English Premier League (EPL)! Di London, ada berpuluh-puluh kelab bola
sepak dari yang popular gila sehinggalah tiada yang korang kenal langsung.
Antara kelab yang terkenal ialah Arsenal, Tottenham, West Ham, Chelsea, Fulham,
QPR dan banyak lagilah untuk disenaraikan di sini. Untuk entri kali ini, aku
akan berkongsi pengalaman aku ke beberapa stadium yang terdapat di London ini.
Tetapi, aku tak pernah tengok any match lagi setakat ini sebab ticket yang
mahal sangat. Dalam GBP30 sehingga GBP45 untuk seat biasa. Tu dah dikira 15%
aku punya elaun bulanan. Tapi, memang aku akan tengok juga suatu hari nanti!!
Hah!! [Semangat2!!]
![]() |
| >Hari Kedua di UK : Terus ke Emirates< |
Setakat ini, semasa lawatan
aku ke stadium-stadium, hanya dua kali sahaja yang aku pergi adalah sewaktu hari
match. Ia adalah semasa Arsenal lawan Aston Villa yang Arsenal menang 3-0 dan
semasa Fulham lawan Liverpool yang mana Fulham menang 3-1. Memang ramai betul
orang di stadium; cecah puluhan ribu. Sewaktu itu juga ramai orang akan buka
kedai kecil dan jual cenderahati-cenderahati macam scarf, jersey, key chain dan
banyak lagi. Selain itu, "match book" yang bagitahu pasal profail
pemain dan match turut dijual dengan harga serendah GBP3.
Kalau nak beli ticket, memang mahal tulla. Tapi yang specialnya, memang ada ticket di jual di pasaran gelap dan aku dah banyak kali ditawarkan ticket tu. Tapi harga akan jadi sekali ganda daripada harga asal dan memang boleh cecah sampai GBP100 untuk satu match. Memang tidak berbaloi kalau mahal sangat kan? Nak tengok match pun dah lupus semangat. Apa-apa pun, di bawah ini adalah senarai stadium yang aku dah pergi. Silala layan~!! o.O
Kelab apakah?! : Arsenal FC
Stadium nama?! : Emirates Stadium
Range harga ticket!! : GBP33-GBP94 (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Ini adalah stadium pertama yang aku sampai di London. Hari kedua aku berada di London, aku dah dibawa oleh senior aku ke sana. Memang terharu dan teruja sangat-sangat sebab aku adalah big fan Arsenal. Aku selalu lepak di stadium ini dan selalu bawa orang jalan-jalan ke stadium ini. Lagipun, rumah senior aku adalah dekat dengan stadium ini dan boleh jalan kaki nak ke sini. Stadium ini terletak sebelah tapak stadium Highbury yang lama. Stadium ini memang besar dan setiap masa, mesti ada orang yang datang melawat. Kedai cenderahati pun ada dan aku dah beli satu snow cap dan jersey Arsenal ori di sini. Aku dah ke sini lebih daripada sepuluh kali dan boleh dikatakan naik bosan dah! Tapi, aku tak pernah lagi jumpa pemain-pemain Arsenal nie [T.T]
Kelab apakah?! : Chelsea FC
Stadium nama?! : Stamford Bridge
Range harga ticket!! : GBP25-GBP 60 (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Kalau tak silap aku, first time aku ke sini adalah pada 31hb
Okt yakni sehari sebelum birthday aku. Member-member aku semua gerak ke Oxford waktu
itu sebab nak pergi shopping tapi sebab aku malas nak join, aku pun jalan-jalan
di London. Masa aku mula-mula sampai, aku sesat nak ke stadium sebab aku mana
nak tahu jalan masa itu. Tanya-tanya orang, last-last sampai juga. Disebabkan
aku datang sorang-sorang, aku dengan tidak malunya pergi minta tolong sesapa
sahaja untuk tangkapkan gambar aku. Takpe, yang penting aku dah sampai kan?!
Aku tak sempat nak beli cencerahati sebab aku takda duit, aku malas dan senang
cerita, aku tak minat Chelsea!!
| >Gambar kabur sebab hujan< |
Kelab apakah?! Fulham FC
Stadium nama?! : Craven Cottage
Range harga ticket!! : GBP25 dan ke atas (Bergantung pada seat)
Penerangan?! : Aku sampai di Craven Cottage pada hari yang sama aku sampai di
Stamford Bridge yakni pada 31hb Okt, sehari sebelum birthday aku. Pada hari itu
ada match antara Fulham dan Liverpool. So, aku bernasib baik sampai pada waktu
yang tepat. Aku berkesempatan berjumpa dan mengambil gambar pemain-pemain
Fulham yang baru sampai dan nak masuk stadium masa itu. Selain itu, ramai
jugalah supporter Fulham di tempat kejadian. Siap ada polis nak kontrol. Pemain
semua baik-baik dan diorang sudi sign autograph untuk peminat-peminat. Aku rasa
berkat aku datang, Fulham menang 3-1 lawan Liverpool. Yang payahnya pasal
Fulham ialah kedudukan stadium yang jauh dari Tube Station. Dalam setengah jam
jugalah nak sampai stadium tu. Letih aku..Huuuu~
Kelab apakah?! : Newcastle
FC
Stadium nama?! : St James Park
Range harga ticket!! : GBP25 dan keatas (Berdasarkan tempat duduk)
Penerangan?! : Newcastle adalah sebuah stadium yang terletak di utara UK. Ketika
travel di area Newcastle pada waktu winter 2010, aku sempat untuk singgah
sebentar di stadium nie. Newcastle memang popular dengan Alan Shearer dan
Michael Owen pada ketika dahulu tapi sekarang dah jatuh ke liga bawahan. Tapi,
next season maybe akan masuk liga utama semula. Stadium ini memang payah tul
nak cari entrance sehinggakan aku kena pusing stadium itu sebab nak cari tempat
paling sesuai untuk ambil gambar. Selamatlah aku jumpa juga tempat paling
sesuai untuk ambil gambar. Kalau tak, memang tak berbaloi aku datang di
tengah-tengah winter kan?!
Jadi, itulah sebahagian daripada stadium yang aku dah pernah pergi. Stadium-stadium lain aku masih belum ada kesempatan untuk pergi lagi tapi jangan risau, aku akan pergi juga suatu hari nanti dan aku akan update korang selepas itu. Tapi kalau stadium Man U, payah sikit kot sebab aku alergic dengan Man U. (Haicuumm!! Dah bersin!!) Tapi jangan risau. Aku tahu ramai peminat Man U di Malaysia. Jadi, demi korang, insyAllah aku akan sampai juga di Old Trafford tu. Tapi lambatlah sikit sebab jauh dari London dan aku tiada member di sana untuk bawa jalan-jalan. So, korang bolehlah tengok-tengok gambar yang aku upload di sini dahulu dan imagine korang berada di posisi aku yerk!!
*Aku rasa, banyak gak gambar aku upload kali ini*
[Aku di sini sentiasa menanti-nantikan kemenangan Arsenal FC]
[Aku di sini sentiasa menanti-nantikan kemenangan Arsenal FC]









