My Followers Who Follow My Blog

Monday, June 20, 2011

Goodbye London : Hallo Malaysia

Planning asal aku adalah nak tulis entri pasal trip aku ke Warwick semasa musim sejuk yang lepas tapi entah kenapa aku rasa penat gila. Mungkin sebab aku busy kemas bebarang sepanjang hari kut : lagipun mood dah nak balik Malaysia kan? *muehehehee* Besok yakni hari Selasa aku akan kembali ke Malaysia untuk cuti musim panas. Sebagai mana tahun lepas, cuti musim panas aku kali nie adalah agak panjang yakni sehingga selepas raya. Namun berbeza dengan tahun lepas : aku bekerja selama dua bulan di Ernst and Young, kali nie aku akan lebih banyak melibatkan diri dengan volunteering program dan juga backpacking expedition kalau ada duit lebih. So, tahun nie nak chillax dan lepak-lepak sikitlah. Ahakz!!


emirates airlines>Tiga biji beg untuk dibawa balik : harap lepas baggage check-in<


emirates airlines>This time rasa macam kaya sikit : so naik Emirates Airlines<


Once aku dah balik ke Malaysia nanti, payah jugaklah aku nak update blog memandangkan rumah aku di Terengganu takda internet connection dan kena pergi public library untuk update blog. Tapi jangan risau sebab aku akan cuba taip entri kat rumah dan update di library pastu. Lagipun banyak gila entri-entri yang aku berhutang dengan korang semua. Antaranya ialah entri trip Warwick di atas, entri aku pergi jejalan di Spain dan macam-macam lagilah. Harap korang sudilah membaca nanti yerk. Walaupun aku tak dapat nak online sangat, korang jangan lupa untuk join contest aku di atas tau. Ingat yerk!!



>Aku suka layan video dan lagu nie sebelum balik : lirik meaningful<


Memandangkan aku pun dah penat gila, so aku pun taknak berceloteh panjang sangat walaupun tengok-tengok entri aku macam dah panjang dah. Aku harap korang semua doakan aku yang akan kembali ke Malaysia pada besok hari dengan menggunakan Emirates Airlines. Doakan agar kitorang dapat depart dari London dan sampai ke Malaysia tanpa ada sebarang masalah dan lancar semuanya : termasuklah masa nak check in, baggage, transit di Dubai dan juga di emigresen. Amin. InsyAllah. Last but not least, majulah longHaffiz.com : Behind the Photo Contest 2011 untuk semua. Pakat join ramai-ramai tau. Hadiah gempak tu kot!! Yeszaaa!!


*Risau pasal berat baggage nie : harap lepas segalanya dengan yang teramat lancar*
[Dah setahun tak balik Malaysia nie : tak dapat jalan London, jalan Malaysia pulak]
    Related Posts with Thumbnails