My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, August 10, 2011

4 Punca Seorang Blogger Boleh Tidak Disukai

Aku yakin bahawa korang semua mesti tahu bahawa bandar London sekarang berada dalam huru-hara disebabkan rusuhan. Walaupun aku selamat kerana kini berada di Malaysia namun aku masih risaukan kengkawan aku yang tidak pulang untuk summer holidays. Pada mulanya rusuhan itu hanya melibatkan London Zone 3 dan 4 tetapi kini ia mula merebak ke Central London : Zone 1 dan 2. Aku harapkan agar member-member aku di sana selamat semuanya walaupun ada beberapa berita kurang enak yang aku dapat daripada diorang. InsyAllah!! Oh ya, pernah tak korang rasa kurang menggemari ataupun tidak menyukai sesetengah blog yang korang lawati? Daripada sedikit sebanyak research yang aku lakukan, aku dapati ada empat sebab utama yang boleh menyebabkan sesebuah blog ataupun blogger tidak disukai. Yeehaaa!!


london riot blogger dibenci>London sekarang : Alhamdulillah aku berada di Malaysia now<


london riot blogger dibenci
>Kawasan riot dan bulatan hitam adalah area aku selalu lepak<


Sebab No.01 Blogger Tidak Disukai : Mencuri Idea Ataupun Entri Blogger Lain
Penerangan : Kekadang dalam dunia berblogging nie ada blogger yang merasakan bahawa entri mereka biasa-biasa sahaja. Mereka merasakan bahawa entri blogger lain jauh lagi gempak dan dapat menarik lebih banyak perhatian pembaca berbanding entri mereka sendiri. Jadi mereka mengambil jalan mudah dengan menyalin sebulat-bulatnya entri tersebut. Sekiranya dijadikan rujukan ataupun diberi kebenaran : it’s still okay tapi kalau tiru sepenuhnya, memang wajar tak disukailah kan?! Adesss!!

Sebab No.02 Blogger Tidak Disukai : Menulis Fitnah dan Fakta Yang Salah
Penerangan : Semasa berblogwalking, aku selalu jugak terjumpa entri yang ditulis berdasarkan fakta yang salah dan juga berunsurkan fitnah : selalunya dalam blog berunsurkan politik. Itu kira okaylah memandangkan aku jenis tak kisah tapi kalau keterlaluan yang amat, aku pun rasa geram. Selain itu ada juga aku terserempak dengan entri-entri yang berbaur cemburu dan mulalah “menyerang” sesetengah blogger ataupun pihak lain. Ini aku paling tak suka! Rezeki masing-masing kan?! (^_^)/


london riot blogger dibenci>Janganlah tulis pasal benda yang tak benar tau<

london riot blogger dibenci
>Mencuri idea memang takkan disukai manusia sejagat<


Sebab No.03 Blogger Tidak Disukai : Blogger Yang Annoying
Penerangan : Sebenarnya sebab ini bergantung sepenuhnya kepada cita rasa para pembaca. Sebagai contoh, aku kurang menggemari dengan sikap “I Follow U, U Follow I”. Member aku pulak ada yang tak gemar dengan sikap sesetengah blogger yang suka share entri baru mereka di semua FB fan page diorang join sehingga penuh ruangan news feed Facebook. Memacam situasi kan dan ianya bergantung mana satu kita boleh tahan dan mana satu yang kita tak suka. Lain orang, lain taste. *kih3!!*

Sebab No.04 Blogger Tidak Disukai : Blog Elements Yang Annoying
Penerangan : Ini juga merupakan isu yang agak subjektif kerana ini turut bergantung kepada cita rasa para pembaca sendiri. Contohnya, aku kurang suka dengan blog yang mempunyai background music yang menyerabutkan. Selain itu, pengunaan short form yang melampau-lampau memang menambah ketidaksukaan aku itu. Ada banyak lagi unsur lain seperti terlampau banyak widget, blog page yang berat, terlampau banyak banner iklan dan lain-lain. Tapi cam aku cakap tadi : ini sepenuhnya bergantung kepada cita rasa pembaca itu sendiri yerk!!


