Aku sedang minum Nescafe Latte sambil berkira-kira untuk mula menulis entri nie. Terus terang aku cakap yang aku memang tak suka kopi, nescafe dan yang sewaktu dengannya tetapi memandangkan aku nak kena berjaga lagi malam nanti, kenalah minum untuk keep cerahkan mata nie. Oh ya, semalam berlaku kejutan di London. Aku terbaca status member aku yang mengatakan bahawa London turun snow. Aku tengok ke luar tingkap sambil memegang kamera Olympus aku tetapi rasa-rasanya, takdalah lebat sangat. Terkejutlah jugak salji turun di musim bunga kan?! kan?! kan?!
Untuk pengetahuan semua, keputusan Kontest Baca London : Menang London akan diumumkan lusa. Aku dan Cik Asliza Ahmad menghabiskan lebih kurang dua jam semalam untuk berbahas dan "bergaduh" mengenai siapa yang layak untuk mendapat hadiah dua entri terbaik tu. Penat dan saingan memang so close. Jadi, jangan lupa untuk ikuti dan datang melawat blog aku besok yerk. Jangan ketinggalan!! Kalau korang ketinggalan, memang sure-sure jer rugi. Kalau boleh, datang jer sini tiap-tiap hari. Tiada entri baru, boleh baca entri zaman-zaman lampau kan?! ^_^
Nak dijadikan ceritanya, dua hari lepas aku punya URL kena banned dengan shoutmix. Kurang asam garam tul lah shoutmix nie. Dahla aku nie pengguna premium dia. Dua dolar aku bayar tiap-tiap bulan : boleh pulak dia nak ban aku eh?! *membebel jap* Selepas tahu aku kena ban, aku pun pergilah di Help Centre shoutmix tu dan komen-komen serta komplen mana-mana yang perlu. Dahla masa hari kena ban tu, aku ada entri baru. Selamatlah semalam dah okay dan aku boleh berblogwalking kembali. Kalau tak, memang macam tak hidup blog aku nie. Sedih2!! T__T
Memandangkan aku tak dapat berblogwalking, blog aku yang selalu pesat dan jem nie terus menjadi tidak hidup semalam : walaupun ada entri baru. Entri sebelum nie pun komen kurang sahaja : adakah sebab isinya berkenaan politik ataupun sebab aku tidak berblogwalking?! Apa-apapun, yang penting, aku nak cakap bahawa blogwalking nie memang amat penting dalam pembangunan blog seseorang. Contohnya cam aku semalamlah : masa aku tidak berblogwalking. Melalui blogwalking nie lah orang tahu pasal blog kita dan orang kenal pasal diri kita. Selain tu, nak kasi up traffic juga kan?! So, memang penting blogwalking nie!! Tiada keraguan langsung mengenai kepentingan berblogwaking nie!! No offense!! *muehehehe*
TETAPI, ada beberapa perkara yang aku kurang suka sangat pasal blogwalking nie. Ada blogger yang terlampau sibuk berblogwalking sehinggakan mereka target blogwalking sahaja. Pergi ke blog banyak-banyak, selepas itu tinggalkan komen di shoutmix dan terus blah. Tak apa kalau taknak komen ataupun baca entri, tetapi kadang-kadang shout yang ditinggalkan tu tak menjawab pun shout yang ditanya sebelum tu. Tapi bagi aku, aku tak kisah pun. Sebabnya, sekali sekala time aku benar-benar busy dan tak sempat, aku ada juga praktiskan Touch N Go nie. Ngeh3!! Walaubagaimanapun, setiap orang ada gaya dan skil memasing kan?! Just nasihat aku : jangan jadikan shoutmix or blogwalking tu lagi penting daripada isi entri or blog korang. Aku yakin korang paham kan?! *_*
Kalau aku sendiri berblogwaking, aku biasanya akan tinggalkan shout yang sama or hampir sama di blog-blog yang aku pergi. Tetapi kalau ada blogger yang tanya soalan spesifik ataupun lain daripada kebiasaan, aku akan komen dengan jawapan yang perlu. Selain itu, kalau blog dia tu ada entri yang best ataupun menarik perhatian, aku akan komen di shoutmix jugak sekali sekala. Namun, ada beberapa benda yang aku tak suka ketika blogwalking. Ini kes akulah. Aku tak rasa korang pun camtu kan?! Ngeh3!! Ianya adalah :-
- Selalunya sambil berblogwalking, aku akan layan radio or lagu dari youtube. So, selalunya kalau ada blog yang pasang lagu automatik dan takde button stop, memang aku kureng sedikitlah. Sebabnya, aku kena pause video youtube aku tu kejap. Lagi-lagi kalau tengah betul-betul layan. Cuba korang imagine~!! Ahakz!!
