My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Tuesday, September 07, 2010

6 Jenis Kuih-Muih Separa Tradisional Wajib Jenguk

Dua entri aku mengenai kuih-muih tradisional di sini dan di sini mendapat sambutan yang agak hangat. Pastu, ada yang minta supaya aku sediakan satu lagi edisi review kuih-muih : maka terciptalah entri nie. Kekadang kalau kita perasan, di samping kuih-muih tradisional, terdapat juga kuih-muih lain yang dijual di pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Aku memanggil kuih-muih nie sebagai kuih-muih separa traditional. *muehehehe* Sebabnya?! Entah : aku pun tak tahu!! Papepon, antara kuih yang jatuh dalam kategori nie adalah :

Kuih-muih 01 (Agar-agar) : Agar-agar adalah kuih common yang boleh dimakan pada bila-bila sahaja. Harganya yang murah dan mempunyai pelbagai rasa dan design menyebabkan demandnya sentiasa tinggi. Ada agar-agar berperisa oren, perisa pandan dan macam-macam lagi : terpulang kepada korang untuk pilih berdasarkan taste sendiri!! ^_^


kuih-muih tradisional melayu sedap>Ada banyak pilihan agar-agar untuk korang semua pilih<


kuih-muih tradisional melayu sedap
>Nie gambar aku tercandid semasa berada di Bazaar Ramadhan<


Kuih-muih 02 (Cream Puff) : Cream puff adalah sejenis puff yang berintikan kaya di dalamnya. Puff di bahagian luarnya memang agak lembut dan kandungan kaya yang manis di dalamnya membuatkan rasanya sedap dan menyirap air liur. Boleh didapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Nyum3!! Sedap tau!! Baru semalam aku makan!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Inilah cream puff sebelum ia dikeluarkan daripada plastik beg<


kuih-muih tradisional melayu sedap>Nyum3!! Korang dapat rasa tak aura kesedapannya?!<


Kuih-muih 03 (Mini Donut) : Kalau aku sebut donut, apa yang korang imagine yerk?! Mesti roti yang bersalut dengan gula kan?! Selain itu, turut dijual mini donut yang berperisa coklat ataupun strawberry di pasar-pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Jadi, kalau korang yang mengidam Big Apple or Jco : boleh jer tapau mini donut nie!! Ahakz!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Ini mini donut : cuba teka perasa apa agaknya?!<


Kuih-muih 04 (Mini Kek) : Aku sebenarnya kurang minat sangat dengan mini kek sebab rasanya yang agak manis berbanding kuih lain tetapi nie memang menjadi favret adik aku. Dengan harga yang murah dan rasa yang empuk membuatkannya menjadi menu utama adik aku setiap hari. Korang sendiri patut try mini kek nie : tak kiralah perisa apa pun. Aku jamin sedap tau~~


kuih-muih tradisional melayu sedap
>Secolourfulnya warna kek : secolourfulnya rasa kek<


Kuih-muih 05 (Cucur) : Dalam dunia nie ada pelbagai jenis cucur. Ada cucur udang, ada cucur cempedak, ada cucur kosong dan macam-macam lagi : bergantung kepada origin korang semua daripada mana. Aku percaya yang setiap dari korang mesti pernah masak ataupun makan cucur kan?! Memang sedap kan?! Lagi-lagi kalau makan waktu petang sambil minum Teh O ataupun Kopi kan?! Pergh!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Cucur udang dengan sosnya sekali : Mari rasa<


Kuih-muih 06 (Apam Balik) : Apam balik ada banyak jenis tapi yang paling utama ialah apam balik inti kacang or apam balik inti jagung ataupun combination kedua-dua. Aku lebih suka yang hanya berintikan kacang : lagi rangup dan berkrim. Apam balik nie lagi best kalau dimakan masa panas-panas. Eh jap, korang jangan pergi sambar apam balik kat Bazaar Ramadhan dan terus makan lak tau!! *kuikuikui*


kuih-muih tradisional melayu sedap>Apam balik yang telah pun dipotong : Sila ambil bahagian anda<


kuih-muih tradisional melayu sedap>Sedapnya makan apam balik : lagi-lagi kalau masih panas<


Itulah dia enam jenis kuih-muih separa tradisional yang korang boleh jumpa dengan banyaknya di pasar malam ataupun bazaar Ramadhan. Aku yakin yang keenam-enam kuih nie korang tahu dan pernah cuba kan?! Sebabnya ini makanan yang boleh dijumpai di seluruh Malaysia : bukan hanya di sesetengah negeri. Kalau ada antara korang yang ngidam kuih-muih nie semua : cepat-cepat dapatkan di Bazaar Ramadhan terdekat sekarang!! Cepat sebelum habis!! Nyum3!! Sedapnya oit!!