london riot blogger dibenci>Stress jugak kalau keempat-empat punca nie terjadi<


london riot blogger dibenci>SO : What do you think? Your opinions?<


london riot blogger dibenci>Be Aware : Take Care : My Second Home London<


Itulah dia empat sebab utama kenapa sesebuah blog ataupun seseorang blogger boleh jadi tidak disukai ataupun kurang digemari. Empat sebab di atas adalah hasil kajian secara random aku dalam kalangan rakan blogger sendiri. Namun tak semestinya apa yang aku kurang gemari adalah sama dengan korang kan?! Sekiranya korang rasa ada sebab-sebab lain yang menyebabkan korang kurang menyukai sesuatu blog ataupun blogger, bolehlah share dengan rakan pembaca semua di sini : mana tahu ada yang sama buah fikiran. Papepon, apa yang baik kita jadikan iktibar dan terus improve juga apa yang kurang baik!! Yeszaaa!!


*Take care London : I'm gonna come back there within a month : Stay strong!!*
[Dear friends in London : please take a good care and beware of any extreme riots]

43 comments:

Shahada Fauzi said...

point nombor 3 tu memang semak habes..tak suke jugak! semak news feed FB..(-_-")

GadisNotaPelekat said...

yeah~ stuju sgt2 .. ^^

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

kina pun setuju sesangat!

miss fiza said...

bagus entri ni... mmg pon citarasa org lain-lain kan... tp segala bende yg annoying mmg ramai xsuke,,,

kueh bakar said...

england vs belanda tunda....aduh

aku tgk gambar kedai london banyak kedai hanya cermin kaca.takde roller shelter(?)

pecah dan rompak.tapi tgk muka mcm suka2 je nak rompak..

zarith said...

lama tak jenguk sini doe. :p

Arez Razin said...

thanks tuan umah 4 info :)

Azree Ariffin said...

Bagi saya pula - antara sebab saya tak suka sesuatu blog itu adalah kerana penggunaan Bahasa yang kacau bilau.

Ejaan tak betul, tanda baca huru hara, perenggan entah ke mana-mana. :)

Buatkan nafsu membaca terencat!

wana_love said...

for me personally, sy xsuke bce blog yg ade letak lagu. annoying gila nak kena off speaker bagai. kalau time tu tgh dngar youtube ke ape, then msok blog die, terpkse la off speaker. xke nyusahkn. hahaha lol

Fiza Zainal Abidin said...

dulu pernah terjadi jugak kat saya..walaupun blog saya takde lah popular atau best, tapi ada jugak orang copy & paste entry yang sama..pernah cakap baik2 dengan blogger tu tapi masih takde pape tindakan..at the end, ada seseorg email dan salahkan saya pulak..katanya teguran saya tu kasar..pulak....so, saya memang anti dengan blogger yang ada penyakit copy & paste. Yes, boleh copy...tapi kene lah letak credit utk penulis asal kan..

blogger kene bertanggunjwb ke atas penulisan beliau :)

selamat berpuasa...

Syuti Moimoi said...

like point num 4 tp ppe pon bergantung juga.

littledolphin said...

NO 4 tu yang paling utama dalam list saya .tertekan kalau blog tu banyak ngat banner/iklan.HAHA

blog-tips-kurus said...

setuju semuanya lah. blog kita mencerminkan diri kita.. ;)

RIOT said...

long cepat... buat entry pasal riot kat london macam x update plak blog ko nih kate made in london...kami nk tau neh..

Clarky Afif said...

hamaigad..nasibla kau balik cuti khenn?

apa khabar kawan aku yang shopping beg raya kat london agaknya? =..=''

Anonymous said...

Salam,

Akak bukan nk komen pasai entry topic ni tapi akak need your favor.tak tau cmne nk contact coz cari gak email add haffiz tp x jmpe pn kt blog nih.ni email add akak eemashid80@yahoo.com.tq.

Zam_Nap said...

Lagu tu mmg annoying sungguh buat ape la promote blog dan sebagai kalau last2 org masuk pastu trus blah...
Cube bayangkan kalau org tgh bace entry blog korang pastu ade lagu x mengganggu ke...

Kadang2 aku cube carik jugak mane la stop button ke pause ke mmg xder...
Pada aku kalau nak letak lagu bole letak la kat tempat yang senang nak jumper pause button tu hehehe...

Tapi aku ade jumpe blog letak era radio nyer widget yg tu aku suke gak maybe pasal radio kot

najihahfara said...

pes time masuk blog ni tengok entry trus follow :)
bes lah

Haiza Sidek (bukan nama sebenar) said...

incik london.. belog sy oke ta?? sy newbie,,hehe

Ida Farhani said...

