Korang semua mesti rindukan aku kan? Sorrylah sebab agak lama aku tak tulis entri baru memandangkan aku busy dengan kem usrah dan tarbiyah di Manchester sepanjang weekend nie. Aku balik semalam pun dalam pukul 1 pagi sampai bilik. Letih tu memang yang teramat sangatlah. Apa-apapon, banyak jugalah ilmu baru yang aku dapat. Sesiapa yang nak tahu, boleh check blog aku yang ini. Ini pun dah pukul 1 pagi tapi tak mengapa. Aku akan berjaga untuk menulis entri yang terbaik untuk korang semua. Wahaha~!!
Sebelum ini aku ada taip entri pasal bahan lucah di London kan? Harap korang semua dapat ambil the big picture yerk. Jangan asyik nak layan gambar tu sahaja. [-_-"] Sebenarnya aku nak tulis pasal kisah aku memasak dengan formal dan sendiri di sini for the first time tetapi aku teringat yang aku dah janji dengan korang semua untuk cerita pasal pengalaman aku shopping dan kisah shopping di London ini. So, aku perlulah menepati janji aku kan. Kalau tidak, tak pasal-pasal korang boikot blog aku ini. T.T
Untuk kisah shopping ini, aku akan bahagikan kepada dua part yakni part satu dan part dua. Ataupun part one dan part two. Ataupun lagi part wahid dan part isnani. (ehe..pilihlah bahasa korang nak!!) Bahagian pertama adalah berkisar pasal fakta-fakta shopping di sini-termasuklah jenama-jenama yang ada, tempat yang sesuai untuk shopping dan masa yang sesuai untuk shopping di London. Part dua pula ialah pasal pengalaman aku bershopping di UK ini~!! Untuk memastikan korang jeles, pastikan korang baca entri sampai habis kedua-dua part yerk. :)
ISU PERTAMA : Jenama Yang Ada
Di London ini, ada macam-macam jenama yang amat popular. Korang pernah dengan Harrods, Zara dan Primark tak? Kalau korang jarang dengar, aku akan ceritakan di sini. Jenama-jenama di UK ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian yang utama. Oh yer, pembahagian kepada bahagian-bahagian ini adalah berdasarkan kepada preference dan minat dan pandangan aku yerk. Jadi, sebarang komen dan surat-menyurat adalah amat-amat dialu-alukan.
1. Jenama Atasan : Jenama atasan adalah bermaksud kos yang tinggi dan mahal untuk mendapatkan jenama ini. Antaranya ialah Harrods. Selfridges, Jimmy Choo, Berberry dan Debenhams. Biasanya barang-barang yang dijual di supermarket ini adalah mahal dan tak mampu untuk orang-orang biasa. Selepas potongan pun, still akan jadi mahal lagi. Aku hanya berkunjung ke tempat-tempat ini semasa ada diskaun. Tu pun untuk tengok-tengok sahaja. Yang kaya-kaya sahaja mampu untuk membeli. Aku tak kaya, aku jem. Ngee~~
2. Jenama Pertengahan Atas : Ini adalah jenama-jenama yang biasanya amat mahal di Malaysia tetapi masih boleh dikira mampu disini. Antaranya ialah Fossil, Diesel, Gucci, Article Alley, Ted Baker dan beberapa yang lain lagi. Jenama ini msih boleh dikira mampu untuk dibeli sekiranya ada diskaun secara besar-besaran. Tapi kalau diconvert harga, memang still mahal untuk seorang Malaysian.
>Sesi terjahan Factory Outlet di Portsmouth<
3. Jenama Pertengahan Tengah : Jenama-jenama ini ialah jenama yang mahal di hari biasa dan mahal di Malaysia tetapi murah ketika ada sales. Antaranya ialah Zara, Mark and Spencer, Clark, Karrimor, Quicksilver, Next, Hamleys, GAP, River Islands dan bertimbun-timbun lagi brand lain. Ketika musim diskaun, harga-harga ini akan menjadi amat berpatutan dan bolehlah untuk pergi beli. Kawan aku selalu angkut brand-brand ini.
4. Jenama Pertengahan Bawah : Ini adalah jenama yang memang berpatutan pada setiapa masa dan biasanya kalau waktu diskaun, memang harga takkan berubah banyak pun. Ini adalah jenama yang biasa dipakai oleh orang-orang UK. Antaranya ialah Primark dan H&M. H&M mendapat gelaran Hina & Murah sebab dah menjadi kebiasaan di sini. Sport Direct punya brand pun boleh diconsider di sini.
>Sport Directs yang sepanjang tahun sales<
5. Jenama Bawahan : Ini adalah pakaian-pakaian yang tiada jenama yang biasanya dijual di Car Boot ataupun pasar-pasar yang ada di sekeliling UK. Biasanya pakaian-pakaian ini adalah bersifat bundle. Walaupun murah dan bundle, tetapi still cantik dan berpatutan untuk beli kalau nak bawak balik Malaysia. Opsss~~
6. Jenama Sukan : Adidas, Filla, Diadora, Reebok dan Nike adalah jenama-jenama pakaian dan alatan-alatan sukan di London dan UK seadanya. Memang menjadi trend dan popular terutamanya pada musim panas sebab semua orang nak pakai ala-ala gaya seorang atlit kan. Memang ada banyak pilihan dengan harga yang amat murah. Siapa nak order?! Cepat!!
