Sebelum start apa-apa, mahu buat satu pengumuman. Sesiapa yang membuat tag ataupun meng"tag" ataupun memberi aku award, sila tinggalkan komen di post ini. Memandangkan makin ramai yang tag aku, aku rasa bersalah sekiranya tidak membalas. Jadi, akan aku balas untuk kali ini. Pastikan komen tag itu ditanggalkan. Pastikan!!
Sebagaimana yang korang semua tahu, cuti musim bunga aku baru sahaja bermula hari Jumaat lepas. Jadi, plannya memang nak study memandangkan banyak benda aku nak cover. Tetapi sebelum study, kenalah siapkan segala kerja-kerja rumah aku dulu. Sekarang nie, aku tengok bilik aku dah macam tongkang pecah. Buku ada merata-rata tempat, baju yang masih belum dilipat, pinggang-mangkuk yang belum dibasuh dan macam-macam lagilah. Nak kemas, rasa macam not in mood. Adoi!! Macam manalah nak study kalau camnie gak?! -_-"
Memandangkan cuaca di London dah makin panas dan cerah, aku pun ambil la peluang nie untuk pergi berjalan-jalan di sekitar London. Boleh lemas kut duk dalam bilik aku tu. Rasa macam terkapai-kapai saja. Aku pun pergilah berjalan-jalan di Finsbury Park dan sekitar kawasan Whitecapel. Kawasan-kawasan ini adalah majoriti muslim. Untuk pengetahuan semua, muslim memang ramai di London nie. Tak kisah lah sama ada yang betul-betul muslim ataupun tidak tapi memang boleh jumpa muslim di semua kawasan. Diorang nie kebanyakan adalah origin daripada negara lain yang berhijrah ke London. Eh, aku sekali kut!!
Sebenarnya di UK, memang ada ramai ahli parlimen yang beragama Islam. Samada diorang mengamalkan Islam ataupun tidak, itu aku tak tahu lah dan aku pun taknak komen apa-apa. Antara ahli parlimen UK yang Islam ialah Sadiq Khan : Ahli Parlimen Parti Buruh Kawasan Tooting, Khalid Mahmood : Ahli Parlimen Parti Buruh Kawasan Birmingham Party Bar dan Mohammed Sarwar : Ahli Parlimen Parti Buruh Kawasan Glasgow Central. Untuk pilihan raya yang akan datang tahun nie, memang dijangkakan ada lagi ramai muslim yang akan masuk bertanding. Kalau tiada aral melintang, aku akan turut mengundi dalam pilihan raya tahun nie. Tapi still belum confirm lagi~!!
Penduduk Islam di UK adalah boleh dikira ramai juga dan terdiri daripada banyak negara. Yang aku bangga dengan diorang ialah tiap kali sembahyang jemaah, memang penuh masjid. Di sini memang ada yang mengamalkan syiah dan sunni. Tapi yang penting, diorang tak kacau dan pegangan hidup masing-masing. Memang di sini problem yang dihadapi oleh orang Islam memang banyak dan aku pernah dengar cerita yang pelajar kena tikam angkara kes Islamic-phobia. Walaubagaimanapun, penduduk muslim di UK mencecah dalam 2.4 juta dan bertaburan serata UK; di London terutamanya. Jadi, entri kali nie aku nak berkongsi beberapa penempatan utama muslim di London yang mempunyai kaitan dengan diri aku. Scroll down a bit~!!
Penempatan Muslim Satu : Finsbury Park (London Zone 2)
Kaitan Dengan Aku?! : Rumah senior, Emirates Stadium (Arsenal), sumber makanan halal yang murah dan masjid utama untuk sembahyang jemaah.
Penerangan Sikit : Di Finsbury Park terletaknya rumah senior aku dan juga memang dekat dengan stadium Arsenal. Jadi, aku selalu pergi lepak di sini. Selain itu, di sini juga ada banyak kedai makanan segera dan non-segera yang halal dan murah. Tempatnya dalam 20 minit naik tube daripada rumah aku di Russell Square dan boleh diconsider dekat. Korang boleh nampak muslim di mana-mana sahaja di sini dan North London Mosque pun memang dekat dengan tube station. Selain itu, aku rasa di sinilah tempat untuk gunting rambut yang paling murah di London yakni 5 pound. Tu kira consider murah la tu. Namun, di kawasan ini juga memang ada banyak masalah sosial : kecurian terutamanya dan senior aku merupakan salah seorang mangsanya dahulu. Biasanya aktiviti usrah akan diadakan di North Landon Mosque dan memang mendapat sambutan daripada penduduk-penduduk sekitar. Masjid pun memang penuh dan memang berbeza dengan situasi di Malaysia~!!
