Kepada para pembaca semua, dengan ini aku mengumumkan bahawa aku tidak akan menulis entri baru untuk tiga hari berturut-turut yang akan datang. Maknanya : besok, lusa dan tulat tiada karangan baru tetapi entri baru still ada. Eh, macam memeningkan sahaja ayat aku nie kan?! Tiga hari yang akan datang nie aku akan berkongsi gambar-gambar di sekitar Hyde Park yang baru sahaja aku tangkap tadi. Ada gambar bunga-bunga, gambar permandangan dan macam-macam lagi yang akan aku share dalam masa tiga hari yang akan datang. So, nanti kita akan tengok gambar dan galeri bunga sahaja. Ngeh3!! ^_^
Ehem2!! Mari kita sambung entri semalam yerk. Semalam aku dah state lima isu yang boleh diconsider "separa-penting" yang perlu aku adjustkan diri aku sebelum aku balik ke Malaysia. Untuk entri hari nie pulak, aku akan state beberapa lagi isu yang perlu aku adjustkan diri aku daripada kehidupan London kepada kehidupana Malaysia. Mungkin akan mengambil masa yang lama tapi aku rasa senang sahaja dan tak perlu risau sangat. Isu ini takdalah effect sangat diri aku sebenarnya. Hanya ingin berkongsi sudut perbezaan antara kehidupan di Malaysia dan kehidupan di London. Sila scroll down untuk melihat sambungan semalam~!!
6. Isu Agama dan Berkaitan Dengannya : Sekiranya korang pergi sembahyang di mana-mana masjid di London ataupun United Kingdom, korang memang akan terkejut sebab memang penuh dengan umat Islam. Walaupun ada banyak masjid tapi memang penuh dengan jemaah. Kalau waktu subuh tu pun, memang ramai yang turun untuk sembahyang berjemaah. Ini yang membuatkan aku semangat untuk ke masjid. Di Malaysia, masjid banyak tetapi orangnya dalam 3-4 shaf jer selalunya. Kalau time Subuh tu, mahunya ada tok imam dan tok bilal jer dua orang. Tak semangatlah kalau camnie gak!! T__T
7. Isu PATI (Fokus Bangla) : Memang di London ada ramai pendatang asing jugak tetapi kebanyakan daripada diorang adalah daripada kelas pertengahan ataupun atasan. Pastu, diorang tak kacau urusan orang lain. Tetapi kalau di Malaysia, kebanyakan pekerja tanpa izin nie dari kelas bawahan dan selalu jer aku nampak diorang kacau anak-anak dara masa di Kuala Lumpur. Ingat Kuala Lumpur tu Yongon ataupun Dhaka ker?! Risau jugak balik nanti. Keselamatan diri kena diingati setiap masa. Kawan aku ada cakap : "Balik Malaysia nanti, paling aku tak tahan adalah bau Bangla. Kalau naik bas ataupun duduk dalam tren tepi diorang, mesti ada bau semacam sahaja~~"
8. Isu Bil Telefon : Kalau di London, hampir setiap orang buat ataupun menggunakan kontrak phone. Aku pun macam tu jugak. Kontrak phone aku adalah dalam GBP 30.00 sebulan dan aku dapat unlimited text ke semua link telefon di UK dan 300 minutes call dan juga unlimited internet. Maknanya aku bayar GBP 30.00 dan tak perlu risau apa-apa lagi. Tapi kalau di Malaysia nanti, besar kemungkinan aku akan guna prepaid Celcom Upax aku yang aku pakai sebelum aku fly dulu. Selamatlah ada nombor Upax, murah sedikit kos perbelanjaan. Tetapi aku memang kuat bermain SMS, jadi memang kuatlah kena topup nanti. RM 10 seminggu memang tak cukup selalunya. Kena sediakan duit nie untuk topup~!! Oh ya, sesiapa ada cadangan perkhidmatan yang lagi murah, sila update aku yerk menerusi komen entri!!
9. Isu Serangga dan Buah : Kalau korang semua nak tahu, di London aku tak pernah jumpa serangga. Contohnya nyamuk. Aku tak pernah jumpa nyamuk sepanjang hampir setahun aku duduk di London. Kalau tidur, memang tak pernah diganggu nyamuk. Tetapi kalau di Malaysia, nyamuk tu memang teman kamcing ketika nak tidur kan?! Kalau tiada ubat nyamuk, pakai kelambu pulak kan?! Tu yang memang best kalau tidur di Malaysia. Terutama kalau di kampung-kampung. Selain itu, di London aku tak pernah jumpa buah durian. Orang British cakap durian nie a disgusting fruit. Aku pulak, kalau jumpa durian, mahunya 3-4 bijik jugak aku sekali makan. Wahaha!! Bestnya durian!! *_*
>Nantikan galeri gambar bunga di Hyde Park besok : Biasa sahaja<
Maka langsailah dua entri mengenai perbezaan antara kehidupan di London dan juga di Malaysia. Sesiapa yang nak tahu berapa hb aku balik Malaysia, itu masih lagi satu rahsia. Time aku dah sampai di Malaysia, baru aku buat satu entri yang mengceritakan aku dah sampai. Oh ya, sesiapa yang terasa nak belanja aku makan di kedai mamak, sila-silalah yerk buzz aku. Dulu dengar-dengar ramai jugak tapi sekarang nie semua pakat diam jer. -_-" Kepada semua, jangan lupa untuk mengikuti galeri gambar bunga di Hyde Park bermula besok dan berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Mungkin bunga tak lawa sangat tetapi aku sekadar berkongsi dengan semua~!!
*Semalam plan nak pergi LSE tak jadi sebab hujan*
[Sekarang nie London asyik hujan sahaja : Dahla hujan yang agak tak best]




