Sebenarnya aku plan nak tulis pasal kisah dan kehidupan dan cara-cara untuk shopping di London. Lagipun ramai yang berminat untuk tahu macam mana nak shopping di London, barang-barang branded yang dijual dan macam-macam lagilah. Tetapi, tiba-tiba terlintas di fikiran aku yang aku dah lama tak telefon parents aku di Malaysia. Hampir nak masuk dua minggu dah. Aku busy sangat di sini. Lagipun waktu kan berbeza di sini dengan Malaysia. So, (ngah berfikir~!!) aku buat keputusan yang aku akan cerita pasal shopping tu lain kali yerk.
Kali ini, aku akan cerita pasal pegorbanan dan pertolongan yang aku terima daripada orang-orang disekeliling aku semasa aku buat persediaan untuk terbang dulu. Mungkin tidak terkejut sekiranya tiba-tiba aku menitiskan air mata semasa taip nie. [T.T] Tapi tak mengapa sebab korang bukan tahu pun kan?! Mungkin entri ini akan menjadi bosan ataupun bukan yang korang harapkan tapi aku tetap nak kongsi pengorbanan diorang semua di sekeliling aku. Aku janji yang next time aku tulis entri pasal shopping di London~!! J.A.N.J.I. !.!.
Sebab?! : Aku paling berterima kasih kepada ayahku. Ayah aku bekas tentera. Jadi, korang paham-paham lah macam mana kan perangai dia. Aku bukan datang dari keluarga senang dan untuk fly ke London, aku perlukan banyak duit untuk persediaan dan macam-macam lagilah. Aku dan ayah aku akan ke tempat-tempat bundle, pasar-pasar malam, tempat jual pakaian murah dan macam-macam lagi untuk cari pakaian untuk dibawa fly. Aku tak kisah langsung pasal brand! Ayah aku tak pandai bawa kereta. So, kami berdua ke mana-mana just dengan motor kapcai ayah aku. Kalau hujan ke, kami redah saja. Balik rumah, terus kena bebel dengan mak. Kami berdua tak beli brand-brand mahal. Mydin dan Giant dah cukup selain daripada pasar-pasar malam. Memandangkan aku takda lesen lagi masa itu, jadi ayah akulah yang bawa aku ke mana-mana sahaja dan melayan kerenah aku. Untuk cari kot untuk aku pakai masa fly, ayah aku pergi banyak betul pasar malam untuk cari yang sesuai. Dah jumpa, tapi dia rendam kot tu dalam air dan habis rosak. Kena beli yang mahal pastu. Kesian ayah aku~!! Memang banyak barang nak kena beli dan ayah aku yang teman aku ke semua tempat. Dia hantar aku dan datang ambil aku semula pastu. Baju sejuk aku pun just beli di pusat bundle kawan ayah aku.
Trimas Kepada : IbuKu [Norisyah binti Muda]
Sebab?! : Mak aku umpama menteri kewangan dalam family aku. Dia yang uruskan semua pasal duit. Selepas kot bundle rosak, mak aku keluarkan wang simpanan dia untuk belikan aku kot berharga RM700. Rasa rugi pun ada sebab pakai beberapa kali sahaja. Tapi, mak aku tetap berkeras nak bagi gak. Selain itu, mak aku juga bagi dalam RM1000 untuk aku belanja di London sebagai tambahan kepada wang yang PETRONAS bagi untuk persediaan. Kalau ayah aku sibuk, mak aku yang hantar dan ambil aku di mana-mana pon. Mak aku yang pandu kereta semasa nak hantar aku ke airport. Memang tahanlah mak aku pandu kereta. Mak aku tak berkira mana bab duit dan selalu suruh aku beli barang mahal sikit untuk bawa ke London tapi aku taknak. Lebih baik duit itu bagi kepada adik-adik aku yang lain. Aku anak sulong, kena mampu berdikari. Selain itu, mak aku juga antara yang mengalirkan air mata semasa nak hantar aku. (sorry..payah aku nak tulis panjang lagi~!!)
>Berhenti rehat on the way ke Nilai<
Trimas Kepada : Adik-beradik, ahli keluarga besar dan atuk-nenek.
