My Followers Who Follow My Blog

Monday, May 03, 2010

Galeri Gambar Bunga Dua : Di Awal Spring Hyde Park

Sebelum kita start tengok gambar bunga-bunga di Hyde Park edisi kedua, aku nak membebel jap. Aku kurang suka dengan orang yang buat publisiti murahan tetapi pada masa yang sama, menyusahkan orang lain. Nak dijadikan ceritanya, di LSE, jawapan untuk past year exam papers tidak disediakan. Jadi, kalau korang nak buat latihan, jawapan kena tanya cikgu. Pastu, ada sorang mamat nie post dekat discussion board yang dia ada skema jawapan dan dapat selesaikan soalan dengan mudah dan purata markah dia dapat dalam 97%. Ramai orang reply di discussion board untuk minta skema jawapan tetapi setakat aku dengar, tiada sesiapa pun yang dah dapat skema jawapan tu. Kira mamat tu saja buat-buat cerita untuk publisiti. Kesian kepada yang berharap!!

Sama jugak di dunia blogging nie. Nak dijadikan ceritanya juga, ada seorang blogger yang cakap nak ajar teknik pekebenda ntah yang membolehkan seseorang berblogwalking dengan pantas dan mudah. Dia ada tulis entri pasal teknik tu tapi tak pernah lengkap. Setiap hari, akan ada satu langkah baru. Tapi, kalau tak silap aku, sejak dua minggu lepas, entri tu tidak diupdate dan entri tu tergantung di situ tanpa mengetahui bagaimana teknik blogwalking dengan pantas itu. Kalau ada ilmu, sharelah dengan orang ramai dengan ikhlas. Kesian kat orang dan blogger-blogger yang berharap dengan teknik tu. Aku tak berapa nak kisah sangat sebab otak aku fikir exam sahaja sekarang nie. Kalau tak silap, nama teknik tu RTS or PDS?! Lebih kurang camtulah. *tukar tajuk* Apa-apapun, kepada pembaca semua, enjoylah edisi kedua galeri gambar bunga ini~!!


bunga musim luruh>Pokok nie macam ada salji sahaja kan?!<


bunga musim luruh>Masih lagi gambar-gambar burung yang jinak<


bunga musim luruh>Bunga-bunga liar di sekitar taman<


bunga musim luruh>Aku jumpa tengah jalan : Tangkap sahaja gambar<


bunga musim luruh>Permandangan di tepi taman<


bunga musim luruh>Kalau kemuncak Spring : Penuh dengan bunga<


bunga musim luruh>Bunga yang gugur or bunga yang tumbuh?!<


Kui3!! Aku memang payah sikit nak membebel ataupun moody tapi dengan wujudnya tekanan exam dan bertambah golongan-golongan yang mengejar publisiti murahan nie, rasa stress jap. Jangan risau, kejap jer. Ahakz!! Takperlah~~ Yang penting, aku kena fokus dengan exam aku yang akan tiba dalam masa kurang daripada dua minggu daripada sekarang. Accounting memang dah solely leh cover dan siap semua. Sekarang target Mathematics, Statistics dan juga Economy. Tiga killer subjects. By the way, gambar hari ini tak berapa nak cantik sangat kalau nak diberbandingkan dengan semalam kan?! Tetapi, jangan risau memandangkan gambar bunga besok aku rasa lagi cantik daripada hari ini. Aku harap korang suka yerk. ^_^


bunga musim luruh>Seriously cantik pokok yang ini<


bunga musim luruh>Bunga kertas ataupun bunga sakura?!<


bunga musim luruh>Sesiapa yang nak untuk background, silalah ambil<


bunga musim luruh>Lagi gambar bunga yang berwarna pink<


bunga musim luruh>Semuanya memang menyegarkan mata<


bunga musim luruh>Tak berani aku nak panjat pokok<


bunga musim luruh>Eh, tupailah. Jinak tapi main kejar-kejar<


bunga musim luruh>Aku mengintip burung ini secara diam<


Untuk makluman semua, Kontest Baca London : Menang London dengan rasminya akan ditutup setelah entri baru diterbitkan besok. Sesiapa yang masih belum lagi join, korang masih ada masa untuk menangi free goodies daripada London. Dan kepada sesiapa yang sudah join, pastikan korang tinggalkan komen korang di entri kontest supaya aku tidak terlepas pandang ketika mengadili kontest tersebut. Apa-apapun, bagi sesiapa yang dah habis exam, aku ucapakan Happy Holiday dan gunakan waktu sebaiknya. Kalau korang suka gambar-gambar bunga di atas, ambil dan copy sahajalah. Jangan lupa tekan dulu untuk pembesaran. Aku tak kisah. Mana tahu ada yang nak buat background laptop. Ngeh3!!


*Study time : Alhamdulillah, perut dah kenyang nasi goreng*
[Aku harap semua doakan aku agar diberi keberkatan dalam pengajian]
    Related Posts with Thumbnails