My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Saturday, May 08, 2010

Blogwalking : Sistem Touch N Go

Aku sedang minum Nescafe Latte sambil berkira-kira untuk mula menulis entri nie. Terus terang aku cakap yang aku memang tak suka kopi, nescafe dan yang sewaktu dengannya tetapi memandangkan aku nak kena berjaga lagi malam nanti, kenalah minum untuk keep cerahkan mata nie. Oh ya, semalam berlaku kejutan di London. Aku terbaca status member aku yang mengatakan bahawa London turun snow. Aku tengok ke luar tingkap sambil memegang kamera Olympus aku tetapi rasa-rasanya, takdalah lebat sangat. Terkejutlah jugak salji turun di musim bunga kan?! kan?! kan?!


blogwalking software>Aku minum nescafe berharga GBP 2.00 untuk 8 paket kecil<


blogwalking software>Cuba korang tengok kalendar aku : Sentiasa penuh dan busy<


Untuk pengetahuan semua, keputusan Kontest Baca London : Menang London akan diumumkan lusa. Aku dan Cik Asliza Ahmad menghabiskan lebih kurang dua jam semalam untuk berbahas dan "bergaduh" mengenai siapa yang layak untuk mendapat hadiah dua entri terbaik tu. Penat dan saingan memang so close. Jadi, jangan lupa untuk ikuti dan datang melawat blog aku besok yerk. Jangan ketinggalan!! Kalau korang ketinggalan, memang sure-sure jer rugi. Kalau boleh, datang jer sini tiap-tiap hari. Tiada entri baru, boleh baca entri zaman-zaman lampau kan?! ^_^

Nak dijadikan ceritanya, dua hari lepas aku punya URL kena banned dengan shoutmix. Kurang asam garam tul lah shoutmix nie. Dahla aku nie pengguna premium dia. Dua dolar aku bayar tiap-tiap bulan : boleh pulak dia nak ban aku eh?! *membebel jap* Selepas tahu aku kena ban, aku pun pergilah di Help Centre shoutmix tu dan komen-komen serta komplen mana-mana yang perlu. Dahla masa hari kena ban tu, aku ada entri baru. Selamatlah semalam dah okay dan aku boleh berblogwalking kembali. Kalau tak, memang macam tak hidup blog aku nie. Sedih2!! T__T


blogwalking software>Memang tak diragui : Blogwalking memang amat penting<


blogwalking software>Tetapi janganlah korang berblogwalking dengan cara Touch N Go<


Memandangkan aku tak dapat berblogwalking, blog aku yang selalu pesat dan jem nie terus menjadi tidak hidup semalam : walaupun ada entri baru. Entri sebelum nie pun komen kurang sahaja : adakah sebab isinya berkenaan politik ataupun sebab aku tidak berblogwalking?! Apa-apapun, yang penting, aku nak cakap bahawa blogwalking nie memang amat penting dalam pembangunan blog seseorang. Contohnya cam aku semalamlah : masa aku tidak berblogwalking. Melalui blogwalking nie lah orang tahu pasal blog kita dan orang kenal pasal diri kita. Selain tu, nak kasi up traffic juga kan?! So, memang penting blogwalking nie!! Tiada keraguan langsung mengenai kepentingan berblogwaking nie!! No offense!! *muehehehe*

TETAPI, ada beberapa perkara yang aku kurang suka sangat pasal blogwalking nie. Ada blogger yang terlampau sibuk berblogwalking sehinggakan mereka target blogwalking sahaja. Pergi ke blog banyak-banyak, selepas itu tinggalkan komen di shoutmix dan terus blah. Tak apa kalau taknak komen ataupun baca entri, tetapi kadang-kadang shout yang ditinggalkan tu tak menjawab pun shout yang ditanya sebelum tu. Tapi bagi aku, aku tak kisah pun. Sebabnya, sekali sekala time aku benar-benar busy dan tak sempat, aku ada juga praktiskan Touch N Go nie. Ngeh3!! Walaubagaimanapun, setiap orang ada gaya dan skil memasing kan?! Just nasihat aku : jangan jadikan shoutmix or blogwalking tu lagi penting daripada isi entri or blog korang. Aku yakin korang paham kan?! *_*


