My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, March 03, 2010

Poskad Free Daripada London

Sejak aku tukar template ini, ramai yang nampaknya kata aku ini jambu. Mentang-mentang aku pakai template yang ceria-ceria gitu. Pergh~!! Itu memang silap besar memandangkan jambu dengan aku adalah umpama buah dan manusia. Totally different! And then, ramai juga yang minta souvenirs dari London. Mentang-mentanglah aku baru balik dari Manchester yerk. Korang nie, memang demand betul. Aku hanya seorang insan yang selalu puasa untuk jimat kos tau~!! [-_-"]


poskad free london
>Inilah aku semasa program di Manchester<


Aku post entri kali ini adalah dengan satu tujuan yang jelas dan nyata. Entri ini juga akan menjadi pendek dan mampat. Aku harap korang percaya dakwaan-dakwaan aku ini. Sepanjang aku check komen-komen di shoutbox, aku menyedari yang ada blogger yang tag aku dalam post diorang dan ada juga yang tulis entri pasal aku. Aku bebetul hargai korang semua yang sentiasa memberi sokongan kepada aku-sehingga dah mencecah 500 followers dalam masa 2 bulan.
Jadi, aku terfikir untuk menge"post" 21 keping poskad London kepada yang 21 orang peminat yang bertuah. Berminat tak?! Kalau berminat, teruskan membaca sampai habis!!

Korang mesti rasa macam "down" sikit kan sebab aku hanya bagi poskad kan? Tapi jom aku bercerita sedikit kepada korang semua kos satu poskad:-
  • Harga Poskad : 70 pence (RM 3.85)
  • Kos Posting : 65 pence (RM 3.60)
  • Poskad dari London : Priceless (Infinity)
Itu baru kos satu poskad yakni dalam RM7.45. Kalau 21 keping, agak-agaknya berapa harganya yerk? Korang fikir dan kiralah sendiri. Tetapi itu sahaja yang aku termampu buat sekarang ini. Nanti dah nak balik Malaysia, bolehlah lagi berharga barang-barang itu. Lagipun dalam poskad itu akan ada handwritting aku. Spesel betul kan?! *wink2!!*


poskad free london
>Tempat aku akan post poskad London ini<


poskad free london>Antara poskad yang akan menjadi milik korang nanti<

CARA UNTUK AKU BAGI KORANG POSKAD INI DAN SYARAT-SYARAT:

01. Perlu ker menjadi follower?! : Tidak! Anda sama sekali tidak perlu untuk menjadi follower kepada blog aku ini kalau nak dapatkan poskad London yang akan aku hantar itu. Tapi, korang rasa mungkin tak aku akan utamakan follower aku dulu?? Ngeh3!!
02. Keutamaan kepada siapa?! : Aku akan memberi keutamaan kepada bloggers yang ada tag aku or tulis pasal aku dalam entri diorang. Sila kemukakan link sebagai resit pengesahan yang ada nama aku dalam blog korang itu. Thanks sebab sudi tag aku~!!
03. Berapa banyak penyertaan?! : Korang boleh mereka dan memikirkan seberapa banyak penyertaan korang nak. TETAPI, sila hantar or submit 2 penyertaan terbaik sahaja. Kalau banyak-banyak, payah aku nak pilih nanti.
04. Cara hantar penyertaan?! : Caranya mudah dan senang sahaja yakni korang hanya perlu post penyertaan anda itu di ruangan komen entri post ini. Kalau takut orang lain baca post penyertaan anda, boleh saja kalau nak hantar ke mail aku di llonghaffiz@gmail.com
05. Selama mana penyertaan?! : Anda boleh menghantar penyertaan anda sebaik sahaja entri ini dipost ke blog (yakni sekarang!!) sehinggalah ke 15 Mac 2010. Ingat tau!! 15 Mac 2010 yakni hari Isnin pukul 5 petang waktu London.
06. Apa lagi yerk?! : Aku yang akan mengadili slogan mana ataupun statement mana yang paling best, paling mengancam dan juga paling terbaik. Tak kira lah samada slogan atau statement korang itu poyo ataupun skema. Lagi satu, keputusan juri (yakni aku :P) adalah muktamad. Kalau korang nak post surat ke sini sebab nak komen keputusan juri, aku alu-alukan yerk!!
07. Anda kena setuju!! : Korang perlulah juga setuju yang sekiranya korang dipilih sebagai blogger bertuah yang akan mendapat poskad dari London ini, korang perlu berkongsi alamat rumah or universiti or alamat apa-apa pon nanti. Ini adalah bertujuan untuk hantar poskad London ini. Kalau tiada address, macam mana nak hantar bah~~
08. Apakah yang kena buat sebenarnya?! : Senang sahaja caranya. Ia takkan mengambil masa selama lebih dari 1 minit pon. Sila lengkapkan ayat di bawah dengan statement ataupun ayat yang tak lebih daripada 32 patah perkataan. Ayatnya adalah di bawah :

"Inche Long Haffiz kena hantar poskad London kepada saya sebab ............"


poskad free london
>Bersinar-sinar poskad ini menunggu korang<


poskad free london>Antara pilihan poskad yang ada<


poskad free london>Nie gambar sampingan : Bersama muslim worldwide<


Contoh jawapan (dilarang hard copy yerk!!) :-
...sebab kalau dia tak bagi, saya akan nangis sampai dia balik Malaysia nanti. [T.T]
...kerna aku hanya akan rasa diriku puas dan berada di London setelah aku empunya poskad itu.
...sebab saya merasakan bahawa saya adalah peminat setia blog ini dan saya wajar mendapat penghargaan daripada Inche Long Haffiz.

So, macam mana? Senang dan mudah sahaja kan?! Sorrylah. Buat masa sekarang aku hanya boleh menghantar 21 keping poskad. Lain kali aku akan buat macam ini lagi dan aku akan tambah bilangan poskad yang akan dihantar. Kalau nak beri barang-barang Zara or bagi duit memang payah sebab aku sekarang di UK dan korang pula di Malaysia. Jadi, kalau yang melibatkan barang-barang or pakaian or duit pound, aku akan buat later. Buat masa ini-itu sahaja yerk~!!


*Mari ramai-ramai berebut poskad London yang dicop setem London*
[Aku rasa macam aku nie kedekut betul sebab hanya bagi poskad saja : Sorry~~~]
    Related Posts with Thumbnails