Memandangkan hari Ahad lepas merupakan Hari Raya Aidiladha, maka aku nak share dengan korang semua serba sedikit kemeriahan beraya di London untuk tahun ketiga. Sebenarnya raya tahun nie agak spesel sebab jatuh pada hari weekend : maka takdalah clash dengan kelas ataupun lectures cam tahun-tahun yang lepas. Ahakz!! Aku dan 7 orang lagi housemates aku bertolak daripada rumah kitorang di Turnpike Lane seawal jam 7.45 pagi menuju ke Kedutaan Malaysia di Hyde Park, London untuk sembahyang raya. Once sampai, memang penuh dengan orang ramai : tak dapat nak ambil saf depan. Tapi takpalah : asalkan dapat sembahyang raya. Pastu best jugak sebab dapat jumpa dengan ramai kengkawan yang dah lama tak meet up!! Yeehaaa!! (^_^)/
>Di hadapan taman di Kedutaan Malaysia<
>Turnpike Lane Station : Bergerak ke Kedutaan Malaysia<
>Cakap nak gie sembahyang beraya tapi Kindle bawak sekali<
>Baru sahaja melepasi stesen tube Arsenal<
>Tengah tunggu nak sembahyang raya dan tunggu orang<
>Start untuk meet-up dengan kengkawan pas sembahyang<
>Gambar calon untuk Salam Perantauan tahun depan<
>Nie pun strong candidate untuk hantar Salam Perantauan jugak<
>Pas sembahyang dan bergambar : makan free la pulak jawabnya<
>Kami adalah warga lelaki LSE : pelbagai batch termasuk semua<
>Yang nie pulak gambar bebudak LSE termasuk yang girl<
>Kali nie termasuk bebudak junior LSE pulak : tua dah aku<
>Rasa macam aku nie under-dress la pulak gayanya yerk<
>Dah penat : jom pulang ke rumah la pulak untuk tidur<
Pas dah langsai solat raya Aidiladha dan kutbah, mulalah sesi bergambar. Pastu tetiba Presiden UMNO London ajak aku dan beberapa member aku untuk buat ucapan raya. Dia cakap nak hantar ke ASTRO : entah kuar TV ke tak. Wakakaaa!! Papepon selepas sesi bergambar, kitorang makan juadah yang dah disiapkan dan teruskan sesi bergambar dan meet-up dengan kengkawan. Memandangkan aku kurang sihat, so aku terus balik rumah selepas itu dan tertido sampai petang. Once dah bangun, kitorang serumah masak Nasi Tomato bersempena dengan Hari Raya Aidiladha nie. Meriah la jugak kiranya kan?! Oh ya, usha-ushalah gambar kitorang beraya Aidiladha ketika musim luruh di London. Last but not least, aku ingin ucapkan “Salam Aidiladha Dari Kota London” buat semua rakan pembaca di mana jua anda berada!! Makan daging bebanyak tau!!
*Tahun depan tryla cari salah satu gambar di atas semasa Salam Perantauan*
[Pembahagian daging korban petang tadi : alhamdulillah rezeki murah juga tahun nie]