My Followers Who Follow My Blog

Monday, February 15, 2010

Tolong dan Bantu Aku Mahu ke London

Sebenarnya aku plan nak tulis pasal kisah dan kehidupan dan cara-cara untuk shopping di London. Lagipun ramai yang berminat untuk tahu macam mana nak shopping di London, barang-barang branded yang dijual dan macam-macam lagilah. Tetapi, tiba-tiba terlintas di fikiran aku yang aku dah lama tak telefon parents aku di Malaysia. Hampir nak masuk dua minggu dah. Aku busy sangat di sini. Lagipun waktu kan berbeza di sini dengan Malaysia. So, (ngah berfikir~!!) aku buat keputusan yang aku akan cerita pasal shopping tu lain kali yerk. 


tolong aku ke london>Aku sebelum fly: di KLIA<



Kali ini, aku akan cerita pasal pegorbanan dan pertolongan yang aku terima daripada orang-orang disekeliling aku semasa aku buat persediaan untuk terbang dulu. Mungkin tidak terkejut sekiranya tiba-tiba aku menitiskan air mata semasa taip nie. [T.T] Tapi tak mengapa sebab korang bukan tahu pun kan?! Mungkin entri ini akan menjadi bosan ataupun bukan yang korang harapkan tapi aku tetap nak kongsi pengorbanan diorang semua di sekeliling aku. Aku janji yang next time aku tulis entri pasal shopping di London~!! J.A.N.J.I. !.!.


Trimas Kepada : AyahKu [Long Hassan Long Chik]
Sebab?! : Aku paling berterima kasih kepada ayahku. Ayah aku bekas tentera. Jadi, korang paham-paham lah macam mana kan perangai dia. Aku bukan datang dari keluarga senang dan untuk fly ke London, aku perlukan banyak duit untuk persediaan dan macam-macam lagilah. Aku dan ayah aku akan ke tempat-tempat bundle, pasar-pasar malam, tempat jual pakaian murah dan macam-macam lagi untuk cari pakaian untuk dibawa fly. Aku tak kisah langsung pasal brand! Ayah aku tak pandai bawa kereta. So, kami berdua ke mana-mana just dengan motor kapcai ayah aku. Kalau hujan ke, kami redah saja. Balik rumah, terus kena bebel dengan mak. Kami berdua tak beli brand-brand mahal. Mydin dan Giant dah cukup selain daripada pasar-pasar malam. Memandangkan aku takda lesen lagi masa itu, jadi ayah akulah yang bawa aku ke mana-mana sahaja dan melayan kerenah aku. Untuk cari kot untuk aku pakai masa fly, ayah aku pergi banyak betul pasar malam untuk cari yang sesuai. Dah jumpa, tapi dia rendam kot tu dalam air dan habis rosak. Kena beli yang mahal pastu. Kesian ayah aku~!! Memang banyak barang nak kena beli dan ayah aku yang teman aku ke semua tempat. Dia hantar aku dan datang ambil aku semula pastu. Baju sejuk aku pun just beli di pusat bundle kawan ayah aku.


tolong aku ke london>Ayah di kanan aku dan atuk di kiri aku<



tolong aku ke london>Picture with mak dan adik aku 2 orang<


Trimas Kepada : IbuKu [Norisyah binti Muda]
Sebab?! : Mak aku umpama menteri kewangan dalam family aku. Dia yang uruskan semua pasal duit. Selepas kot bundle rosak, mak aku keluarkan wang simpanan dia untuk belikan aku kot berharga RM700. Rasa rugi pun ada sebab pakai beberapa kali sahaja. Tapi, mak aku tetap berkeras nak bagi gak. Selain itu, mak aku juga bagi dalam RM1000 untuk aku belanja di London sebagai tambahan kepada wang yang PETRONAS bagi untuk persediaan. Kalau ayah aku sibuk, mak aku yang hantar dan ambil aku di mana-mana pon. Mak aku yang pandu kereta semasa nak hantar aku ke airport. Memang tahanlah mak aku pandu kereta. Mak aku tak berkira mana bab duit dan selalu suruh aku beli barang mahal sikit untuk bawa ke London tapi aku taknak. Lebih baik duit itu bagi kepada adik-adik aku yang lain. Aku anak sulong, kena mampu berdikari. Selain itu, mak aku juga antara yang mengalirkan air mata semasa nak hantar aku. (sorry..payah aku nak tulis panjang lagi~!!)



tolong aku ke london
>Berhenti rehat on the way ke Nilai<


Trimas Kepada : Adik-beradik, ahli keluarga besar dan atuk-nenek.

Sebab?! : Semasa aku nak fly, aku dihantar oleh 3 buah family yang besar. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku turut serta dalam menghantar aku ke KLIA. Nenek aku memang sayang aku. Kuat tul dia nangis semasa hantar aku hari itu. Atuk aku memang macholah. Walaupun hari itu adalah hari raya kelima, tapi mereka semua sanggup spend masa untuk hantar aku. Dalam 3-4 buah biji kenderaan yang iringi aku ke KLIA. Lagipun ini adalah first time dalam keluarga besar aku yang akan fly ke luar negara. Diorang semua memang betul-betul sanggup tolong aku dan aku akan ingat pengorbanan diorang semua. Lagipun, minyak kereta dan penginapan bukannya murah. Trimas kepada mak aku lagi sekali sebab sanggup tanggung semua perbelanjaan itu.



tolong aku ke london>Bersama-sama kawan-kawan di KL<


Trimas Kepada : Kawan-kawanKu [Zaki, Faiz-Faiz, Dollah, Qama dll]
Sebab?! : Memang betul-betul payah nak buat visa. So, takkanlah aku nak ulang-alik ke Terengganu. Jadi, aku tumpang rumah Zaki selama sebulan. Memang lama aku tumpang dan memang dah segan gila tapi selamat family dia tak kisah. Selepas itu, nak buat visa, kena datang awal ke pejabat Kedutaan British. Jadi, aku tumpang bermalam di rumah Dollah yang terletak di sebelah Kedutaan itu. Qama, Faiz dan lain-lain juga menemani aku sepanjang masa aku ada di KL. Dan diorang juga temani aku dalam segala proses untuk apply visa. Dahla masa itu bulan Ramadhan. Jadi, memang seksa kehidupan masa itu. =_="

Trimas Kepada : Lain-lain
Sebab?! : Trimas juga kepada bantuan ramai lagi pihak-pihak lain yang membolehkan aku terbang ke London sekarang. Cikgu-cikgu aku di KTJ, MRSM dan lain-lain, student advisor PETRONAS dan ramai lagi yang memberi bantuan kepada aku. Aku hargai bantuan korang semua dan akan aku tebus semula nanti.



tolong aku ke london>Final photo before aku depart ke London<



Jadi, begitulah kisah aku semasa mula-mula nak terbang ke London dahulu. Aku amat menghargai dan berterima kasih kepada semua yang sudi menolong aku semasa aku berada di dalam kesusahan dahulu. Terutamanya parents aku. Aku sayang korang semua. InsyAllah dalam masa terdekat, aku akan telefon orang-orang di Malaysia.



*Minta maaf sebab tiada info baru pasal London* 
[Happy Chinese New Year to all Chinese: Angpow pelis~!!]
    Related Posts with Thumbnails