Sebab?! : Semasa aku nak fly, aku dihantar oleh 3 buah family yang besar. Pakcik-pakcik dan makcik-makcik aku turut serta dalam menghantar aku ke KLIA. Nenek aku memang sayang aku. Kuat tul dia nangis semasa hantar aku hari itu. Atuk aku memang macholah. Walaupun hari itu adalah hari raya kelima, tapi mereka semua sanggup spend masa untuk hantar aku. Dalam 3-4 buah biji kenderaan yang iringi aku ke KLIA. Lagipun ini adalah first time dalam keluarga besar aku yang akan fly ke luar negara. Diorang semua memang betul-betul sanggup tolong aku dan aku akan ingat pengorbanan diorang semua. Lagipun, minyak kereta dan penginapan bukannya murah. Trimas kepada mak aku lagi sekali sebab sanggup tanggung semua perbelanjaan itu.
Trimas Kepada : Kawan-kawanKu [Zaki, Faiz-Faiz, Dollah, Qama dll]
Sebab?! : Memang betul-betul payah nak buat visa. So, takkanlah aku nak ulang-alik ke Terengganu. Jadi, aku tumpang rumah Zaki selama sebulan. Memang lama aku tumpang dan memang dah segan gila tapi selamat family dia tak kisah. Selepas itu, nak buat visa, kena datang awal ke pejabat Kedutaan British. Jadi, aku tumpang bermalam di rumah Dollah yang terletak di sebelah Kedutaan itu. Qama, Faiz dan lain-lain juga menemani aku sepanjang masa aku ada di KL. Dan diorang juga temani aku dalam segala proses untuk apply visa. Dahla masa itu bulan Ramadhan. Jadi, memang seksa kehidupan masa itu. =_="
Trimas Kepada : Lain-lain
Sebab?! : Trimas juga kepada bantuan ramai lagi pihak-pihak lain yang membolehkan aku terbang ke London sekarang. Cikgu-cikgu aku di KTJ, MRSM dan lain-lain, student advisor PETRONAS dan ramai lagi yang memberi bantuan kepada aku. Aku hargai bantuan korang semua dan akan aku tebus semula nanti.
Jadi, begitulah kisah aku semasa mula-mula nak terbang ke London dahulu. Aku amat menghargai dan berterima kasih kepada semua yang sudi menolong aku semasa aku berada di dalam kesusahan dahulu. Terutamanya parents aku. Aku sayang korang semua. InsyAllah dalam masa terdekat, aku akan telefon orang-orang di Malaysia.
*Minta maaf sebab tiada info baru pasal London*
[Happy Chinese New Year to all Chinese: Angpow pelis~!!]
[Happy Chinese New Year to all Chinese: Angpow pelis~!!]


85 comments:
touching gile bab ayah tu. ayah kan..sanggup korban banyak2 untuk anak2 die..rindu nya dekat ayah..takpe..moga ayah tenang di sana..al- fatihah..
bez kan bile ade ramai supporter..kurang sikit rase beban tu..belajar elok2..nanti da kerja, tebus jasa derang2 semua..^^
@et:huhuh..mmg kn..sllunya ayh nie mmg bnyk tul usha dia..aku pun nk jdi ayh mithali gk nnti..instyAllah..study elok2?cm pyh jer..huk3
Kali ini cerita best sangat, perjalanan kehidupan seorang pelajar. Tahniah kerana punya keluarga yang cukup banyak berkorban, balaslah pengorbanan mereka dengan pingat kejayaan kelak. Dan... setelah berjaya, jangan lupa pengorbanan kekasih pula tau... Semoga anda sentiasa diberkati dan dilindungi Allah.
Salam,
Saya sekarang belajar kat KTJ and harap2 by 2011 dapatlah masuk LSE jugak.Thanks for sharing.
"Tolong Aku Nak ke London Pelis!!!"
Salam..
kakliza pun terharu membaca kisah kali ini..
semoga Long Haffiz akan berjaya dgn cemerlang dan dapat membalas jasa dan susah payah ibu bapa dan sesiapa yang terlibat dalam menjuju kejayaan ini...
InsyaAllah..
@norgadis labuan:insyAllah..doakn kejayaan sy di luar negara selalu walapun bnyk rintngn yg mndtg..
