My Followers Who Follow My Blog

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Hari Bapa Kepada Semua

Beberapa hari lepas, dunia blogger pesat dengan entri-entri yang bertemakan Hari Bapa. Walaupun agak terlambat, aku sendiri pun kalau boleh tak mahu ketinggalan jugak. Papepon, sebelum start apa-apa, aku ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa di luar sana dan juga bakal-bakal bapa di masa yang akan datang. Eh jap, aku pun tergolong jugaklah kan?! Ngeh3!! Ada sesetengah individu yang lebih pentingkan ibu berbanding bapa dan juga sebaliknya. Sebenarnyakan, mereka berdua perlu dilayan equal dan selagi mana arahan mereka tidak melampaui batas agama, kita wajib menurutnya. Kalau tak, memang ada bakat nak jadi anak derhakalah. *muehehehe*


selamat hari bapa>Selamat Hari Bapa diucapakn kepada semua pembaca yerk<


Mari kita semua mengenali ayah aku yerk. Nama beliau adalah Long Hassan bin Long Chik. Kalau korang nak tahu, besar kemungkinan kami nie adalah dari golongan Long Jaafar yang famous dalam buku sejarah sekolah menengah tu. *kuikuikui* Ayah aku dilahirkan pada 12 Februari (tahun dirahsiakan) di Kuala Terengganu. Sekarang merupakan pesara tentera walaupun umur masih dalam 40-an. Ayah aku berkhidmat sebagai tukang masak dalam angkatan tentera dan pangkat terakhir ialah Lans Koperal. Hobinya adalah memasak. Jadi, kalau dia berada di dapur, jangan sama sekali anda memberanikan diri untuk ke dapur jugak!! *warning mode*


selamat hari bapa>Ayah kita yang memimpin kita mengenal kehidupan<


selamat hari bapa>Segala keringat dan bebah ayah kita wajarlah dihargai<


Setiap orang mesti ada pengalaman dengan ayah masing-masing kan?! Selain itu, mesti ada juga pengorbanan mereka terhadap korang kan?! Begitu juga dengan diri aku sendiri. Mungkin ada cerita yang berentak sama dengan korang tapi mungkin ada juga yang berbeza. Yang penting, jom aku sharekan :

01. Ayah aku tak suka marah-marah tapi kalau dia marah, memang merbahaya. Saat yang paling aku ingat adalah ketika dia datang dengan batang kayu untuk "menghukum" aku dan adik aku. Waktu tu, aku dan adik aku bergurau senda di dalam bilik sehinggakan TV di dalam bilik jatuh dan penjurunya pecah. Dahla kami memang bising waktu tu. So, ayah aku datang dengan pedang batang kayunya. Nasib baik sempat dihentikan. Huuu~~

02. Ayah aku nie tak pandai bawak kereta tau. Kalau dia ke mana-mana, dia hanya menggunakan motor Honda dia tu jerlah. Aku pulak takda lesen motor. Jadi, kalau aku nak turun ke bandar, aku terpaksa mintak pertolongan ayah aku untuk hantarkan dengan motor. Kalau aku nak balik ke asrama, ayah aku yang akan datang hantar or ambil aku di stesen bas. Barang-barang yang berat semuanya angkut dengan motor. Kalau hujan ataupun ribut, redah jer segala halangan. >.<


selamat hari bapa>Ayah aku ketika muda : Yang kecik tu aku<


selamat hari bapa>Dari kiri : Ayah, aku dan atuk : 3 generasi berbeza<


03. Aku dan ayah aku ada persamaan yang ketara yakni selagi mana termampu, kami akan lebih pentingkan keperluan berbanding kualiti. Sebelum aku fly ke London, aku kena berjimat duit. Jadi, aku dan ayah aku pergi banyak gaklah kedai bundle ataupun pasar malam di sekitar Kuala Terengganu untuk mencari pakaian. Aku sendiri tak kisah kalau pakai bundle. Kami berdua pergi naik motorlah ke mana-mana sahaja. Jauh pun lantak ah!! Ahakz!!

04. Memandangkan ayah aku dah bersara sekarang, jadi dia tolong memasak untuk warung atuk aku di Bandar. Setiap hari dia kena bangun dalam pukul 2.30 pagi untuk memasak nasi lemak dan mee goreng sampailah ke waktu Subuh. Dahla dia selalunya tidur dalam pukul 12.00 malam. Maknanya dia hanya tidur dalam tiga jam jer setiap malam. Aku yang selalu berjaga malam akan tolong kejutkan dia jam 2.30 pagi tu. Ngeh3!!

05. Sedikit fakta menarik mengenai ayah aku. Dia tak layan sangat bola sepak. Match stadium yang dia pernah pergi masa muda-muda dulu pun sekejap jer and then keluar balik. Dia jugak terror dalam urusan melibatkan duit nie. Selain itu, dia juga pernah memanjat tiang lampu Telekom untuk mencuri link telefon masa dia dalam pasukan askar dulu. Sebabnya adalah dia nak telefon mak semasa itu. Pergh!! Sweet tul diorang kan?!


selamat hari bapa>Ayah aku pada tahun lepas : Masa hantar aku di KLIA<


selamat hari bapa>Oh ya, ayah aku merupakan tukang masak : Sebab tu aku besar<


Jadi, inilah yang ingin aku kongsikan sempena Hari Bapa untuk tahun nie. Kalau boleh, aku ingin ubah sedikit tema entri Hari Bapa yang biasanya agak sedih dan pilu. Selagi mana ayah korang berada di sini, hargailah seadanya. Dah banyak iklan PETRONAS yang bertemakan Hari Bapa disiarkan di television kan? Maka, ambillah iktibar daripadanya. Pengorbanan ibu bapa memang banyak. Waktu kita berada di tempat mereka nanti, barulah kita akan sedar betapa payah dan beratnya tugas yang dipikul. Leh bayang tak?! ^_^


*Tidur yang tak cukup memandangkan setiap malam asyik main game jer*
["Anak-anak ni tak tau yang kita ni sebenarnya sayang kat depa...'' ~Selamat Hari Bapa!]
    Related Posts with Thumbnails