Aku bangun tidur pagi tadi rasa macam berat sahaja kepala aku nie. Rasa berat yang menimpa-nimpa tapi sekarang dah rasa better sedikit kut. Sebagaimana yang dijanjikan, hari ini adalah hari pertama koleksi galeri gambar-gambar bunga yang aku tangkap di Hyde Park semalam. Luckily aku pergi semalam dan cuaca cerah Hari ini pula hujan lagi sejak pagi tadi. Oh ya, gambar bunga-bunga ini adalah ketika di awal-awal musim spring memandangkan musim spring yang sebenarnya masih belum lagi di peringkat kemuncak. Jadi, kalau betul-betul musim spring nanti aku tak tahulah macam mana gamaknya yerk~!! Tak perlu bercakap panjang : layan gambar-gambar di bawah!! ^_^
>Lagi sekali gambar bunga warna ungu<
Kepada para pembaca semua, aku memang tiada bakat untuk menjadi seorang kameraman sejati dan semua gambar yang aku ambil adalah berbekalkan kepada kamera digital Olympus aku sahaja. Jadi, kepada photographer sejati, jangan komen yerk. Ngeh2!! Gambar yang aku upload dan kongsi ini adalah fresh dari ladang dan aku tidak edit apa-apa ataupun menggunakan photoshop or watever. Lagipun, aku mana reti nak edit gambar apa-apa. Semua gambar macam dalam keadaan yang aku kongsi di sini. Selain itu, aku juga memberi kebenaran kepada sesiapa yang nak ambil gambar-gambar ini. Just tekan untuk pembesaran dan copylah mana-mana yang korang nak ataupun suka. Tapi, kalau boleh, kasi tinggal tribute kepada aku sedikit yerk. Dan kasi tahu aku juga okay. Huuu~~
Melihat gambar-gambar ini semua membuatkan kita terfikir betapa hebatnya kuasa Yang Maha Esa dan sama-sama kita mengucapkan "Subhanallah" dalam melihat kebesaran Ilahi (kepada pembaca Islam yerk). Kepada semua sekaligus juga, sama-sama kita renungkan betapa ajaibnya dan cantiknya alam nie. Terpulang kepada kita bagaimana untuk mencorakkannya : samada dengan polution ataupun green life. Kepada yang rasa gambar ini tidak seberapa : tidak mengapa, aku hanya sekadar berkongsi. Tunggu untuk sambungan galeri besok dan lusa. Ingat!! Ini baru di awal spring. Belum lagi kemuncak summer~!! Rasa macam mat jiwang la pulak pergi tangkap gambar bunga. Apapun, tinggalkan komen korang sebagai support yerk!! *muehehehe*
*Tadi aku masak nasi goreng : Terletak banyak minyakla pulak*
[Jom pergi Tesco selepas nie : Kita pergi cari roti]