@budak pahang:hehe..junior aku rupa2nya yerk..budk di ktj dan juga bakal LSE..insyAllah
@hanieliza:insyAllah..jazakallah khair..arap2 camtu lah jugak..konsep kali nie lari skit kan dari p[enulisan biasa saya..
owh... Kenangan semasa bersiap siaga untuk ke perantauan memang akan sentiasa di jiwa...
Bercampur baur kot perasaan.. Dalm gembira ada sedih dan sebak... Hehe...
Sebelum fly kalut tak tentu pasal... Banyak lagi barang tak beli, barang tak pack lagi, kawan ramai tak jumpa lagi.. Hehe...
Tapi semua tue pengalaman~
serius sedih pos ni... ko bertuah la dapat fly..aku ni?terkandas masa a level lagi.ahaha. bagus lah kalau ko ingat jasa semua orang yang tolong ko tu..semoga perit jerih mereka akan jadi pembakar semangat ko untuk berjaya kat sana. bro, ko amek kos aper kat sana??
wah.
touching jugak.
sobsob.
u really shud tenx them wif ur flying colors!.
good luck there!.
fuhh..mmg susah..mcm tunang D'lla aritu seblm fly..dugaan tuh..mmg byk kan.tp org kata..dugaan tuh yg membw hasil yg baik..er..ms flag off tunang..sama nangis ngn ibu dia..jenuh ayah dia pujukk..good luck for u!
Salam. Tersentuh benar membaca entri 3. Ingatlah,pengorbanan ibu bapa jangan di lupa. Ayah babah juga bekas seorang tentera. Perangai mereka sama. Tetapi dalam kasar terselit seribu kasih sayang yang tidak pernah nampak di mata kasar. Babah linkkan blog anda di blog babah...
pagi2 baca entleh entri ni...leh menangis den...;)
pasti hati senang sedikit apabila ada orang sekeliling yang memahami...terutama parents kan?
second..ehem2 kamu...hehe...
take care there....;)
Salam.
Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah pengorbanan ibu bapa yang anak-anak patut ingat sampai akhir hayat. Sanggup bersusah payah bergolok bergadai demi memenuhi impian anak. Jadilah anak soleh dunia dan akhirat. Di mana bumi di pijak, di situ langit di junjung...kata orang hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hujan batu. Belajar dengan tekun hingga berjaya mencapai kecemerlangan. Jalan-jalan kat tempat orang tu berhati-hati. Ingat Allah swt dan jangan lupa solat. Salam ikhlas dari Kak Roha.
huwaa~
aku rasa nak nagis kuat2 plak~
=[
ko nih dh xde keje ke duk update 2 blog skali nih???
hahaha...
bgus btul student nih ye...
rajin sesangat...
wei, akak xberminat nk g london...
akak nk g korea je...
nk jumpe KIM HYUNG JOONG...hahaha
salam ziarah.
bestnya dapat melihat negara orang..apapun all the best geng.
dont know what to say la...
belajar leklok...hehehe
bagus la..tak lupa pengorbanan family ngan kawan2..
so kena la study sungguh2 yer..=)
study elok2~
sejuk perut mak ko nanti
:D
sob sob..sedih nie..tp x kuar lagi air mata la..jgn lupakan pengorbanan kuarga..diorang la segalanya..
teringat time abg long atieabid pegi US sambung study..pun petronas sponsor jugak..mmg sedih dgr citer mak ayah time tu..itulah dia pengorbanan kuarga utk anak terchenta..
pengorbanan MAK AYAH mmg byk kn.. x terbalas oleh kter smue.. apatah lgi bab pelajaran.. sanggup bergadai apa juan dmi masa depan anak2...
berpanas, berhujan dmi kebahgiaan dan kesejahteraan anak2...
kata AYAH "tak nk anak2 rasa apa yg dh ayah dan mak rasa"... huhuu.. (sedih sgt ble kenang kata AYAH - smbil menitis airmata)
INSYA'ALLAH kter doakan spya pengorbanan MAK AYAH kter diberkati ILAHI di dunia dan akhirat serta dapat mengecapi hasil dari pengorbanan tersebut suatu hari nnti.. aminn...
untuk saudara Long: BELAJAR RAJIN2, DI MANA SAJE ANDA BERADA INGATLAH MAK AYAH SENTIASA DI HATI.. :)
@redz da tsar:haha..aku phm apa yg ko ckp..smua nk kjr sana,nk kjr sni..dh la flight aku pgi tau..so,xsmpt kngkwn nk dtg antr..
