My Followers Who Follow My Blog

Thursday, June 24, 2010

Dato' Siti Nurhaliza Bergambar Dengan Aku

Siapakah antara korang semua yang tak kenal Dato' Siti Nurhaliza?! Takkanlah ada yang tak kenal Dato' Siti Nurhaliza kan? Tapi, in case ada yang tak kenal, meh aku briefing sedikit. Dato' Siti Nurhaliza adalah antara penyanyi terulung di Malaysia dan sudah merangkul pelbagai awards dan anugerah. Selain itu, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Dato' Siti Nurhaliza juga sentiasa menjadi siulan pelbagai lapisan masyarakat. Beliau merupakan antara lagenda dalam industry seni negara dan memang wajar menjadi kebanggaan kita. So, apakah kaitan beliau dengan aku yerk?! Teruskan membaca kalau nak tahu. (^_^)/


gambar siti nurhaliza>Ihsan Google : Dato' K dan Dato' CT : Jadilah KCT 1<


gambar siti nurhaliza>Meh pilih plat nombor meh : Tapi nie US punya<


Sebelum nie tersebar luas berita bahawa Dato' Siti Nurhaliza telah membida nombor pendaftaran kereta (ataupun lebih mudah dipanggil "plat") bernombor KCT 1 dengan harga RM 100 000. KCT yang melambangkan akronim nama Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Dato' Khalid Md Jiwa telah menjadi rebutan apabila JPJ Kedah membuka bidaan untuk plat nombor tersebut. Walaubagaimanapun, berdasarkan akhbar Harian Metro semalam, bukannya Dato' Siti Nurhaliza yang membida nombor plat itu sebenarnya tetapi suaminya yakni Dato' Khalid Md Jiwa ataupun lebih dikenali sebagai Dato' K. Paham semua?!

Dato' K telah sah menjadi pemilik plat bernombor KCT 1 itu selepas memenangi bidaan tersebut dengan nilai bidaan RM 66 550. Beliau merupakan pembida tertinggi sekiranya dibandingkan dengan 193 pemenang bidaan yang lain untuk plat bernombor KCT. So, tahniah untuk beliau!! Kalau akulah, RM 66 550 tu boleh aku gunakan untuk beli kereta lain ataupun simpan dalam ASB. Takpun aku beli tanah banyak-banyak. Tetapi Dato' K telah membuktikan bahawa beliau sanggup berhabis duit semata-mata untuk cintanya terhadap Dato' Siti Nurhaliza. Betul-betul berhabis duitlah!! Papepon, tahniah untuk Dato' K dan juga Dato' Siti Nurhaliza!! ^_^


gambar siti nurhaliza>Klik untuk pembesaran : Gambar bersama Dato' Siti Nurhaliza<


gambar siti nurhaliza>Memang payah nak jumpa Dato' Siti Nurhaliza di dunia sebenar<


Jadi, apakah kaitan mereka berdua dengan aku?! Meh aku start cerita yerk. Aku rasa ramai juga yang tahu bahawa sebelum aku fly ke United Kingdom, aku membuat persediaan ataupun A Level di Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ). Untuk pengetahuan semua, KTJ merupakan antara high class international boarding school di Malaysia. Kebanyakan pelajarnya adalah anak-anak mereka yang kaya : melainkan kalau korang berada di bawah tajaan scholarship seperti aku. Jadi, salah seorang pelajar di Kolej Tuanku Ja’afar ialah Asyraf yakni anak kepada Dato' K. Agak-agak korang kenal tak yang mana satu yerk?! Kalau tak kenal, boleh Google kut. Ngeh3!!

Asyraf dan aku boleh dikira saling mengenali jugaklah walaupun tak rapat sangat. Tapi bukan itu yang ingin aku cuba sampaikan di sini. Begini kisahnya : pada satu hari di awal tahun lepas, KTJ mengadakan some musical programs dan Asyraf merupakan sebahagian daripadanya. Hendak dijadikan ceritanya, Dato' K dan juga Dato' Siti Nurhaliza turut datang ke musical programs tu sebab parents turut dijemput sama. Jadi, ketika programs tu berhenti rehat, ramailah students KTJ yang mengambil peluang nie untuk bergambar dengan Dato' Siti Nurhaliza. Aku dan member aku pun turut bergambar dengan beliau. Malangnya, aku tak sempat nak ambil gambar berdua sebab ramai sangat orang!! TT__TT


gambar siti nurhaliza>Kasi crop sikit : Payah tul aku nak senyum masa tu<


gambar siti nurhaliza>Aku dan kengkawan tengah lepas semasa Musical Programs tu<


Dato' Siti Nurhaliza memang cun dan mempunyai kecantikan yang semulajadi. Selain itu, memang tutur bicara dia pun tertib dan berbudi bahasa. Dato' K pun baik jugak dan turut bertegur sapa dengan para pelajar. Bertuah jugaklah aku sebab dapat jumpa mereka. Selain daripada waktu itu, Dato' Siti Nurhaliza dan Dato' K selalu juga datang untuk melawat Asyraf di KTJ. Tetapi aku tak pernah jumpa diorang selain daripada ketika musical programs tu memandangakn Asyraf dan aku adalah dari asrama yang berbeza. *kuikuikui*


*Dramatik tul match USA semalam : Germany vs England pasnie!!*
[World Cup 2010 menuju klimaks : Page Mengenal Penulis telah diwujudkan tau]
    Related Posts with Thumbnails