>Shopping di Factory Outlet di Durham<
ISU KEDUA : Tempat Shopping Yang Sesuai
Aku yakin yang korang mesti biasa dengar nama Oxford Street kan? Itu memang kawasan tumpuan untuk shopping ini. Sebenarnya kawasan Oxford Street, Regents Street dan Tottenham Court Road adalah tiga kawasan utama untuk shopping dan memang terletak sebelah-menyebelah saja. Kawasan ini dalam 15 minit berjalan kaki dari universiti aku. Oh yer, sebenarnya tempat shopping ini adalah tidak sesuai untuk shopping sebab kadang-kadang harga tinggi. Di bawah ini, aku ada story beberapa tempat shopping yang sesuai~~
Tempat Sesuai No. 01 : Factory Outlet.
Kenapa?! : Di UK ini, ada banyak factory outlet. Antara yang aku pernah pergi ialah di Newcastle, Portsmouth dan juga di Durham. Di factory-factory outlet ini ada banyak brand-brand popular yang dijual pada harga yang berpatutan. Ini kerana barang-barang adalah dijual straight daripada kilang. So, harganya mungkin akan menjadi separuh daripada harga yang dijual di kedai-kedai di bandar-bandar or orang puteh cakap Retail Price. Kalau pergi factory outlet, memang kena bawa duit banyak-banyak memandangkan akan jadi tak tentu arah dalam memilih nanti. Kadang-kadang sebab payah nak pilih, ambil jer semua sekali!!
Tempat Sesuai No. 02 : Kedai-kedai Terpilih
Kenapa?! : Ada beberapa kedai or shopping complex di sini yang menawarkan diskaun sepanjang tahun. Antaranya ialah Sport Direct dan juga Lilywhites. Di kedai ini, barang-barang sukan terutamanya memang amatlah murah. Pakaian brand-brand sukan seperti Diadora, jersey bola dan lain-lain juga ada diskaun setinggi 70%. Selain itu, kedai Mad House juga menjadi tumpuan aku memandangkan brand-brand seperti Pierre Cardin dan CK punya jeans akan mendapat diskaun setinggi 75%. Aku pun ada beli Pierre Cardin jeans satu. Tetapi, itu aku cerita dalam second part nanti yerk~!!
>Factory Outlet di Newcastle with me<
ISU KETIGA : Masa Shopping Yang Sesuai
Terus pergi shopping sebaik sahaja anda sampai ke UK adalah satu tindakan yang tidak bijak sama sekali yerk. Mungkin semasa korang pergi tu adalah tiada sales dan anda akan end up untuk membayar harga yang tinggi kalau nak pergi beli barang. Kalau nak shopping di UK, kena cari dan tunggu peluang itu tiba. Ada masa yang sesuai untuk shopping dan ini yang aku nak kongsi dengan korang semua.
Masa Sesuai No. 01 : Boxing Day
Bila?! : Boxing Day ialah sehari selepas Hari Krismas yakni 26 hb Dec. Kebanyakan kedai akan membuat potongan habis-habisan dan tidak hairan sekiranya ada yang datang seawal jam 7 pagi untuk beratur membeli barang. Oh yer, aku salah seorang yang beratur pada jam 7 pagi itu. @.@ Pada hari ini, semua brang yang branded akan dipotong dengan banyak dan akan menjadi amat murah dan berpatutan. Hari ini memang banyak akan habis duit dan aku pun habiskan banyak juga duit pada hari ini. Memang jalan-jalan di Oxford St akan menjadi amat sesak dan orang akan berasak-asak untuk masuk ke kedai sehinggakan ada kedai yang catu orang. Selain itu, adegan tolak-menolak dan berlari pecut untuk berebut pakaian adalah tidak pelik langsung. Tak ke gila itu?!
Masa Sesuai No. 02 : Bulan Januari.
Bila?! : Selepas clearing stock masa Boxing Day, akan ada lagi saki baki barang-barang yang ingin dijual oleh kedai-kedai. Jadi, mereka akan menawarkan diskaun yang lagi banyak dan akan lagi murah berbanding dengan harga semasa Boxing Day. Biasanya barang-barang yang akan diclear ialah perfumes dan sewaktu dengannya. Ada yang membuat keputusan untuk menunggu sehingga bulan ini untuk dapatkan barang yang lagi murah. Tetapi, risikonya ialah mungkin barangan yang korang tunggu-tunggu itu dah habis stock semasa Boxing Day. So, kempunan lah jawabnya. Ngeh3!!
>Beratur di depan NEXT pada Boxing Day<
Sedar tak sedar panjang betul entri aku kali ini yerk. Baru part one, belum lagi masuk part two. Sekarang ini aku dah lama tak pergi shopping sebab duit pun dah kurang dan kena berjimat-cermat untuk keep survive di UK ini. Kepada yang berminat untuk tahu apa-apa lagi pasal London ini, bolehlah terus tanya aku direct tanpa segan silu. Aku akan buat entri khas untuk korang nanti. Pastu, teruskan menunggu untuk entri yang kedua yakni part two nanti. Aku akan show off kat korang semua barang-barang branded yang aku dah beli di sini. Barulah korang jeles~!!
*Musim Bershopping dan Diskaun dah habis lama dah*
[Lampu bilik aku rosak la pulak : Sila follow kalau anda sudi yerk :P]







