My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Thursday, August 04, 2011

Jelajah Andalusia Sepanyol : Malaga Pertama Yang Dijejaki

Sempena bulan Ramadhan nie, aku teringin untuk berkongsi dengan korang semua perjalanan aku dan member-member aku menjelajahi bumi Andalusia, Sepanyol pada bulan April yang lepas. Walaupun trip seminggu ke Sepanyol tu dah lama berlalu tetapi aku tetap nak share pengalaman aku merantau sekitar bumi Andalusia di Sepanyol dan menikmati segala macam peninggalan Islam di sana. Trip selama seminggu itu dimulakan dengan kawasan sekitar Andalusia termasuklah bandar Malaga, Nerja, Granada, Cordoba dan Sevilla sebelum kami terbang ke Barcelona. (^_^)/


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Inilah dia paling utama yang bergelar Malaga Cathedral<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Aku punya plan kalau berjalan-jalan memang sentiasa lengkap<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Sedang menunggu bas untuk ke tengah bandar Malaga<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Sementara sesat mencari hostel, sempatlah posing apa yang patut<


Dalam mana-mana trip memang aku akan lakukan sebanyak research yang mungkin dan print anything yang perlu seperti transport info, peta dan lain-lain sebagai persediaan : sama juga untuk Spain Trip this time. Kitorang bertolak daripada London selepas solat Subuh di Airport Luton, London. Perjalanan selama 3 jam daripada London ke Malaga memang dah menjadi satu kebiasaan untuk backpackers seperti kami. Kitorang sampai di Malaga pada waktu pagi dan terus ambil bas untuk ke tengah bandar Malaga. Daripada stesen bas utama Malaga dan berbekalkan peta yang aku dah print, kitorang menuju ke hostel dan terus check-in serta rehat dan lepak seketika.


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Berada di hadapan salah satu binaan di Malaga<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Inilah dia binaan tu : kalau tak silap merupakan City Centre<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Bukti yang menunjukkan kitorang dah sampai Museum Picasso<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Sedang meneroka sekitar tengah bandar Malaga<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Ini merupakan binaan Alcazaba : kubu pertahanan Malaga<


Sebenarnya dalam perjalanan kesesatan ke hostel, kitorang sempat untuk bergambar dengan apa sahaja attractions yang kitorang rasa lawa. Antaranya ialah Malaga Cathedral dan juga sungai utama yang merentasi bandar Malaga. Untuk pengetahuan rakan pembaca, Malaga merupakan sebuah bandar yang terletak di dalam kawasan Costa del Soy yakni persisiran pantai Sepanyol. Maka sebab itulah wujudnya sungai yang merentasi bandar Malaga itu. Selepas langsai letak barang dan berehat, kitorang terus bergerak jejalan Malaga. Sasaran pertama adalah Museum Picasso yang terletak berdekatan dengan hostel kami. Memandangkan tiada antara kitorang yang minat art, maka kitorang semua pakat tak masuk museum tu. Ahakz!


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Ada tanda Malaga : bukti bahawa memang kitorang dah tiba<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Ini adalah Alcazaba : Kubu pertahanan terkuat di Malaga<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Memang binaan batu bata yang amat strong dan kukuh<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Memandangkan Spain memang panas : pakai camnie dah cukup<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Di puncak Alcazaba berlatarbelakangkan laut menghadap Malaga<


Kitorang memang target daripada awal untuk meneroka pantai Malaga memandangkan tak banyak sangat attractions utama sebenarnya di sini. On the way ke pantai, kitorang sempat singgah di Festival di Malaga yakni pusat teater terkenal di Sepanyol. Daripada situ jugak, kitorang ternampak Alcazaba. Alcazaba merupakan kubu yang telah dibina oleh tentera Islam pada zaman dahulu untuk menahan sebarang serangan daripada laut memandangkan Malaga terletak betul-betul di tepi laut. Disebabkan bayaran masuk ke Alcazaba adalah amat murah, maka kitorang pun terus meneroka Kubu Alcazaba nie. Memang besar dan tinggi kubu nie : satu-satunya attraction yang aku rasa paling berbaloi di Malaga. Sedar tak sedar kitorang spend masa sampai ke petang di Alcazaba.