1000% setujuuu ! tapi no 3 paling suka ! penuh wall kat FB pasal die post entry baru.. aduyai -.-"

maya anis said...

oklaaa...xde lagu dah :(

Anonymous said...

semua keterangan diatas adalah pendapat..setiap org ade pendapat yg berbeza bukan...lg senang kalau blogger ni jenis yg tak kesah..main redah je..blog berat ke bising ke die ttp masuk jgk :)

Zul Muhammad said...

poin no4 tu aku tramat sokong...dhla blog berat nak loading,nak naik turunkn skroll tu pn sekat2,last2 ttup gtu je,xsmpt mngomen...

Miss Butterfly said...

saya ade termasuk mana2 tak? takot plak... huuu~

Anonymous said...

sebab no 3 siyes giler sungguh sungguh sungguhhhhhhhhhhh unacceptable!!!!

semak giler dowh!!!

~aYeeN & SuE~ said...

yap..de btolnya pd 4 ciri ni..

Akue Achik said...

"do not follow me if it is just for the sake of following you back"

Unknown said...

Salam Ramadhan
First of all terima kasih sudi lawat blog Umi

Annoying would be all of the above 1-4

Most annoying adalah sebab #3
macam ada paksaan, dia follow so kita kena follow. Kita ada alasan tertentu mengapa kita follow sesuatu blog.Jadi alasan kita follow sebab dia dah follow kita menjadi satu kejengkelan walaupun blog dia bagus.

Pada Umi bahasa blog yang mirip text phone msg kills me.

Terima kasih berbagi info.
Selamat berpuasa.

Umi

biela bell said...

mudah2an dorang selamat yer...

erghh..yg part tak sukenyer..bila berat giler blog dia tu..tension nyer nak bukak..huhu

Ainsha said...

niace sharing^^ btw kita nak letak jugak lagu... tak kira... ngeee..

beaty said...

beaty x suka dengan yang I follow u, u follow me..ahhgg memang x suka la..kalu lain2 pasal lagu boleh pasang..but ermm jangan sampai lambat loading blog..

satu lagi saya x suka ialah blogger yang suka cakap kasar..membabi buta..

Anonymous said...

betol-betol.tak suke u follow i follow neh.huhu =( nak folo tiada paksaan kan

Acid+ said...

Thanks for your en3 dude,rafie ade cite pasal bloq ni..Cun..Hehe..Ok point yang paling aku tak suka no.4!bloq berat ade lagu.hurm.

LongHaffiz review bloq den boleh?im newbie..

Anonymous said...

setuju2..contonnya yang letak lagu r..dulu penah letak gak lagu..diri sendiri plak annoy kt blog sendiri..hu3..senang cite..make it simple je la..

Faeza Dot Me said...

^^ saya stuju jg... trima kasih ng entri ne.. bab follow2 tu..hihi spttnya xda pksaan..klu da follow tpulang la ng sorg tu utk follow blik o x..

Syahirah Suhaili said...

adiela suka entry nie..sokong 100pratus yang no3 tu..penoh noty fb kot.. kalau satu entry yang btol2 hot je dia ping,xpe jugak..nia kalau entry seciput je pon dia nak ping kat semua group tu,adeh..mau2 je rasa nak remove je org tu dr friend..haha..(ayat kejam giler)

tambah2..adiela xsuke blog ada lagu..haha..sbb kalau bw,slalu buka byk tab skaligus..dah jadi remix pulak dah lagu2 tu..deyy~

Belleza~ said...

point ketiga dan keempat! memang tepat!

ZEEQA AJIE said...

statement ketiga sangat tepat!
no way u follow i, follow me back.

shamyheart said...

sama, tak suka jugak.
paling tak suka blog berat. ada malicious malware.

Yumida said...

by yumida lak..semuanya x mjd masalah...i kan blogger yg sporting! annoying x? hahhaha

a r i l said...

lain org lain ragam..layankan je..huhu

Chik Att said...

no 3 dan 4 ...sama macam CA ...

satu lagi ... kenapa tak tinggal komen... sebab .... kena masukkan wording .... malas ahhhhh

Unknown said...

saya bencikan riots juger,,eh tetiba.. hmmm kalau blh jgn ada berpuak puak dlm dunia blogging. bila dah puak sangat fitnah blh berleluasa..huhu

    Related Posts with Thumbnails