My Followers Who Follow My Blog

Saturday, December 18, 2010

Trip to Brussels, Belgium Part One

Seperti mana yang aku janji dengan korang semua, aku akan kongsi pengalaman aku menjejakkan kaki ke luar United Kingdom buat kali pertama. Trip ke Brussels, Belgium pada 3 hingga 5 December lepas merupakan first time aku ke Europe bersama member aku : Nab dan Zaki. Kitorang bertiga menaiki train Eurostar daripada St Pancras, London pada petang 3 hb dan sampai di sana pada waktu malam (2 jam perjalanan) Selalunya trip Eurostar memang mahal yang teramat tapi disebabkan bantuan Nab, kitorang dapat ticket murah *muehehehe*


planning trip to belgium>Gambar terbaik sepanjang journey aku rasa<


planning trip to belgium>Gambar masa memula sampai di Brussels : di depan Grand 'Place<


planning trip to belgium>Nampak tak titisan salji dan air hujan yang dicapture??<


planning trip to belgium>Anggota rombongan : Zaki Adan, Long Haffiz dan Fatin Nabila<


planning trip to belgium>Sempat untuk berposing di tengah Brussels masa second day<


Sebelum bertolak ke Brussels, kitorang sudah pun book hostel untuk bermalam di sana. Kos train Eurostar dan juga penginapan di hostel selama 2 malam hanyalah serendah GBP 50.00 (RM250.00) Once kitorang dah sampai di Station Midi, Brussels: memang agak kampung jugaklah. Di mana-mana sahaja ada symbol Belgium, kitorang akan bergambar. Ahakz!! Selalunya bila dah sampai ke bumi asing, mestilah planning nak letak barang dulu dan rehat-rehat di hostel kan?! Tapi kitorang pulak terus menuju ke Grand’ Place yakni central attraction Brussels bersama bebarang kitorang semua. Memang hampir sesat tapi kepakaran aku membaca peta dan kepakaran Nab bercakap basic French meredakan suasana. Lagipun ada local yang tolong tunjukkan arah jugak. (^_^)/


planning trip to belgium>Ini masih lagi di malam pertama : di area Christmas Market<


planning trip to belgium>Jangan fikir lucah : ini adalah statue di depan Financial Tower<


planning trip to belgium>Kitorang sebenarnya berdiri di dalam kolam yang dah beku<


planning trip to belgium>Effect kamera agaknya yang menyebabkan gambar nie nampak old school<


planning trip to belgium>Di sini pulak adalah Botanical Garden : dah putih gebu penuh salji<


Kitorang duk pusing dan sesat di tengah Brussels malam tu tapi sempat jugaklah memahami jalan-jalan utama around Brussels. Selepas dah penat, kitorang plan untuk ke hostel dan check-in. Memang perjalanan ke hostel amat gelap dan menyeramkan. Ingatkan dah sesat : selamatlah ada yang sudi tunjukkan di mana hostel tu. Selepas dah check-in dan berehat, sempat jugaklah kitorang planning untuk hari Sabtu pulak. Kitorang decide untuk tour Brussels dan pergi ke mana-mana attraction yang sempat untuk dijajah!! Selain itu, kitorang plan untuk test semua jenis coklat di Brussels : kota coklat dunia kan?! *wakakaka*


planning trip to belgium>Di mana-mana sahaja penuh dengan salji yang memutih<


planning trip to belgium>Masih lagi berada di hadapan tugu pekebenda ntah<


planning trip to belgium>Antara gambar ketika berada di Botanical Garden<


planning trip to belgium>Rasa macam sedang berlakon drama Korea pun ada nie<


planning trip to belgium>Dah beku di luar : terus masuk Godiva dan nikmati hot choc terbaik!!<


So, hari Sabtu 4 Dec, kitorang memulakan plan untuk menjajah Brussels dengan lebih serius. Selepas breakfast sekenyang-kenyangnya, kitorang pun gerak. Walaupun snow turun dengan agak lebat sepanjang hari tu tapi kami tetap dengan plan kami. Kitorang pergi dari satu attraction ke attraction yang lain yang telah ditanda di dalam peta dengan berjalan kaki. Semua tempat yang sempat kitorang singgah, kitorang akan singgah untuk bergambar. Kalau tak dapat masuk sebab kena bayar, ambil gambar di luar pun dah mengcukupi. Daripada West Brussels, kitorang berjalan ke North Brussels dan terus ke East Brussels. Malangnya…something happened!!


planning trip to belgium>Di depan gereja : bergambar kenang-mengenang<


planning trip to belgium>Sempat singgah di park dan bermain seketika<


planning trip to belgium>Antara gambar terakhir sebelum kamera Nab padam<


planning trip to belgium>Jangan biarkan anjing-anjing anda berkeliaran<


planning trip to belgium>Gambar yang ditangkap menggunakan Blackberry aku<


Kamera Nab yang merupakan kamera utama kami dah habis bateri. Malangnya lagi adalah aku terlupa nak bawa kamera Olympus aku yang tertinggal di hostel. Nak tak nak, kitorang terpaksa menggunakan handphone Satio Zaki untuk terus menangkap gambar sepanjang perjalanan. Malangnya lagi adalah handphone Zaki pun habis bateri dan hanya bergantung kepada Blackberry aku sahaja untuk mengambil gambar. Memandangkan ribut salji makin kuat, kitorang sempat untuk minum hot choc di Godiva dan rehat-rehat daripada kebekuan kesejukan salji. Bincang punya bincang, kitorang plan untuk balik ke hostel dulu. *kuikuikui*


planning trip to belgium>Di depan istana kebangsaan Belgium : tak ingat namanya apakah<


planning trip to belgium>Tengok kelebatan salji tu : memang lebat yang amat<


planning trip to belgium>Kedua-duanya sedang cuba menahan kesejukan yang amat sangat<


planning trip to belgium>Dua lelaki macho sedang berjalan-jalan di taman salji<


planning trip to belgium>Last pic for now : primary photo Facebook aku buat masa sekarang<


Once sampai di hostel, kitorang sembahyang Zuhur dan Asar terus. Selepas itu kitorang sembahyang jamak Maghrib dan Isyak sambil tunggu bateri kamera Nab full. Sambil tunggu bateri kamera full jugak, sempatlah kitorang masak megi dan makan megi di hostel. Yang sedihnya kitorang berkongsi dua bungkus meggi bertiga. Sedih tul kehidupan masa tu. Bila dah balik ke hostel dan berasa amat selesa dengan ke-warm-an di hostel, rasa macam malas nak keluar sebab best lepak hostel. Dah la panas, takda ancaman ribut salji lagi. Agak-agak korang kan, adakah kitorang keluar dan meneruskan perjalanan?! Ataupun kitorang just lepak sampai malam dan baru keluar ataupun macam mana yerk?! Jawapannya adalah di part two nanti!! Tunggu yerk!!


*Ada dalam 200 lebih gambar untuk Part One nie tapi tak mampu nak share semua*
[Pagi Isnin di London aku akan ambil flight ke Paris : moga cuaca mengizinkan dan best!!]
    Related Posts with Thumbnails