Dua entri aku mengenai kuih-muih tradisional di sini dan di sini mendapat sambutan yang agak hangat. Pastu, ada yang minta supaya aku sediakan satu lagi edisi review kuih-muih : maka terciptalah entri nie. Kekadang kalau kita perasan, di samping kuih-muih tradisional, terdapat juga kuih-muih lain yang dijual di pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Aku memanggil kuih-muih nie sebagai kuih-muih separa traditional. *muehehehe* Sebabnya?! Entah : aku pun tak tahu!! Papepon, antara kuih yang jatuh dalam kategori nie adalah :
Kuih-muih 01 (Agar-agar) : Agar-agar adalah kuih common yang boleh dimakan pada bila-bila sahaja. Harganya yang murah dan mempunyai pelbagai rasa dan design menyebabkan demandnya sentiasa tinggi. Ada agar-agar berperisa oren, perisa pandan dan macam-macam lagi : terpulang kepada korang untuk pilih berdasarkan taste sendiri!! ^_^
>Nie gambar aku tercandid semasa berada di Bazaar Ramadhan<
Kuih-muih 02 (Cream Puff) : Cream puff adalah sejenis puff yang berintikan kaya di dalamnya. Puff di bahagian luarnya memang agak lembut dan kandungan kaya yang manis di dalamnya membuatkan rasanya sedap dan menyirap air liur. Boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Nyum3!! Sedap tau!! Baru semalam aku makan!!
Kuih-muih 03 (Mini Donut) : Kalau aku sebut donut, apa yang korang imagine yerk?! Mesti roti yang bersalut dengan gula kan?! Selain itu, turut dijual mini donut yang berperisa coklat ataupun strawberry di pasar-pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Jadi, kalau korang yang mengidam Big Apple or Jco : boleh jer tapau mini donut nie!! Ahakz!!
Kuih-muih 04 (Mini Kek) : Aku sebenarnya kurang minat sangat dengan mini kek sebab rasanya yang agak manis berbanding kuih lain tetapi nie memang menjadi favret adik aku. Dengan harga yang murah dan rasa yang empuk membuatkannya menjadi menu utama adik aku setiap hari. Korang sendiri patut try mini kek nie : tak kiralah perisa apa pun. Aku jamin sedap tau~~
>Secolourfulnya warna kek : secolourfulnya rasa kek<
Kuih-muih 05 (Cucur) : Dalam dunia nie ada pelbagai jenis cucur. Ada cucur udang, ada cucur cempedak, ada cucur kosong dan macam-macam lagi : bergantung kepada origin korang semua daripada mana. Aku percaya yang setiap dari korang mesti pernah masak ataupun makan cucur kan?! Memang sedap kan?! Lagi-lagi kalau makan waktu petang sambil minum Teh O ataupun Kopi kan?! Pergh!!
Kuih-muih 06 (Apam Balik) : Apam balik ada banyak jenis tapi yang paling utama ialah apam balik inti kacang or apam balik inti jagung ataupun combination kedua-dua. Aku lebih suka yang hanya berintikan kacang : lagi rangup dan berkrim. Apam balik nie lagi best kalau dimakan masa panas-panas. Eh jap, korang jangan pergi sambar apam balik kat Bazaar Ramadhan dan terus makan lak tau!! *kuikuikui*
Itulah dia enam jenis kuih-muih separa tradisional yang korang boleh jumpa dengan banyaknya di pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Aku yakin yang keenam-enam kuih nie korang tahu dan pernah cuba kan?! Sebabnya ini makanan yang boleh dijumpai di seluruh Malaysia : bukan hanya di sesetengah negeri. Kalau ada antara korang yang ngidam kuih-muih nie semua : cepat-cepat dapatkan di Bazaar Ramadhan terdekat sekarang!! Cepat sebelum habis!! Nyum3!! Sedapnya oit!!
*Cubaan untuk mendapatkan status Gelihati Nuffnang : Entah berjaya tak*
[Aku ubah sedikit design blog untuk lajukan sedikit : Cadangan warna background?!]