@fatin:ko wt a level ktner dl?cter la skit..aku kt cnie wt accounting and finance..huk3
@annanadzirah:haha..insyAllah..tp cm pyh skit..tp aku akn trus brusha..
@D'lla:dah brtung eh..dia fly us yerk?amik course per?btw, thanks yerk..huk3
@mybabah:trimas2..jazakallah khair sbb sudi link blog sy yg xsbrapa lgsung nie.
@anatayumi:insyAllah..doakn la sy sllu yerk..doa smua org amt dhrpkn..hehe
@akak roha:trimas akak..sy akn take note psnn akak tu..mmg pngorbnn ibu bapa pling awesome..sy akn blas..insyAllah..
@lord zara:pergh..jngnla nagis zara..kn aku pun trut srta nangis skali ngan ko nie kn..huk3
@ white rose:kim hyung joon?nie cnfirm prnh lyn citer IRIS nie kn?cpt ngaku..huk3
@ashabulz:nie saja yg mmpu aku kngsi ngn korg smua psl idup di cnie..arp dpt la tngk2 ngra org cne kn..
@Mas:bek2..sy akn ingt psnn tu dan amalkan sllu dlm idup nie..
@zuk zuhaiza:bek2..smua suruh sy study nie..xupdate blog la psnue..hehe..xderla..bek2..sy akn study kuat2
@huda:hehe..bulkn prut mak sy jer yg akn sty sjukkna.prut atuk, ayh n smua org akn sy sjukkn skali..
@Atieabid:abg wak petronas jugak yerk?bru fly or dh lamer dh?
@haida hida:thank bagi smngt n sori la sbb wat mnglirkn air mata..xder niat pun..sorry yerk..
aku datang balik..
aku amek a level kat KTT..dekat dengan miat. aku pada asalnya budak dental tapi sekarang terkandas so aku apply for farmasi aje la kat local ni..
ko belajar rerajin la kat sana bro. bila berjaya nanti belanja aku. muahaha
^^
salam...
dulu citer2 nak gi buat TESL di overseas tp takdirku cuma mampu menjejakkan kaki di UM aje. Anyway, I happy with it. Jemputlah jadi peminat setia saya plak. tq.
Sir Zuki Deen...
best nyer pegi landon...kalau aku pikir pasal landon ni nak pergi anfield jer nak salam gerrad he heeee...
komen saya awak ni amatlah penyayang..
dan dikelilingi orang yang penyayang..
=)
@fatin:beres2..nnti ko dh brjya agk.aku jumper ko gk..mner tau leh dpt ubat free kn..hehe
@daddy zuki:huhu..arigato..rmai kngkwn yg wat tesl kt cnie..huk3
@indra:hehe..liverpool ngn london jauh kut..ahakz..aku xke saner lg..ntah biler nk gie..
@noor afzan:hehe..sy nie sweet kn?akakaka..
Semoga sukses selalu & tetap semangat
Long Haffiz Long Hassan: abg long atieabid dah lama dah..skng umur dia pun dah 47..time dia pegi sana, atieabid masih dlm kandungan ibu..hehe..atie anak 2nd bongsu..
entry beri kesan pd jiwaku laa.
pengorbanan mak ayah mmg terlalu banyak kan?
sanggup je sacrifice everything utk masa depan anak-anak.
btw,good luck to u,br0!
study rajin-rajin.
p/s:mak ayah kau aku tlg tengokkan. hehe. aku pun bdk trg gak. ^.^
@harto:trimas banyak2 pak..suka sama komen bapak sih..
@atie:la..yerker??ingtkn bru lgi..dah lama yerk masa berlalu..huk2..
@miss fyra:yerker?hehe..kn kalo ko tngkkan, jeles lak awek aku..ko ganu ktner/.
touching touching...=0
touching....so bersyukur ada family yg support...skng ni ramai dah jadi si tanggang moden....smoga success...amin
semoga yg terbaik selalu bersama anda..:)
Pengorbanan parent x ternilai harganya, so hargailah dan buatlah kebaikan kepada diorang sementara masih ada :)
baca entri ni pon rasa mcm nak menangis,lg2 bab ah n mak tu!