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Ini merupakan pintu masuk sebelum masuk ke Alcazaba<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Aiyaa! Muka aku memang ternyata dah penat yang amat<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Lihatlah peninggalan Islam yang masih terdapat di Alcazaba<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Memandangkan cuaca yang amat panas : tanggalkan vest aku<


jelajah andalusia malaga sepanyol
>Anggota rombongan berlatar belakangkan bandar Malaga<


Memandangkan hari hampir malam, kitorang terus bergegas mencari kedai runcit setempat untuk mencari bekalan minuman. Bekalan makanan confirm tak perlu dirisaukan sebab memang dah banyak stock meggi dan juga serunding dibawa awal-awal daripada London sebelum kitorang bergerak ke Sepanyol. Sebelah malamnya kitorang hanya lepak di hostel sambil makan stock-stock makanan kitorang tu. Sempatlah jugak aku online untuk membuat sedikit sebanyak research untuk next destination yakni Nerja. Nerja memang popular dengan gua batu kapurnya dan ini akan aku ceritakan dalam next entri pasal Trip ke Sepanyol kitorang. Yeeehaaaa!!


*Berbanggalah kita dengan peninggalan Islam di Sepanyol walaupun penuh kristian*
[Tolonglah hujan wahai negeri Terengganu kerana cuaca di sini semakin panas tau]

27 comments:

senyumSOYA said...

waa..dapat2 jalan2..best!! jeles..huk3~

kueh bakar said...

"melancong adalah kesesatan yang mengasyikkan"

kelab bolasepak malaga telah dibeli oleh seorang bilionaire arab.kita tunggu dan lihat boleh celen barca atau real madrid seperti city di england...

huhuhu.
kenapa tiada gambar aweks andalusia.rasenya mereka punya mata yang mempesona...

Wan Harun said...

akhirnye aku masok dalam blog long..hahah.

long post la gamba awek spain :p

kang kung said...

eh2,senior aku pn ade.haziq nazri,haha

blog-tips-kurus said...

sorry bro,
jangan pakai cincin di jari telunjuk ye. bestnye asyik jalan2 je dia.. :-)

Cinta Misteri said...

Seronoknya....
Walau di mana kamu berada, harap sentiasa berada di bawah lindungan Nya

eclipsesweet said...

seronok er... jeles laa tgk dia pi jalan-jalan.. huhuhu

Pink Diva™ said...

Wow!! share the vacation even dalam photo ni jew..hehehe

♥Aien Najwa♥ said...

Series best giler dpt melancong smbil menimbe pengetahuan erk..=)
u all mmg salu g melancong yew..
memang seronok lah..hehe..

.MEOW. said...

Assalamualaikum.
Waaaaah bertuahnya ada rezeki jejak ke sana ! Thanks for sharing :3
Hope to one day, go there as well, see where Islam once reign supreme :3

N A T A S Y A ツ said...

wah, seronok nye !
harap harap la ade peluang gi sane gak :D

*lain kali bawak balik cenderamata :D
jkjk

Cik Kay Jue said...

wah... best nyer

M.E Z.A.F.I.R.A.H said...

wahhh...beznye..... =)

c@PtA!n a!Dz@M said...

waa..bestnya..jelous..hehe

ezzu said...

wah bestnye jalan2..dpt jln2 kat luar negara plak tu...hehehe...enjoy yourself..heheh

N.Hasanah said...

wah..nk ole2 dr sne =)

Nur Fiyzza said...

Bestnye.. bler lah nk dpt g sane nie..hehe

ziana said...

Best bangat nih...Bila nak bagi akak tiket freee ker? Kwn-kwn ramai tu kongsi la..He.he

::ini belog saya . cinta hati saya:: said...

wah . bestnye dapat melancong :)

~+aSma dAud+~ said...

andalusia bnyk sejarah kn tempat ni..sy ni bercita cita nk melancong ke oversea..tp skrng ni tngl cite2 je lagi..mungkin satu masa nnti akan smpi jgk

Ikmal Zainal said...

wah bestnya dapat around the world

khairul said...

as salam..sy teringin nk mengembara style backpackers ni...dh kawen tu yg problem :)berpa kos trip ni ?

Cik Ice said...

Best gilerrr..de x pergi Istana Al-Hambra..^_^

Cik Bell said...

bertuahnya,,memang teringin nak pegi negara nie..byk cter pasal sejarah islam kat sini..anda beruntungla..saya bila lagi?? hahaha..jauh perjalanan luas pandangan :)

Aizawa gurl said...

wah!an interesting place 2 visit:)

nadia fatihah said...

wahhh, nak pergi jugak!!!! :P

I am EQIN said...

Menarik kott!
Negara Islam zaman dahulu yang sangat sangat cantik :)

    Related Posts with Thumbnails