku takkan ada header blog dalam masa terdekat sebab aku tak pandai design or buat dan aku juga tiada gambar yang sesuai TT__TT Tapi, aku juga gembira sekarang sebab Inter Milan baru sahaja menang Champions League menewaskan Bayern Munich 2-0. Memang hebat betullah Jose Mourinho nie. Selain itu, aku juga gembira sebab aku dipilih oleh pihak ITYM untuk menjadi salah satu daripada sepuluh biji blog yang akan diserahkan kepada Menteri Belia dan Sukan nanti. But still, header blog tarak ada!! TT__TT

>Gambar dulu-dulu di Malaysia. Pernah tak korang?!<
Ada rakan pembaca dan peminat yang request aku untuk menulis serba sedikit mengenai perbezaan antara study di London (ataupun di luar negara) dengan study di Malaysia. Baru aku sedar yang aku masih belum tulis lagi pasal perbezaan study di kedua-dua tempat nie yerk. Memandangkan ada demand, maka akan adalah supplynya. Oh ya, ini adalah berdasarkan pengalaman personal aku. Jadi, kalau korang ada dengar cerita yang lain daripada yang aku share, harap tidak dibahaskan. Selain itu, kalau ada yang terasa aku terkutuk Malaysia, juga diharapkan agar tidak dibahaskan sebab aku hanya berkongsi apa yang benar. Masing-masing ada pendapat sendiri yerk. So, inilah antara perbezaanya :
Kelainan 01. Kesibukan dalam berdikari : Bila aku sampai di London nie, ada banyak benda yang aku kena cope. Kena cope dengan budaya, kena cope nak cari makanan halal, kena cope cara nak face orang-orang sini dan macam-macam lagilah. Setiap hari, aku mesti akan jumpa ataupun belajar benda baru. So, dalam menempuh kehidupan, pada masa yang sama nak kena focus study jugak. Jadual aku akan jadi pack dan setiap masa dan waktu yang ada amatlah bernilai. Aku akan menjadi lebih memberi tumpuan dalam pelajaran. Tetapi kalau di Malaysia, masa terluang agak banyak aku rasa (pengalaman aku dulu-dulu) sebabnya benda yang sama akan aku face setiap hari. Bila ada banyak masa terluang, mulalah untuk hilang focus dalam study kalau tidak digunakan masa itu sebaiknya. Itu yang aku dapat rasakan sejak study di abroad nie. =_=
Kelainan 02. Penggunaan English : Aku akui yang English aku tak berapa bagus dalam penulisan tetapi kalau dalam speaking, boleh tahanlah jugak. Sebabnya kalau di sini, nak taknak aku kena speaking English dengan mat-mat dan minah-minah saleh. Kan kalau cakap Melayu, mana diorang nak faham. So, grammar kucar-kacir pun, tetap kena speaking English. Aku dapat melatih keyakinan aku dan pada masa yang sama, dapat improve English aku a lot. Berbanding di Malaysia, aku kurang gunakan English walaupun di dalam kelas English. Kalau dalam kelas, walaupun sepatutnya kena guna English, last-last termelayu jugak. Di sini, tiada pilihan kedua. Yang ada : kena speaking English dan kena bagi diorang faham gak. Kalau tak, diri sendiri yang rugi dan ketinggalan. Aku rasa English perlu terus-menerus diserapkan dalam bahasa percakapan supaya takdalah ketinggalan sangat. InsyAllah kita semua mampu. ^_^
Kelainan 03. Bantuan Guru ataupun Lecturer : Sekiranya aku di Malaysia dahulu, kalau aku tidak faham apa-apa, aku akan kal cikgu aku dan terus bertanya. Hampir semua cikgu dan lecturer akan ada anytime untuk membantu sekiranya aku ada kesukaran dalam apa-apa bidang. Tetapi di sini, students dilepaskan. Apa yang diajar di dalam lectures, itulah sahaja ilmu yang dikongsi. Selain daripada itu, sila lakukan research sendiri. Mereka tetap ada untuk membantu tetapi bukanlah sekerap dan serapat seperti di Malaysia. Tapi aku rasa hampir semua university di dunia nie begitu kan?! Just di UK nie, korang perlu bergantung kepada diri sendiri dan perlu bersaing dengan diri sendiri untuk terus berjaya!! Kalau tak, confirm tak dapat nak catch up semuanya!!
Jadi itulah antara tiga perbezaan utama pembelajaran di Malaysia dan di United Kingdom. Sebenarnya ada banyak lagi perbezaan lain dan ini akan aku kongsi dengan korang semua besok yerk. Aku dalam usaha untuk memendekkan entri aku sebab ramai cakap kalau entri panjang, orang tak minat nak membaca. Kalau orang tak minat nak membaca, niat aku untuk berkongsi kisah sebenar study dan hidup di United Kingdom akan terbantut sebab kurang yang akan membaca sampai habis. Jadi, pastikan korang baca sambungannya besok yerk. InsyAllah. Aku kongsi apa yang terbaik dari ladang.Ngeh3!!
*Trimas kepada semua feedback yang diberikan semalam yerk :)*
[Exam statistics akan start hari selasa nie. Perlukah aku start study sekarang?!]