- Internet connection yang slow. Yang nie memang aku paling tak suka. Cakap London, internet kena lajulah kan?! Tapi kadang-kadang memang agak slow. Kalau macam nak post komen shoutmix tu, tetiba stuck. Tambah lagi kalau blog ada background lagu yang aku tak suka. Warghh!! Boleh hangin satu badan jawabnya. Tapi nak lempar laptop sayang~~ -_-"
- Kadang-kadang, sesiapa yang guna kotak Cbox tu, selalunya details aku memang tak ada di situ. Maknanya, aku kena taip semula nama aku dan URL blog aku di kotak tersebut. Dahla nama aku dan juga URL blog aku nie panjang berjela-jela. Sebab apa pun aku tak tahu dan tiada idea.
- Kadang-kadang ada kotak shoutmix ataupun Cbox yang payah untuk aku jumpa. Cari-cari rupanya ada di page lain. Tapi ini memang jarang berlaku dan hanya kes-kes yang bebetul terpencil sahaja. Mencari shoutmix box tu umpama mencari harta karun di dalam hutan. Aku harap tiada antara korang yang camnie yerk.
>Gambar pada jam 4.45 petang : Nak hujan lagi kut camnie<
So, itulah celoteh aku mengenai shoutmix dan berblogwalking. Mungkin ada yang setuju dan mungkin ada yang tidak. Dan mungkin juga ada yang datang baca entri tapi tak pernah komen. Apa-apapun, blogwalking Touch N Go pun, traffic still up kan?! Macam aku cakap tadi, aku pun ada buat Touch N Go juga kalau terlampau busy dan tak ada masa. Yang penting, memang blogwalking nie amat-amat penting : melainkan kalau korang blogger yang amat popular dan tak perlu letak kotak shoutmix tak mengapa. Bagi sesiapa yang baru nak naik, kotak shoutmix dan berblogwalking memang penting sebab ini yang akan tambah traffic dan buat orang lain kenal dan tahu mengenai blog korang. By the way, benda yang aku tak suka pasal blogwalking tu hanya kes-kes terpencil dan ini hanya pendapat aku sendiri. Ada yang korang setuju dan mungkin ada yang tidak. No offense at all yerk. Oh ya, kalau korang ada tak benda yang tak suka pasal blogwalking?! Silalah share dengan aku. Mahu tahu!! Mahu tahu!!
*Dengan rasminya button FB Share dan FB Like dah wujud : Sila tekan!!*
[Entri nie ditujukan kepada semua dan diri sendiri terutamanya : No offense yerk]







43 comments:
makin ramai orang blogging sebab nak RM RM RM..
rasanya ada blogger yg buat blogwalking, tak tengok langsung entri.
cess
incik Long..(hihi..)
terpencil ok..not terpecil..
(bukti baca smpai habis..)
=P
wah...snow @london yer...kat notts hujan sepanjang minggu...
sy blogwalking, baca entry juga.
tp yang ramai sekarang ni, blogger blogwalking touch & go inilah.
balik2 mesej diorang je yang penuh kat chatbox.
ermm...tengkiu tengkiu...dapat ilmu...
haaaa betol betol betol....baik buang je kn cbox tu?? nana lg appreciate if ade sumone yg baca n tngglkn komen
ermmm..cikmin selalu silent je kalau baca blog ko :) sila jangan marah okeh..rasanya tentang komen ni tak boleh paksa..cuba bayangkan nak baca entri berjela macam entri ko ni dik dalam sejam boleh 4 buah blog je kot..hihihi..dah la time nak blogwalking tu akk ni kena kendong anak lagi..
ttg shoutmix tu..akk layan kan je la dik..kalau diorang nak touch n go pun..asalkan jangan diorg jerit i follow u follow me back tu memang akk nyampah..entri tentang follower tu akk belum buat lagi..tapi entri macam ko ni dik..rasanya dah 3-4 blog hari ni akk baca..
p/s atleast ko dpt trafik dari akk kan dik..
www.cikmin.com
For me, its up to them la kan. Sebab kalau diorg singgah, baca entri2 kita, ada jugak manfaatnya kat diorang. Diorang x nak baca, its up to them lah..hehe
bicara-sang-karipap.blogspot.com
saya suka blogwalking smbil bace2 entry latest...lalalala
kantui r masih gn xp,kihh3
hehe maknanya long pergi blog saya touch n go la...kiki
Salam.haha,semua masalah yg kmu hadapi masa blogwalking tu pun sama jugak dengan apa yg saya rasa.
