My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, August 10, 2011

4 Punca Seorang Blogger Boleh Tidak Disukai

Aku yakin bahawa korang semua mesti tahu bahawa bandar London sekarang berada dalam huru-hara disebabkan rusuhan. Walaupun aku selamat kerana kini berada di Malaysia namun aku masih risaukan kengkawan aku yang tidak pulang untuk summer holidays. Pada mulanya rusuhan itu hanya melibatkan London Zone 3 dan 4 tetapi kini ia mula merebak ke Central London : Zone 1 dan 2. Aku harapkan agar member-member aku di sana selamat semuanya walaupun ada beberapa berita kurang enak yang aku dapat daripada diorang. InsyAllah!! Oh ya, pernah tak korang rasa kurang menggemari ataupun tidak menyukai sesetengah blog yang korang lawati? Daripada sedikit sebanyak research yang aku lakukan, aku dapati ada empat sebab utama yang boleh menyebabkan sesebuah blog ataupun blogger tidak disukai. Yeehaaa!!


london riot blogger dibenci>London sekarang : Alhamdulillah aku berada di Malaysia now<


london riot blogger dibenci
>Kawasan riot dan bulatan hitam adalah area aku selalu lepak<


Sebab No.01 Blogger Tidak Disukai : Mencuri Idea Ataupun Entri Blogger Lain
Penerangan : Kekadang dalam dunia berblogging nie ada blogger yang merasakan bahawa entri mereka biasa-biasa sahaja. Mereka merasakan bahawa entri blogger lain jauh lagi gempak dan dapat menarik lebih banyak perhatian pembaca berbanding entri mereka sendiri. Jadi mereka mengambil jalan mudah dengan menyalin sebulat-bulatnya entri tersebut. Sekiranya dijadikan rujukan ataupun diberi kebenaran : it’s still okay tapi kalau tiru sepenuhnya, memang wajar tak disukailah kan?! Adesss!!

Sebab No.02 Blogger Tidak Disukai : Menulis Fitnah dan Fakta Yang Salah
Penerangan : Semasa berblogwalking, aku selalu jugak terjumpa entri yang ditulis berdasarkan fakta yang salah dan juga berunsurkan fitnah : selalunya dalam blog berunsurkan politik. Itu kira okaylah memandangkan aku jenis tak kisah tapi kalau keterlaluan yang amat, aku pun rasa geram. Selain itu ada juga aku terserempak dengan entri-entri yang berbaur cemburu dan mulalah “menyerang” sesetengah blogger ataupun pihak lain. Ini aku paling tak suka! Rezeki masing-masing kan?! (^_^)/


london riot blogger dibenci>Janganlah tulis pasal benda yang tak benar tau<

london riot blogger dibenci
>Mencuri idea memang takkan disukai manusia sejagat<


Sebab No.03 Blogger Tidak Disukai : Blogger Yang Annoying
Penerangan : Sebenarnya sebab ini bergantung sepenuhnya kepada cita rasa para pembaca. Sebagai contoh, aku kurang menggemari dengan sikap “I Follow U, U Follow I”. Member aku pulak ada yang tak gemar dengan sikap sesetengah blogger yang suka share entri baru mereka di semua FB fan page diorang join sehingga penuh ruangan news feed Facebook. Memacam situasi kan dan ianya bergantung mana satu kita boleh tahan dan mana satu yang kita tak suka. Lain orang, lain taste. *kih3!!*

Sebab No.04 Blogger Tidak Disukai : Blog Elements Yang Annoying
Penerangan : Ini juga merupakan isu yang agak subjektif kerana ini turut bergantung kepada cita rasa para pembaca sendiri. Contohnya, aku kurang suka dengan blog yang mempunyai background music yang menyerabutkan. Selain itu, pengunaan short form yang melampau-lampau memang menambah ketidaksukaan aku itu. Ada banyak lagi unsur lain seperti terlampau banyak widget, blog page yang berat, terlampau banyak banner iklan dan lain-lain. Tapi cam aku cakap tadi : ini sepenuhnya bergantung kepada cita rasa pembaca itu sendiri yerk!!


london riot blogger dibenci>Stress jugak kalau keempat-empat punca nie terjadi<


london riot blogger dibenci>SO : What do you think? Your opinions?<


london riot blogger dibenci>Be Aware : Take Care : My Second Home London<


Itulah dia empat sebab utama kenapa sesebuah blog ataupun seseorang blogger boleh jadi tidak disukai ataupun kurang digemari. Empat sebab di atas adalah hasil kajian secara random aku dalam kalangan rakan blogger sendiri. Namun tak semestinya apa yang aku kurang gemari adalah sama dengan korang kan?! Sekiranya korang rasa ada sebab-sebab lain yang menyebabkan korang kurang menyukai sesuatu blog ataupun blogger, bolehlah share dengan rakan pembaca semua di sini : mana tahu ada yang sama buah fikiran. Papepon, apa yang baik kita jadikan iktibar dan terus improve juga apa yang kurang baik!! Yeszaaa!!


*Take care London : I'm gonna come back there within a month : Stay strong!!*
[Dear friends in London : please take a good care and beware of any extreme riots]
    Related Posts with Thumbnails