blogwalking software>Terjumpa award blogwalking di Google Image<


blogwalking software>Tak patut tul shoutmix ban aku sebagai pengguna premium kan?!<


blogwalking software>Cbox pulak : Aku kena isi details berulang kali<


Kalau aku sendiri berblogwaking, aku biasanya akan tinggalkan shout yang sama or hampir sama di blog-blog yang aku pergi. Tetapi kalau ada blogger yang tanya soalan spesifik ataupun lain daripada kebiasaan, aku akan komen dengan jawapan yang perlu. Selain itu, kalau blog dia tu ada entri yang best ataupun menarik perhatian, aku akan komen di shoutmix jugak sekali sekala. Namun, ada beberapa benda yang aku tak suka ketika blogwalking. Ini kes akulah. Aku tak rasa korang pun camtu kan?! Ngeh3!! Ianya adalah :-
  1. Selalunya sambil berblogwalking, aku akan layan radio or lagu dari youtube. So, selalunya kalau ada blog yang pasang lagu automatik dan takde button stop, memang aku kureng sedikitlah. Sebabnya, aku kena pause video youtube aku tu kejap. Lagi-lagi kalau tengah betul-betul layan. Cuba korang imagine~!! Ahakz!!
  2. Internet connection yang slow. Yang nie memang aku paling tak suka. Cakap London, internet kena lajulah kan?! Tapi kadang-kadang memang agak slow. Kalau macam nak post komen shoutmix tu, tetiba stuck. Tambah lagi kalau blog ada background lagu yang aku tak suka. Warghh!! Boleh hangin satu badan jawabnya. Tapi nak lempar laptop sayang~~ -_-"
  3. Kadang-kadang, sesiapa yang guna kotak Cbox tu, selalunya details aku memang tak ada di situ. Maknanya, aku kena taip semula nama aku dan URL blog aku di kotak tersebut. Dahla nama aku dan juga URL blog aku nie panjang berjela-jela. Sebab apa pun aku tak tahu dan tiada idea.
  4. Kadang-kadang ada kotak shoutmix ataupun Cbox yang payah untuk aku jumpa. Cari-cari rupanya ada di page lain. Tapi ini memang jarang berlaku dan hanya kes-kes yang bebetul terpencil sahaja. Mencari shoutmix box tu umpama mencari harta karun di dalam hutan. Aku harap tiada antara korang yang camnie yerk.


blogwalking software>Walaupun ramai Touch N Go (Termasuk aku gak!!) : Korang tetap dialukan<


blogwalking software>Ramai orang bercakap : Adakah perlu muzik di blog?!<


blogwalking software
>Gambar pada jam 4.45 petang : Nak hujan lagi kut camnie<


So, itulah celoteh aku mengenai shoutmix dan berblogwalking. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak. Dan mungkin juga ada yang datang baca entri tapi tak pernah komen. Apa-apapun, blogwalking Touch N Go pun, traffic still up kan?! Macam aku cakap tadi, aku pun ada buat Touch N Go juga kalau terlampau busy dan tak ada masa. Yang penting, memang blogwalking nie amat-amat penting : melainkan kalau korang blogger yang amat popular dan tak perlu letak kotak shoutmix tak mengapa. Bagi sesiapa yang baru nak naik, kotak shoutmix dan berblogwalking memang penting sebab ini yang akan tambah traffic dan buat orang lain kenal dan tahu mengenai blog korang. By the way, benda yang aku tak suka pasal blogwalking tu hanya kes-kes terpencil dan ini hanya pendapat aku sendiri. Ada yang korang setuju dan mungkin ada yang tidak. No offense at all yerk. Oh ya, kalau korang ada tak benda yang tak suka pasal blogwalking?! Silalah share dengan aku. Mahu tahu!! Mahu tahu!!


*Dengan rasminya button FB Share dan FB Like dah wujud : Sila tekan!!*
[Entri nie ditujukan kepada semua dan diri sendiri terutamanya : No offense yerk]
    Related Posts with Thumbnails