tapi pasal touch n go tu,saya tak apply langsung cara itu,saya mesti cari ssuatu benda atau faktor dalam blog dia masa nak bagi komen dlm chatboxnya.saya tak kan sekali2 cakap:"salam singgah,singgah,salam ziarah,blogwalking...etc..etc.."yg sewaktu dengannya,saya mesti rasa nak komen samada ttg entri dia,template blog dia ke,or anything yg saya nampak interesting dlm blog dia saya akan ulaskan dalam chatbox nya.by the way,agak terkejut jugak,kamu pengguna premium shoutmix itu???!
saye tak kisah pun..pakcik! hang xpernah komen entry saye pung.tehee...xbest ke?
macam ahkak pulak...kadang2 tak log in kat blogger sendiri...nampak u punya new entry terus baca or terus terjah baca blog..he..he..he.
So...kalo nk comment..mmg senang terus comment kat shoutbox.
blog aku tadak shoutmix. sebab aku jalan blog org pun aku cuma baca entry. dan tak carik shoutmix.
SEKIAN.
Wah! Ada Istilah Blogwalking Touch and Go.. hahaha
Aku nak guna gak la perkataan ni boleh? hehehe
Aku kekadang setuju gak. Ye la, syok2 tike tu kite dengar lagu kat laptop, tiba2 ada lagu lain plak kuar dalam blog yg baru kita buka. Mengganggu juga kekadang. Aku punya volume laptop boleh tahan juga kuatnya.. hihihi
blogwalking pada saya adalah untuk menambah kenalan baru. berkawan biar beribu, kan?
apa yg penting, kenalah kenal blogger tersebut. tak kenal maka tak cinta. hehe!
salam perkenalan :)
jom pasni kita komen2 entri org lak~
touch n go tu biase la.. hohoho..
sbb aku sebenarnyer x lyn sgt blogwalking nie.. kalo rajen..aku wat... tp kdg2 aku drop komen tp x sentuh kat shoutbox pon.. kdg2 aku sentuh shoutbox tp x komen.. ikot selere masing2 la..kan?kan?
salam..
aikkk bebel nampak??
ha ha..sama lah kita
saya setuju 100% dengan awk
kekadang xtau nk komen apa2..just bc n tinggal kan jejak kat shoutbox jelah..itu adalh sy..hehe
bergantung pada entry,kat coretan perantau ni saya mesti baca...tambah2 cerita pasal london,nak sampai sana belum mampu lagi....tapi passsport dah buat!tiga ratus...
bergantung kepada niat. Tapi bila enty menarik pasti ramai yg ramai baca dan bagi komen.
Sesibuk mn pun sy cuba baca sekilas lalu entry2 bila sy blogwalking
aku jrg blogwalking ni....kcuali kalo ade org singgah, aku bals ar...kalo best, aku follow ar...
Aku tak dapat nak "Touch N Go" sebab kredit aku dah abis.. hahaha!
aku blogwalking biasa belek belek gak baca & komen. tapi kalau aku landing kat blogspot yang tak enable anonymous komen.. aku tak dapat nak komen pasal aku tak ada id berkaitan. :)
blogwalking kene le baca...jangan la lalu je....
cara apepn..yg pentg ape niat kita menulis blog sbnrnya
utk suka2/peribadi? utk popular? utk cari kenalan? atau utk tmbh rm?
panjang lebarnya..
saya suka tinggalkan comment kat shoutbox..tapi saya tetap baca entry blog tersebut..
dapat ilmu kat sini..saya dah buang muzik ahh...tq..
hehe touch n go.. tp kdg2 ada yg suka baca cuma x komen. neway, like dis entry :)
hehee aku hanya touch n go,kalau aku betul2 xada mood langsung dan bz..bila aku ada mood,berjela plak aku komen..hakhak..ak xkisah ada music,aku silent vol je,kalo lagu best layan je..tp macam mana aku nak komen kalau font blog tu hanya untuk semut je baca,ko habak sikit..kdg2 tu tajuk best nih,aku ni dah lah rabun,kenalah besarkan view dan bijik mata bulat2...bab font ni ak sensitip sikit..
aha!! kne tgk mase le..kalo blogwalking time klam kabut tu mmg singgah je la, kne admit, traffic is quite important..dh tu ble ade masa, blk buka smula n kasi komen (if ade yg bkenaan la)..i dun mind both, just touch n go or wat, if penulisan kte menarik so org akn baca, if kurang menarik, so kte leh cuba lagi utk attract org..yg penting kte ade kwn & dpt ilmu sbb i believe ade 1 time nti bile boring2 kte akn buka blk blog yg kte follow n baca..so dun worry kalo touch n go ke ape.. ;) everybody r invited to do blogwalking kt my blog..cheers!
@ain:hehe..setuju..ader jer blogger yg bersikap cmtu..kui3..nk wt cmner kan..