29 comments:
wahhhh mmg sangat2 berusaha la kamu ni kan..
hoooo..ku igt leh senang lenang huhahuha
huhu berusahaa!!! (n_n)
p/s; bila pulang msia?
which one better?
stdy kat malaysia or uk?
suka entry ni..bg sy tips utk fikir msk2 sama ada nk further UK or not..huhu i have three months left to think about ths and give my answer to Sheffield
memang banyak perbezaan dan di sana lebih kepada berdikari sendiri hehe..
semoga maju jaya ye
betul2..
walaupun sy di mesir,tp mostly same perbezaan tu..cume yg dri segi bhse tu lah..at least in english..kat sini dlm bhse arab..yg xde basic or bkn dr skolah agme?adoiyaii..susah gilak nk phmkn..
pergghhhhhhhh... aku ada hati lagi nak g sana.. amboiii hajat!
hohoo kalau kat tempat sendiri mmg terasa senang je,jadi semua benda amek mudah kan..tempat yang kita tak biasa menjadikan kita kuat..hohooo.. kalau kat tempat aku belajar ni, kalau dapat lect satu kepala mmg sng lah,kita tanya dia bagi jawapan.. tapi kalau dapat lect jenis yang 'perpustakaan ada kan, sila pergi ke perpustakaan'...mmg sampai ke sudah lah dia xakan bagi jawapan,jangan harap.ada kwn aku dpt penyelia tesis macam nih,tiap2 hari2 muka mencuka..huhuhu
Woah.. kagum nye. sangat berusaha.
Semoga berjaya :)
Di UK byk mknan halal kan, tak risau sgt klu nk banding dgn Jepun. susah giler. kena msak sendiri dan pastikan brg2 yg dibeli tu halal..ttg penggunaan bhs english lama2 mesti terer ckp sbb selalu guna bhs tu..satu lg bagus jugak belajar sana dpt gak tgk negara org..
btw tahniah sbb blog ni terpilih...
gdluck to ko kat sne bro!
hehehehe~
org kate klu duk sne kne kuat iman~btui ka?=)
nti blik snie, bwk ak g sne lak bro~
p/s : jgn lupe jersi Man U ak pesan tuh..hahaha..
salam..nak komen sini gak...actualy i agree wit u...mmg study kat oversea have to be more independence than negara sendiri...coz different people, culture, style and everything...but at least english ok coz in malaysia still familar with english compared student from japan,rusia(for example..anyway, chaiiyok2..u doing really well...
salam,
usaha sendiri tu kejayaannya lebih memberi kepuasan
part independent and confidence in language command tu sgt betul!! me agree...esp me pulak buat phd, lg la supre independent...terpaksa beb
pengalaman yg sgt bguna ni...
cian kita xdpt fly sbb recession time 98..tp,dok masuk UTP,so mmg ramai foreigners n of cos kena speakin glondon gak..
Assalamualaikum... wow bestnyer study rajin-rajin , tapi jangan lupa balik dan berbakti di MALAYSIA.
semoga kamu sukses dalam pelajaran wahai perantau
statistic memang susaaaahh ! tekanan I jawab. nsb baik lulus ! hehe :D
heh? tulis la panjang2 lagi.. baru bestt! ;]
lama2 english long mmg superb!1
study sini speaking manglish memang akn superb jugak ahha
Salan hafiz, secara peribadi kalau dpt offer perlu pergi atau study jer kat m'sia.
gud luck on statistics!!
heee..
huhuhu...sgt kagum and in d same time sangat jeles kot..somehow, i wish i were you..aja2 fighting...jgn sia2kan peluang yg awk ada k..tak semua dapat pluang cm awk..so da ada usah dipersia...
All the best..:-)
cntk student id.lalala..
pape pun gud luck bro =))
comment utk ayat last : perlu!
sronoknye blaja kat luarnegare =) hehe
cikgadis:huk2..tarikh nk rhsiakan aci tak?boleh?keh3!!mner leh sng2..
dye:kalau nak jawapan jujur, sy skong study di luar negara..
atiqah:hehe..harap entri nie membantu anda memilih..kalo xpaham pape, leh tnya jer direct..
syafrizal:trimas2..betul2..sy akan take into consideration dan ingt..
ismi:ahakz..sy xtau lgsung cakap bahasa arab..lehla sedikit2 skit..
ann:hehe..bagus2..simpan hajat tu..insyAllah mampu leh dtg sini kan..
rossoneri:haha..aku percaya kalau dia suruh ko wt research ac milan, confirm ko mampu jawab kan?
juejay:hehe..kena kagum..xderla kagum sngt..mmg kena berusaha..kl x, ketinggalan..
swetsal:trimas kak..sy pun xtau naper leh terpilih..kui3..
nabiel:memandangkan aku nie supporter arsenal jersey MU tu payah skit aku nak tunaikan..haha
infinity:trimas2..sbb brstju ngn saya pnya cdngn yg xsbrapa nie..huk3
daun:tapi kalo gagal, effectnya pun turut mendalam kan?tul tak?hehe
mama zhafran:semua org indipendent lebih2 kt uk nie.trutama kalo bdget thigh kan?
ann:hehe..just a sharing kepada semua..
blabberina:takperlah..mungkin rezeki lebih bnyak di situ yang Allah tetapkan kan?
liza:ahakz..kalo ada tawaran bagus, saya baliklah Malaysia..dun wory..kui3
akuvision:amin..moga doa ko dimakbulkan..hehe
hudhud:harap2 i pun leh lulkus gkla..cuak gk kut..
saye kerink:tak;leh..nanti xder rmai org nak bacer..kesian kat aku lak..haha
zaizax:ahakz..manglish tu dah lama kuasai..sejak berzamn lagi tu..
lina:kalau saya, saya akan amik ktoverc..ada banyak benda baru leh belajar tau..
kerak nasi:luck tak berapa nak good masa exam aritu..haha
alfathunisa:bek2..saya akan ingat wak pnya nasihat tu..sbgai mendokong harapan sema kan..
ilyah:grazias..heege
arieyko:well..mmg cntik pun.tngk siapa yg jadi model dialah..gaha
gluck:alamak..malasnya..hehe
dr cinta:sronopk kalo ada duit lebih..hahaha
Post a Comment