@kama:mmglah touching sbb ada nama ko aku state kn..rasa bangga tak bro?haha
@afnie:tanggang moden kna sumpah jadi vespa kn?huk3..xnkla..ahakz..bek2..akn sy jdikn iktibar
@monica:insyAllah dan semoga yg trbek bersama kamo jugk..
@mr. z:trimas2..anda pun bgitu juga..jngn nsiht jer tau..ahakz
@jannah:huhu..nie bru di part surface..blum get in deep lg..hehe
ko kalau tak nak aku nangis, sila kirim salji~
muahaha~
salam..ingatlah pengorbanan orang sekelilingi kamu dan semuga kamu membawa balik ijazah yang di idamkan.
(cover mata, b'lagak macho0 dlu)
komen : waaaa sedey sedey.
mcm bca novel jek.
sob sob.
5 star. cukop dop 5 bintank jea?
jgn tamak. mik jelaa.
hahaha
(tulis lh tulis lh tulis lh lg ! cpt cpt. hee)
salam kenal hafizh.. terimakasi sudah berkunjung keblog saya. jadi ingin ke london juga. doakan ya semoga suatu hari dapat kesana. amiin
awek cun yoooo! hehehe.. jeles dye dpt trbang london.. mai pun pnh g kt sane.. tp, dlm msia.. kampg londang, melaka.. ahaks!
tetibe air mata dok ngalir pagi2 nih...ko saje taw nak membazirkan air mateku yg sgt bernilai...
@lord zara:eh..wajib ker kasi salji tu..huk3..kn nangis sbb salji dh cair lak kan..hehe
@kak ina KL;InsyAllah .harap2nya begitulah akhirnya yerk..aminn..
@kak yonk:eh..tu bru tulis skit lg..belum masuk cerpen..hehe..kl dh msuk cerpen, cnfirm mnglir air mata nie kn..ahakz
@liza:insyAllah..xder prob..sy akn mnjdi senior yg bek skiranya anda berjaya..hehe
@maisyara:hehe..awek cun?cmpare ngn mai?ahakz..mmg xun pun..sy jer xcun..
@meera da cute:eh..sori2..aku xsngaja..jngn slhkn aku..eh,cpt lap balik..
Memang nk menitis airmata bila baca kisah anak muda ni..pengorbanan ibubapa memang tiada ternilai..oleh itu hargai lah jasa mereka ya..sanggup berkorban apa saja demi anak2...
salam...apis..
sob..sob..sob..
sedih pengalaman apis ni. byk yg dah berkorban untuk apis. so belajar rajin2. ingt awk bukan org senang.bila dah senang jgn lupa orang yg berkorban utk awk.
itu je kina pesan!!
terharu bila baca entry kali ni.. (T_T) semoga suatu hari nanti awak dapat membalas segala pengorbanan parents awak yg telah banyak berkorban..
anyway~anyeong haseyo!!
@sweetsal:akhirnya sy diakui as org muda..ahakz..trimas2..sy hrgai wak..
@kinakoyu:insyAllah..akan sy take note nsiht kina tu..agr dpt dijakn dorongn ntuk sy ms dpn gk..
@farzana:hehe..insyAllah..chayok2!!
i miss being in UK =)
kenwooi.com
dah lap...ak bukan sedih sb ko..aku sedih sbb xdpt pegi...uwaaa
@kenwooi:long time ago is it?or??
@meera;He..ngatkn nangis ntuk aku..aku bru nk bngga jap td..huk ele..
tunang g UK..glamorgan Unvr. course Aviation Eng.ada lg setahun 4 bulan..
seronoknya dapat pergi london n belajar
gudluck
aku duk trg jauh je dr kau.
aku kat kemaman.
kire awek kau tak sempat jeles punya.
sebab jauh pnya pasal.
=)
@D'lla:prnh dngr gak pasal univ tu..hul3..tp sbb engineering kn..so,xtau la sgt..ahakz
@hans:thanks bro..nsiht anda amt sy hrgai sbeknya..