@intan:ops..typing error..haha..bdget n type laju la tu kan..keh..
@mama zhafran:akak..biler nak ajak pergi notts nie?hehe..mengidam nie..kui3
@kasih:kira xperla..mner tau diorg nekkan traffic kan..ahakz
@princeduyong:hehe..sharing is caring..chewah..entah betul ke x..
@heart:ahakz..semua ngan gaya memasing..keh..
@cikmin:akak..bukan komen yg sy or kami burukan..tp ada yg tnya soklan guna shoutmix pun xjwb..arp clear..keh2..hehe
@sang karipap:betul tu karipap..semua orang ada pendapat memasing kan..eh jap,karipap lebih ader x?
@mawaddah:hehe..nk wt cmner..semua org ad pendpt memasing kan..sy pun sllu gk bacer latest entri..
@kamitheblogger:gmbr tu aku pao dari google la..bukannya laptop aku..laptop ku dah up..
@siti:eh..xderla siti..sy sllu jugk singgah n mmbacer..bek sy kn?kah..
@nazihah:sbgaimana yg kt bncgkn aritu, yerp..sy adlh poengguna premium..hehe..kaya tak?lalala..
@mommyyus:bukn cmtulah makcik..sy kurg mser free skeg..tnggu sy free time yerk..
@nurul:setuju akak/.tp komen di shoutmix nnti ilg..hehe..xleh tnjuk kt org leh..ahakz
@nursarah:uisyh..penegasan yang mendalam..salam jua..hehe
@miz kadiah:hehe..aku yg wujudkan phrase tu..cpt sebarkan..ahakz
@laili:kenal leh..cinta xleh..kn nnti ada parang terbang dari um lak kan..hehe..btw, selamat berkenalan.
@alinac:sy pun dh mula mengomen entri orang dan tak lagi just hanya tinggal kmen di shoutmix
@faramira:ikut selera?ko lapar ker?hahaha
@zulkbo:ahakz..sbnrnya ngh strees nk exam..pstu ader glongn wat2 bnda cmnie..per lgi..meletup..hehehe..tipu jer.xmletup pun
@sweetsour:kkdg sy just komen jer pape yg perlu..hahaha..
@muauzlimut:lepak la bro..baru rm300..kt sini rm300 tu macam air..haha
@shameel:kt terdiri daripada glongn yg samer..ahakz
@ann:errr..kt xsamer..haha..anda len,sy len..
@stargone:aah..xingt lak aku yg ko xder id berkaitan kan..kesian ko..bek aku kan set setting ntuk ko?haha
@hasmadi:betul2..baca dengan sekilas pandang pun tak mengapa kan..
@yusuf:cmbine semua tolak rm-itulah aku..
@hana:hehe..bgus2..buang muzik tu mmg bgus untuk prkmbngn blog anda..
@cik shiqa:terima kasih sbb like tau..hehe..like fb jugk eh..
@rossoneri:amik dia..org milan dah membebel..haha..blog aku cmner?okay?besar?ke kecik gak?
@lovelylady:anda amat lovely sbb ada stau pemikiran ngn sy..hehehe
slalunye owg blog walking sbb nak tgglkan link and swoh kite follow blog die...kdg2 rase nak buang shoutmix tu sbb ramai tgl link je...follow nye idak...haish =_="
aku paling tak suka masa blogwalking tu aku rasa nak buang air besar..memang poting stim betul.
apapun...best lah isi entri ni ..kalau jumpa belog best selalunya aku bookmark
^.^"
about music letak dlm blog 2..
uncle rasa kalau entry blog 2 xberat ok la jgak..
sbb slalu berukband user msty laoding page lambat kalau ada music ^.^"
x perlu ke lgu 2??? hrm..kdg2 boring gak sbb x bkk lgu time blogwalking..hehe. so kalu ad lgu..mcm enjoy gak la...
pndpt peribadi sy...^^
part touch n go tu rasanya biasalah lebih2 lagi kalau org yang tgh bz. just nak lawat kejap and tgk ada entry menarik tak, kalau ada dia boleh spend time baca entry tu, kalau takde kenalah move to the next blog :)
saya suke baca entri best2, kalau nk blog walking, mmg touch n go. tp yg pasti, entri best, sure sangkut punye. berlama2 baca entri. macam kat blog long ni la... :p
hohoohho suko baco entri ni..betui2..tp selalunye sy baca entri dulu baru follow..ohohohhooh ;p
a'ah..btol2..rasa nak tampor je..satu lg blog yg ske psg muzik xleh mute..sakit telinga je..line kat msia ni satu..bayar wa abes duit je..slow..mood:bengang+moody di petang hari..hu3
Post a Comment