*Cubaan untuk mendapatkan status Gelihati Nuffnang : Entah berjaya tak*
[Aku ubah sedikit design blog untuk lajukan sedikit : Cadangan warna background?!]

32 comments:

CiK UnGu ViOLeT said...

waaaa, tetiba plak rindu nak makan apam balik aka pizza Malaysia..hihihi =)

ai na said...

ahhh! terliur la. petang ni gi bazaar la. :)

Juaini Jamaludin said...

apam balik jagung satu! :P

oh, apa kata letak warna hijau jambu untuk color background. mesti lawa. :)

gnesop.com said...

wah.. sumer kuih kegemaran tu

FaizalSulaiman said...

cream puff..sedapp

carr said...

aa..creampuff nmpk sedap!

aYaz said...

waa...sumenye besh,menarik dan sedap2 belaka..ngee..
cume mini donut tu je kureng makan,adek2 je yg gemor makan...

:)

azlini said...

sangat sedappppp...
sabar2.. belum berbuka lg..hoho

anatayuni said...

terasa mcm nak g cari semua kuih tu sebelum ramadhan berakhir...heheh..
tapi nafsu..huhu...nak mkn apam balik lah..^^

Hairil Rizal said...

Alamak, teringat kat apam balik la nie.. tapi susah nak cari kat bazar Ramadhan tempatku!

ejum said...

waa..sedap2..meh kueh sikit.haah

mizzura said...

rasanya ramadhan ni langsung tak makan agar2lah..aiseh...

warna background amik hitam tulisan terang pun okay..takpun biru lembut..seju mata kami memandang..

~~@lyci@~~ said...

huhu.. teruja dgn cream puff tu ..

Uruchimaru @ kf said...

apam balik terbaek!!!!!!!!!!

amira said...

sodap...suma sodap!!

Peri PiA said...

donut coklat btl tak?


semoga berjaya dgn nuff itu

tibe2 tingin nak mkn manisan lompat tikam :)

aMy said...

Omg hhahaha lapor weh.
ko kat sana kene buat aa kuih2 ni eh kalau nak makan? ke ade jual?
wewwit balik malaysia terus terer buat kuih nanti!

HanisAzla said...

terliur jgklah...

aku_gayahspears said...

e geram nyer mini kek tu.. Pink kaler (^_~) tp.. Gayh suke cucur udang tu,.... terliur jew c(:

kerangRebus said...

cucur udang nagn cicah tu memang sedap gile kat bazar balakong..haih...~~anda patut cuba k 0_0

I*K*T*I*R*A*F said...

juling mata tgk kueh.hahaha :D

six.september =_= said...

cucur udang tu macam best~

ehem kaler background letak kaler hitam sebab hitam itu menawan..hehe

kay yea said...

err....lapo...jum buke..haha~

joegrimjow said...

dah ada internet ke bang nak update blog?
hehe

Afendi Othman said...

wah...lapar dibuatnya...bile nak berbuke ni..hehehe

farysa said...

sedapny tgk kuih2 tu
tp klo dh bli kang bkn nk mkn pn
nafsu je lbih
hehe

maCy said...

cream puff tu nmpak sedap bangattt

sweetsal said...

akak suka cream puff, kalo makan panas2 melecur lidah..huhu

AiN Z said...

saya suka cream puff dalam dia ada custard... hehehhe lagi sedap..

husna. said...

mini pizza tak tersenarai plak??
jgn letak warna merah sebab saya suka warna merah. warna lain takpe.
trehehee (:

Mat Pintu said...

apam balik sedap woh! kacang & jagung beliau didalam. pergh!

p/s: mne gua tunggu akok x muncul2 ni? haish... :)

AngahSayang2314 said...

hehehe terliur den hehehe

    Related Posts with Thumbnails