@miss fyra ruslan:haha..leh pulak cmtu eh..xprnh lak aku dngr teori cmtu tp xperla..kira betulla tu..hehe
da berjaya kang sentiasa laa ingat jasa2 mereka2 nii.. jgn brani2 lupe diri.. =)
@iyda7:erm..bek2..sy akn ingt psnn anda itu sllu dan slamanya..hehe
woi bestnye..nape mintak tandatangan player fullham..amik liverpool
@pawaka19:sbb dh dpt rasa bahawa fulham yg akn memang match tu..hehe
jeles weiiii
menarik..teringin gak merantau..
u lucky want bro!
nak g sana jgak.
my fren fanatic fantastic gler dengn arsenal..
tapi sayang..
arsenak kurang menyengat sekarang
Bertuah awak dapat fly dan diberi peluang ke sana. Ingat jasa yang banyak berkorban untuk awak. Good Luck!
@m.haziqhanif:hehe..cperla bro..dngr cter kt cnie pun dh okay kn?huk3..
@shaikh:trimas bro..huk3..xperla kl xder ksmptn pun kn..join di sni pun dh okay dh..
@si gadis:haha..xper..arsenal akn bngkit by end of the season..bru jer mng smlm..huk3..akn trus mng lg..
@cik tina allen:hehe..insyAllah..akan sy ingt sllu psnn itu..
sedihnye.... :( ko kena janji ngan family ko blajar sgguh2 tau..ingt diorg wlau tggi mana ko pegi!
@miss norafiza:cnfirmla..tu la yg akn ku wt dngn smgtnya..huk3..smngt2!!
sedihnyeee..erm..blaja rajin2.jangan hampakan harapan mereka semua=)
@mish kautsar:insyAllah..akn sy study kuat..truskn bg support..
isk!!sedih giler...aku dah nangis time bace entry nih..siyes cedey..parents u memg bek giler...n nampak r harapan diowang nak u berjaye kan..kann..awek u pon same r..kuat n tabah..klu aku, memang aku tarik2 baju x bg pegi london..isk..jauh sgt...
@najla yg cantek:hehe..mmg cantek..nak taknak, aku ttp ad tnggungjwb aku sndri yg kena aku pikul kn..hehe
salam..siyes aku pon nak nangis ni bace entry ko..HAHA..
lawak2 ak x kenal ko tbe2 bace nk nangis...adei2...
gd luck yer dik..hehe
very touching lah abg long.
hm, tu lah parents abg long sggp wat mcm2 walaupun dorg sendri kena berkorban kan?
insyaallah, abg long blh berjaya.
:)
sebak baca.teringat plak masa akak nak masuk u...sama lah kita, org kampung, mak ayah keje kampung.akak choose utk blaja kat malaysia sebab even nak masuk ukm pun terpaksa bergadai sana sini...imagine kalau nak gi oversea...tapi semua tu buat kita kuat utk berusaha supaya one day, tiba masanya, kita dapat buat sesuatu utk ringankan beban org tua kita...alhamdulillah, peluang utk akak buat mcm tu dh tiba...akak doakan long berjaya dan dapat at least ringankan beban mereka yg dah banyak tolong long...:o)
memang byk mak ayah berkorban utk kita kan.
pesan aq (utk aq jugak), jgnlah lupa mak ayah walaupun satu hari nanti kau berada setinggi langit pun selalulah pandang ke bawah n ingatlah pengorbanan dyorg.
Di saat kau lena dia jaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah
Sedihnya baca post ni. Teringat masa datang London first time tahun 2008 sebelum kahwin dulu. Nak2 lagi part ayah tu. Nak nangis rasa. Lebih kurang samalah kita, tapi mak ayah ni macam mana diorang takde duit pun, anak punya pasal tetap dia usahakan.Good luck ye.
sedih bca entry nie...
tp mcm memberi inspirasi utk sy nk pgi oversea..tp nth la..mcm2 yg dipikir skrg nie..
hurmm..
sebak baca entry ni
pengorbanan mak ayah mmg tak kan dapat kite balas
mereka sunggup bersusah payah demi kite
terharu sy bace...
study la rajin2 kt sane...
jgn hampakan fmly awk...
seyes toucjing abes bace...isk! xpe kan bro.. bersusa2x dahulu..bersenang2x kemudian..." pray for ur succes.. :)
tgk..eje touching pun x betul..[xcited sgt nak kumen sebenanye nie] HEE~
Sedih gila beb..
Jangan sesekali lupakan pengorbanan Mak Ayah mu...
nice sharing......gud luck!!
touching masa baca
klau baca sblm SPM mesti saya akan buat yg t,baik
utk bls jasa mak ayah
Post a Comment