Alhamdulillah! Exam Mathematics aku pagi tadi takdalah seburuk or seteruk yang aku predictkan. Soalan-soalan yang ditanya pun takdalah sampai tahap or kesusahan paper economics dua hari lepas. Kira perkembangan yang agak baiklah untuk diri aku. Aku sudahpun langsaikan tiga paper exam aku dan hanya tinggal satu lagi paper sebelum aku tamatkan semuanya. Next paper ialah Statistics yakni hari Selasa yang akan datang. Memandangkan aku ada dalam 3-4 hari untuk study, wajarlah untuk aku berehat seketika selepas satu minggu yang sengsara. \^_^/
>Nampak tak harga Milo tu berapa?! GBP 12.88<
Hari itu aku ada cerita kat korang semua pasal exam Economics yang payah melampau-lampau kan?! Kali nie aku nak sambung serba sedikit lagi pasal kepayahan itu. Exam economics aku nie ada tiga tempat or dewan peperiksaan tau. Satu di NAB, satu di Tower One dan satu lagi di D Building. Aku punya adalah di NAB. Kalau korang nak tahu, ketika exam berlangsung di D Building, tiba-tiba fire alarm berbunyi. Berbunyi selama lebih kurang sepuluh minitlah. Selepas itu, pengawas suruh berhenti jawab dan keluar berkumpul di luar. Dalam setengah jam baru fire alarm stop. So, candidates kat D Building dapat extra 40 minutes masa jawab untuk ganti masa berkumpul dan fire alarm tu. Ada orang cakap yang ada yang berbincang ketika proses berkumpul tu. Ada juga cakap yang sebab soalan susah sangat. Jadi, semua kepala berasap dan berbunyilah fire alarm tu. *muehehe* Macam-macam!!
Kalau nak dijadikan ceritanya, agak lama jugaklah aku tidak berblogwalking ataupun mengubah apa-apa di blog nie sebab exam kan?! Kalau tulis entri pun, entri yang agak pendek dan mengarut jauh melayang. Selain daripada itu, komen-komen semua pun aku masih belum reply dan tiga segmen di sebelah sidebar tu pun belum diupdate. Memandangkan aku agak free time sekarang nie, maka aku akan cuba untuk membuat sekadar termampu hari ini dan besok. Lusa aku dah nak kena start study semula untuk paper statisctics hari Selasa yang akan datang. Tambah-tambah lagi, weekend nie ada match Inter Milan lawan Bayern Munich. Sah-sah aku kena tonton jua. Ngeh3!!
Kelip-kelip mata, dah hampir lima bulan aku berblog ataupun menulis blog dengan serius. Kalau tak, sebelum nie macam ada tak ada saja blog. Lima bulan lebih juga blog Coretan Perantau nie bertapak di alam blogging. Oh ya, korang boleh panggil aku “Long” instead of “Haffiz” yerk. Panggilan Long aku rasa lagi terbiasa sudah. Kembali topic asal : aku masih boleh diconsider baru ataupun masih muda di dalam dunia blogging nie. Jadi, segala kritikan dan feedback amat-amat dialu-alukan dari masa ke semasa. Sebab dengan wujudnya feedback-feedback dan kritikan-kritikan membina itulah akan dijadikan sebagai semangat untuk aku terus menulis blog. Ahakz!!

>Komen mengikut kesedapan dan ketulusan hati anda yerk<
Maka, dengan ini aku ingin meminta sedikit bantuan dan jasa baik korang semua untuk menolong aku seadanya. Aku ingin tahu apakah komen ataupun feedback korang mengenai blog aku nie. Korang nak kutuk, silakan. Korang nak puji melambung, pun silakan jua. Korang nak caci pun boleh jugak. Tiada masalah tapi kalau boleh, sila bagi kritikan yang membangun yerk. Aku harap korang dapat tinggalkan komen di part komen entri nie. InsyAllah, kalau aku ada kesempatan, aku akan kumpulkan feedback-feedback korang itu dan wujudkan satu segmen baru lagi di sidebar itu. Harap korang dapat bagi feedback yang terperinci, jelas dan membangun. Tolong yerk!!
Selain itu, selepas exam aku habis ataupun berahir hari Selasa nie, aku ingin membuat sedikit perubahan atau rombakan ataupun apa-apa word yang sewaktu dengannya terhadap blog aku nie.Tapi perubahan ataupun rombakan itu hanyalah berdasarkan kepada kemampuan HTML Code aku yang agak limited. Jadi, aku ingin meminta cadangan korang dalam melakukan sedikit perubahan di blog nie sewaktu aku free nanti. Ini adalah antara cadangan yang aku sudah perolehi sebelum nie :
- Melakukan sesi terjah-menerjah bersempena birthday any blogger yang selalu datang melawat blog aku.
- Mempunyai ataupun mereka cipta header sendiri.
- Memendekkan entri-entri sekadar yang termampu. Maknanya cuba padatkan sepadat yang mungkin. Tapi aku taknak padat-padat sangat sebab nampak cam tak teratur jer.
Jadi, ini antara pendapat dan cadangan yang dikemukan kepada aku dalam proses aku untuk me”renevota” blog dalam masa yang akan datang. Tetapi aku ingin mendengar juga pendapat dan cadangan korang semua sebagai pembaca-pembaca setia blog aku yang tak seberapa nie. Dengan ini, sebagai penutup, aku ingin simpulkan entri aku hari ini. Aku ingin meminta dua jenis bantuan daripada korang semua yakni : Sila Bagi Feedback Dengan Ikhlas DAN Sila Kasi Pendapat dan Cadangan Dalam Usaha Aku Merenovate Blog ini!! Syukran Jazilan aku ucapkan in advance. Trimas2!! To Che!! To Che!!
*Jangan lupa tinggalkan feedback dan cadangan di part komen : Tolong~~*
[Bising tul minah-minah dan mat-mat salleh nie menyanyi : Sah mabuk]





