Aku perasan dah makin ramai orang Malaysia yang melancong ke London sekarang. Makin nak dekat dengan summer, makin bertambah-tambah. Yang aku hairannya, masa winter taknak pulak korang datang yerk : barulah ada feeling London sikit. *keh3!!* Kekadang ada yang datang just untuk shopping dan ada pulak datang melancong tapi papepon, yang aku perasan : ada yang spend sehingga seminggu lebih di sini. Kalau seminggu tu sambil jejalan di luar London takpa jugak tapi nie seminggu duduk di London sahaja. Isyh3!! Lama benar duduk London nie yerk.
Sebagai seorang yang boleh dikira agak berpengalaman sebagai tourist guide London, aku rasa korang tak perlukan selama itu untuk habiskan tour London. Aku pernah jadi tour guide dan dalam masa sehari, dah habis khatam attraction-attraction utama di sini. Maka aku tetiba rasa nak tulis entri nie sebagai tips dan guide untuk korang benar-benar manfaatkan waktu di London. Aku akan senaraikan attractions utama London yang korang sempat lawati dalam tempoh sehari. Tapi ini hanya dengan dua syarat yakni korang kena ada Oyster Card untuk bebas bergerak dan ikut one by one attraction aku listkan sebab senang untuk travel guna tube. Harap membantu bagi yang ada masa yang suntuk di London. Yeehaa!!
Pit Stop One : Tube Station Westminster
Attractions : House of Parliament, Westminster Abbey, Big Bang dan Eye of London
Penerangan : Biasanya pelancong-pelancong dari Malaysia akan stay di area Bayswater ataupun Paddington. Daripada Bayswater ataupun Paddington, korang boleh ambil tube district ataupun circle link straight ke tube station Westminster. Di Westminster nie ada banyak attraction seperti yang aku senaraikan di atas. Yang bestnya adalah attraction nie dekat antara satu sama lain : so, senang untuk digapai. Inilah jugak tempat Royal Wedding hari tu.
Pit Stop Two : Tube Station St James Park
Attractions : St James Park, Buckingham Palace, Wellington Place dan Hyde Park
Penerangan : Selepas dah settle dengan pit stop pertama di atas, korang boleh ambil tube daripada Westminster tadi dan ke station St James Park yang terletak hanya satu stesen sebelum Westminster tadi. Daripada St James Park, korang boleh berjalan kaki merentasi St James Park ke arak Buckingham Palace. Selepas langsai dengan Buckingham Palace, teruskan berjalan kaki ke arah Wellington Place dan Hyde Park.
Pit Stop Three : Tube Station London Bridge
Attractions : London Bridge, HMS Ship, Tower Bridge dan Tower Hill
Penerangan : Daripada Hyde Park tadi, korang boleh ambil tube daripada stesen Hyde Park Corner (link Piccadily) dan stop di Green Park untuk tukar ke Jubilee Link. Dengan Jubilee Link, ambil tube ke London Bridge. Once sampai di London Bridge stesen, korang dah boleh nampak London Bridge tu. Selepas itu berjalan ke arah Tower Bridge di sebelah Thames River. Selepas merentas Tower Bridge menuju istana Tower Hill, korang boleh boarding tube daripada Tower Hill dan kembali semula ke Bayswater ataupun Paddington dengan menggunakan District ataupun Circle Link.
Itulah dua belas attractions utama London yang dapat diconquer dalam masa sehari. Bagi yang mungkin dapat berjalan pantas, korang akan dapat khatamkan kurang daripada sehari penuh. Ini adalah attraction utama yang confirm kena pergi kalau datang London. Sekiranya korang ada sehari lagi untuk pergi jejalan, bolehlah digunakan untuk melawat stadium bola dan attractions lain seperti Trafalgar Square, St Paul Cathedral, Baker Street dan pelbagai lagi. Kalau sempat, boleh pergi shopping di Oxford Street jugak kan?! Tapi bagi yang mempunyai masa yang singkat, tour trip yang aku plan di atas dah lebih daripada mengcukupi. Aku harap sekurang-kurangnya ini akan berguna bagi yang akan datang ke London yerk. Yeszaa!!
*Sesiapa yang rasa ada member nak datang London : sharekan tips berguna di blog*
[Baru sahaja lepas satu exam paper semalam : memang penat tersadai keletihan]


