My Followers Who Follow My Blog

Thursday, September 02, 2010

5 Jenis Kuih-Muih Wajar Jenguk di Bazaar Ramadhan

Saat entri nie ditulis, jam menunjukkan pukul 4.00 pagi dan aku sedang bersahur dengan pelbagai aneka kuih-muih. Plan asalnya memang nak sahur pukul 5.00 pagi tapi aku terlayan drama Jepun dari pukul 10 tadi. Nie pun baru half way dan memang aku tak larat nak tahan ngantuk dah. Mungkin aku sambung besok-besok la pulak yerk. Oh ya, untuk pengetahuan semua : aku sekarang berada di kampungku yakni Kuala Terengganu. Memang bestlah duk angkut kuih-muih kat Bazaar Ramadhan di kampung nie. *muehehehehe*


kuih-muih tradisional melayu sedap>Ada pelbagai jenis kuih-muih untuk korang semua pilih<


Semalam aku ikut mak aku pergi Bazaar Ramadhan di Chabang Tiga. Bagi yang tinggal di Kuala Terengganu, memang tahulah pasal kefamesan bazaar nie. Terdapat pelbagai kuih-muih dijual di sini dan kebanyakkannya memang aku tak jumpa semasa di Kuala Lumpur. Antara kuih-muih yang wajar aku jenguk ataupun beli di Bazaar Ramadhan ialah :

Kuih-muih 01 (Roti Jala) : Kalau korang semua nak tahu, roti jala nie memang ada pelbagai nama tau. Antaranya ialah pukat buruk, jala emas dan macam-macam nama pelik lain lagi. Selalunya dimakan dengan kuah manis ataupun dengan kari ayam. Tapi aku lebih suka makan dengan kuah manis : lagi berlemak gitu ^_^


kuih-muih tradisional melayu sedap>Nie roti jala sebelum bungkusannya dibuka<


kuih-muih tradisional melayu sedap>Nie pulak roti jala yang dah siap sedia untuk dimakan : Nyum3!!<


Kuih-muih 02 (Puteri mandi) : Puteri mandi nie lebih kelihatan seperti onde-onde tapi memang kuih yang berbeza sebenarnya. Memang jarang aku jumpa di Kuala Lumpur tapi tetap jadi favret aku dan mak aku sejak zaman dulu kala. Rasanya yang manis memang best kalau nak buat sahur.Kuih nie hanya dapat dijumpai semasa musim bulan Ramadhan jer tau -_-:


kuih-muih tradisional melayu sedap>Nie lah kuih puteri mandi : bukannya budak perempuan mandi<


Kuih-muih 03 (Sekaya) : Nie satu lagi kuih manis yang memang aku tak pernah jumpa di Kuala Lumpur dan juga selain daripada Bulan Ramadhan. Kuih nie memang aku suka sejak sekolah rendah lagi. Mengandungi kandungan gula dan telur yang banyak : tu yang berlemak, manis dan mejilat jari tu *wakakaka*


kuih-muih tradisional melayu sedap>Nie pulak sekaya. Sedap giler : terus rasa kaya selepas makan<


Kuih-muih 04 (Seri muka) : Yang nie merupakan antara kuih yang paling senang nak jumpa. Mengandungi sekaya di layer atas dan pulut nasi di layer bawah. Kuih nie turut dikenali sebagai Tok Aji Serban di Terengganu. Layer pulut tu yang best kalau : ngam-ngam lagi kalau dimakan dengan part manis di layer atas. Nyum3!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Yang nie namanya Tok Aji Serban : Kuih seri muka lain sikit<


Kuih-muih 05 (Karipap) : Siapa yang tak tahu mengenai karipap memang wajar untuk disekeh kepala beliau. Karipap memang best dengan pelbagai inti : contohnya ubi, ikan dan macam-macam lagi. Aku taklah boleh dikatakan fanatic sangat dengan karipap macam kuih-kuih lain tapi kira boleh consider minat jugaklah. AhakZ!!


kuih-muih tradisional melayu sedap>Semalam beli karipap inti ikan kalau tak silap aku : Cuba korang check<


Jadi, itulah lima bijik kuih yang aku sempat angkut dalam bazaar Ramadhan semalam. Sebenarnya ada banyak lagi kuih lain yang aku turut layan seperti kuih Tokyo, kuih awan, kuih pulut lepa dan macam-macam lagilah. Memang ngidam betul aku dengan kuih-muih nie. Papepon, masa membeli tu : jangan biarkan nafsu melebihi kemampuan. *hukhuk* Oh ya, korang pulak suka makan kuih per?! Mana tahu ada kuih-muih yang spesel : yang hanya ada di tempat korang. Kasi sharelah. Aku memang minat bab-bab makan nie. *lalalalalala~~*


*Kebanyakkan kuih-muih yang muncul hanya muncul waktu Ramadhan jer*
[Next time aku cover kuih-muih yang lain pulak yerk : Sabar!!]
    Related Posts with Thumbnails