Penempatan Muslim Dua : Shadwell (London Zone 2)
Kaitan Dengan Aku?! : Short Course Nida Trust : 6 Minggu Program Motivasi.
Penerangan Sikit : Sebenarnya, sebelum aku join program motivasi ataupun short course 6 minggu nie, aku langsung tak tahu bahawa ada penempatan muslim yang besar di Shadwell. Masa aku mula-mula sampai di Shadwell, aku agak terkejut sebab memang ramai betul orang muslim di sini. Tengok kanan, tengok kiri : semua muslim. Happy pun ada aku rasa sebab jumpa satu agama kan? Di sini juga ada dijual daging dan makanan halal tapi lagi murah di Finsbury Park. Di sini juga terletak Baitul Ummah yang merupakan pusat penyebaran Islam dan pusat pendidikan Islam di Utara London. Program aku nie pun diadakan di Baitul Ummah. Oh yer, kalau korang nak tahu, tempat nie agak jauh dari rumah aku dan boleh cecah sejam nak sampai. Ada sekali hari tu, tube dari Shadwell rosak dan aku tak tahu nak buat apa. So, aku berjalan kaki dengan dua orang mamat nie ke stesen tube lain yang lebih kurang dalam setengah jam. Sambil berjalan-jalan, baru aku tahu yang mamat dua orang ini adalah Yahudi dari Israel. Aku pun jalan cepat-cepat dan tinggal diorang kat belakang. Dahla malam, mahunya diorang rogol aku. Pelis~!! I'm teruna okay!! *wink2!!*

>Gambar sampingan : Sebelum dan selepas hair cut<
Penempatan Muslim Tiga :Whitecapel (Zone 1)
Kaitan Dengan Aku?! : Bakal terletaknya rumah sewa aku nanti.
Penerangan Sikit : Untuk pengetahuan semua, aku akan tamat tahun pertama aku di LSE pada bulan June nanti. Jadi, untuk tahun pengajian yang kedua, aku tak dapat lagi untuk stay di dalam hall. So, aku kena pergi cari rumah sewa di luar. Aku pun plan dengan Bro Zaki untuk stay satu apartment dengan dia tahun kedua nanti. Kitorang plan untuk sewa rumah di Whitecapel sebab dalam 30 minit sahaja naik tube dari LSE. Selain itu, di sini juga merupakan kawasan penempatan orang muslim yang terbesar di London. Sewa rumah di sini pun boleh diconsider murah berbanding dengan di kawasan-kawasan lain. InsyAllah, besar kemungkinan kami ambil rumah di sini nanti. Doakanlah yerk. Tetapi, kawasan itu memang agak bahaya dan ada banyak kes-kes yang direport. Risau juga memandangkan plan nak stay di sini kan. Apa-apapun, sewa rumah lebih diutamakan. (o.O) Di Whitecapel nie juga ada pasar ala-ala pasar tani yang dibuka setiap hari. Barang-barang memang murah dan masjid utama yang terdapat di sini pun memang besar dan ramai orang datang sembahyang jemaah. Tengok orang ramai datang jemaah, aku pun semangat jugalah. Ahakz!!
Aku rasa hanya tiga kawasan di atas yang mana para penduduk kawasan setempat adalah majoriti muslim. Kat rumah aku di Russell Square nie pun ada juga muslim tapi bukan majoritilah. Kebanyakan muslim berasal daripada serata dunia. Diorang memang duduk berselerak di serata London demi mencari kerja dan sewaktu dengannya. Di sebabkan memang ramai muslim di sini, cara kehidupan di sini pun sedikit demi sedikit dah berorientasikan Islam. Subway pun dah banyak yang halal. Selain itu, banyak lagi kedai-kedai makanan halal yang lain yang terdapat di London. Asalkan ada duit, makanan tu mampu untuk dibeli. Ngeh2!!
Selain daripada itu, bank-bank utama seperi Lloyds TSB dan juga HSBC juga menyediakan akaun berorientasikan Islam; yang tak ada interest kepada para pengguna. Aku pun pengguna Akaun Syariah Lloyds TSB. Problem islamic-phobia memang still wujud di mana-mana sahaja tetapi sekarang dah makin berkurang sebab dah okay kut. Tapi pasal hari itu ada kes cubaan pengeboman kapal terbang yang mana suspek merupakan bekas presiden Islamic Society di salah sebuah universiti di London (bukan LSE for sure), maka isu racism mula timbul semula. Huuuu~~
*Tiga benda wajib kena settle : Rumah, Study dan Ticket*
[Aku dapat rasakan bahawa semenjak pandai masak nie : aku dah makin kuat makan]

