My Followers Who Follow My Blog

Friday, August 19, 2011

longHaffiz.com : Behind the Photo Contest 2011

Aku baru sahaja langsaikan 67 episodes Family Outing sejak tujuh hari yang lepas dan aku rasa cambest gila. Pastu semalam Terengganu menang FA Cup lawan Kelantan 2-1 selepas dramatic punya match. Walaupun aku tengok streaming dari London dengan member aku yang semuanya penyokong Kelantan tapi aku berjaya untuk maintain cool sehingga saat akhir. Memandangkan mood aku agak stabil, aku pun berkira-kira untuk buat contest this time. Aku rasa contest nie akan kekal dalam tempoh masa yang agak lama memandangkan next week aku akan balik ke Malaysia tapi jangan risau sebab hadiah daripada London semuanya sudah get ready. Yeszaa!!


contest blog cermin mata guess>Antara hadiah untuk dimenangi : teruskan membaca<


contest blog cermin mata guess>Simple dan jelas : banner untuk contest this time<


longHaffiz.com : Behind the Photo Contest : Inilah nama contest untuk korang semua. Memandangkan aku dalam proses nak promote domain blog yang baru dilancarkan last week, maka hadiah yang disediakan pun boleh tahan gempak dan high valuenya. Senang sahaja korang untuk join contest nie tau. Korang hanya perlu siapkan satu entri pasal contest nie, upload gambar di FB Fan Page dan dapatkan like sebanyak mungkin. Secara detailnya, inilah procedurnya yerk :

Step 1. Tulis satu entri di blog korang semua. Di dalam entri tersebut, korang bolehlah bebel pasal longHaffiz.com : Behind the Photo Contest dan pada masa yang sama upload photo terbaik korang. Photo yang korang nak pilih adalah totally general dan random : terpulang kepada semua yerk!!

Step 2. Selepas entri dah siap, korang kena upload photo yang sama ke Facebook Fan Page Blog Coretan “Long Haffiz” Perantau. Oh ya, beserta dengan photo yang korang upload tu, pastikan tinggal caption url entri blog korang tu.

Step 3. Last step, dapatkan kengkawan korang semua untuk like photo korang di Fan Page tadi dan langsailah kerja korang! Yeszaa!!


contest blog cermin mata guess>Ada dua Calvin Klein untuk pemenang cabutan bertuah<


contest blog cermin mata guess>Hugo Boss Necktie : Made in Italy untuk grand winner<


Macam banyak step pulak di atas yerk tapi tak mengapa sebab hadiah pun memang terbaik daripada London dan kalau beli di Malaysia, memang ratusan ringgit jugaklah aku rasa. Aku harap korang berminat dengan hadiah yang telah aku sediakan untuk longHaffiz.com : Behind the Photo Contest nie. Antara hadiahnya adalah :

Photo di-Like Paling Banyak Lelaki : Cermin Mata Hitam Original GUESS + London Fridge Magnet

Photo di-Like Paling Banyak Perempuan : Genuine Leather Brown Purse FOSSIL + London Fridge Magnet

Photo Terbaik Juri : Neck Tie Original Hugo Boss + London Fridge Magnet

2 Hadiah Cabutan Bertuah : Neck Tie Calvin Klein + London Fridge Magnet


>Bahagian depan purse FOSSIL untuk pemenang kategori girl<


>Nampak tak brand FOSSIL dan genuine leather tu?! Untuk korang!<


contest blog cermin mata guess>Cemin mata hitam GUESS untuk photo like terbanyak<


contest blog cermin mata guess>Inilah hadiah untuk dimenangi : GUESS Original Cermin Mata Hitam<


Ingin aku tegaskan bahawa sebarang keputusan adalah muktamad. Tempoh longHaffiz.com : Behind the Photo Contest adalah tertakluk kepada bila masa pulak aku dapat online bila aku balik Malaysia nanti. Oh ya, turut diingatkan bahawa photo yang korang pilih untuk diupload adalah bertema bebas : tak kisahlah gambar baby, pemandangan, family dan pelbagai lagi yang mungkin korang pilih. Semuanya terpulang kepada cita rasa anda. Yang penting kalau nak menang, kena dapatkan photo di-Like bebanyak yerk. Mudah sahaja kan?! So, rebutlah peluang nie. Hadiah mungkin ditambah kalau aku sempat shopping. Yeszaaa!!


*Aku rasa nie Photo Contest paling simple untuk join dan menang : mari semua!!*
[Keputusan juri adalah muktamad : 19 August adalah Finale Penutup Contest yerk]



Alhamdulillah. Nampaknya longHaffiz.com: Behind the Photo Contest sudah pun berakhir dengan jayanya pada waktu Maghrib semalam. Walaupun contest ini kurang mendapat sambutan kerana syarat contest yang agak ketat : walaupun hadiah ditawarkan amat awesome, namun aku berpuas hati dengan sambutan yang diperolehi. Secara kesuluruhannya terdapat 10 blog yang menyertai contest nie dan aku membuat keputusan untuk memberi setiap peserta contest “something” as tanda penghargaan. Jadi tahniah dan juga ribuan terima kasih kepada semua peserta kerana koranglah pemenang contest ini. Yeehaa!! Berikut adalah senarai pemenang longHaffiz.com: Behind the Photo Contest dan diharapkan setiap daripada mereka dapat submit address rumah untuk urusan delivery hadiah secepat yang mungkin ke mail : llonghaffiz@gmail.com. InsyAllah!! (^_^)/


01. Mawarmerahku : 130 FB likes : FOSSIL Leather Purse + London Fridge Magnet
02. Positive Broad Spectrum : 98 FB likes : GUESS Sunglasses + London Fridge Magnet
03. Kauluanexpress : 55 FB likes : HUGO BOSS Necktie + London Fridge Magnet
04. Littlegurlpunyeblog : 42 FB likes : Calvin Klein Necktie + London Fridge Magnet
05. Ecadwinkyasha : 30 FB likes : Calvin Klein Necktie + London Fridge Magnet
06. Siapanursakinah : 7 FB likes : London Fridge Magnet
07. Strawberrycoklatz : 6 FB likes : London Fridge Magnet
08. Ernashafiqah : 3 FB likes : London Fridge Magnet
09. Pintuhati : 3 FB likes : London Fridge Magnet
10. Silenthuman : 3 FB likes : London Fridge Magnet


Pasnie akan ada Giveaway Poskad From London pulak : Be Prepare!!

    Related Posts with Thumbnails