My Followers Who Follow My Blog

Friday, January 07, 2011

Shopping Perfume di Harrods

Frekuensi aku mengupdate blog sekarang nampaknya semakin menurun disebabkan agak busy dengan jadual study seharian : lebih-lebih lagi bila cuti aku tamat this weekend. Jadi aku rasa lebih baik aku fokuskan kepada kualiti entri berbanding kuantiti entri. *muehehehe* Oh ya, korang semua mesti dah menjenguk entri Trip to Brussels, Belgium aku kan?! Siap ada dua entri lagi untuk summarize journey aku di Brussels, Belgium. Memandangkan aku memang banyak travel cuti winter kali nie, maka korang boleh expect lagi banyak entri-entri seperti Trip to Brussels, Belgium tak lama lagi yerk. Ahakz!! ^_^


perfume murah dari harrods>Antara yang aku angkut masa Boxing Day : trench coat wool jenama Next<


perfume murah dari harrods>Gambar sampingan : terjumpa semasa tunggu bas nak pergi shopping<


Ramai antara korang yang meminta aku berceloteh mengenai shopping di London. Sebenarnya aku sudah pun menulis beberapa entri pasal isu shopping nie. Antaranya ialah Kegilaan Shopping di London No. 01, Kegilaan Shopping di London No. 02 dan Kasut Timberland Lee Cooper Murah. Memang boleh dikatakan aku nie agak kuat shopping di sini berbanding di Malaysia. Oh ya, Boxing Day hari tu pun aku sempat untuk bershopping sakan. Aku rasa dalam ratusan pound jugaklah habis : membeli bebarang untuk keluarga dan juga untuk diri sendiri. *kuikuikui* Namun dalam banyak-banyak aku berbelanja, aku paling banyak habiskan duit membeli perfume tau!!

Setiap tahun ketika Boxing Day, harga perfume di sekitar London memang jatuh dengan agak menjunam. Berbanding tahun lepas (aku beli satu jenis perfume sahaja), tahun nie aku membeli beberapa jenis perfume daripada Harrods terutamanya. Memang padan dengan prestij Harrods, harganya pun prestij jugaklah dan ini yang akan aku share dengan semua. Antara perfume yang aku sempat angkut di Harrods ialah :

Nama Perfume : Yves Saint Laurent (YSL) Parisienne
Harga : GBP 51.50 sebelum diskaun - GBP 25.75 selepas diskaun
Serba sedikit : Siapa tahu brand YSL?! Memamg standard harga perfume YSL adalah amat mahal kalau di Malaysia dan di mana-mana sahaja di dunia nie. Dibandingkan dengan Burberry, aku percaya YSL adalah lagi berprestij. Kalau korang convert duit yang aku bayar di atas pun, boleh mencecah ratusan ringgit. Oh ya, kalau nak convert mata wang, bolehlah untuk didarab dengan 5. Perfume nie datang dalam satu set bersama dengan body lotion dan pencuci muka. Bangga jugak aku sebab mampu untuk beli set perfume YSL nie untuk Cik Asliza Ahmad!! *wink2!!*


perfume murah dari harrods>Inilah kandungan di dalam set YSL<


perfume murah dari harrods>Manakala yang ini pulak adalah aku punya<


Nama Perfume : Ferrari Black
Harga : GBP 33.00 sebelum diskaun - GBP 13.50 selepas diskaun
Serba sedikit : Tahun lepas bila aku balik Malaysia, aku tinggalkan perfume Rykiel for Men aku untuk adik aku. Walaupun aku memang amat sayangkan dan amat sukakan perfume tu tapi aku expect yang tahun nie aku akan berjaya membeli yang lain. Sayangnya Rykiel for Men dah tak ada promosi di Harrods. So, aku terpaksa angkut Ferrari Black nie untuk adik aku yerk. Once aku dah balik Malaysia nanti, bolehlah aku dapatkan kembali perfume Rykiel for Men aku. *wakakakakaa!!*


perfume murah dari harrods>Sepatutnya aku beli Ferrari Red tapi tersilap beli Ferrari Black<


perfume murah dari harrods>Inilah perfume untuk adik lelaki aku di Malaysia nanti<


Nama Perfume : Tommy Girl (Tommy Hifliger)
Harga : GBP 28.00 sebelum diskaun - GBP 11.00 selepas diskaun
Serba sedikit : Sebelum aku kembali ke London, adik perempuan aku sempat merequest perfume daripada London. Jadi, aku belikan dia perfume Tommy Girl yakni brand Tommy Hifliger. Siapa antara korang semua tahu pasal brand nie?! Tommy Hifliger memang antara brand yang paling branded di USA terutamanya : brand high street bagi aku. Kalau takda diskaun yang kaw-kaw, confirm aku tak mampu nak angkut brand nie. Bertuah tul adik perempuan aku nie yerk. Ahakz!!


perfume murah dari harrods>Hanya 30 ml : rasa-rasanya beli di pasar malam lagi kaya<


perfume murah dari harrods>Ini adalah rupa paras komersial untuk korang tengok<


Nama Perfume : Quicksilver
Harga : GBP 16.00 sebelum diskaun - GBP 8.00 selepas diskaun
Serba sedikit : Walaupun harganya adalah RM 80.00 sebelum diskaun untuk perfume 30 ml, namun ini adalah antara perfume paling murah di Harrods. Walaupun harganya agak murah berbanding yang lain namun baunya memang boleh tahan dan sesuai untuk lelaki. Compare dengan jenama yang lagi prestij seperti Burberry Brit dan Burberry Touch, aku yakin yang Quicksilver nie lagi menguntungkan. Oleh sebab itu, aku angkut dua botol Quicksilver : satu untuk diri aku sendiri dan satu lagi untuk pakcik aku yang menempah.


perfume murah dari harrods>Quicksilver : kesegaran dan fragnance for men : untuk akulah tu<


perfume murah dari harrods>Suka! Suka! Suka bangat perfume nie! Wangi dan berpatutan<


Nama Perfume : Christian Lacroix C’est la Fate
Harga : GBP 29.00 sebelum diskaun - GBP 10.50 selepas diskaun
Serba sedikit : Makcik aku ada buat tempahan perfume daripada Harrods jugak. Bak kata beliau : “Cari yang paling murah dan paling wangi.” Ingat senang ker nak cari yang macam itu?! Luckily aku terjumpa perfume Christian Lacroix yang nie dan harganya juga boleh tahan. Baunya pulak memang ngam-ngam taste aku yakni tak terlampau kuat dan lembut. Selamatlah perfume nie memang khas untuk perempuan : kalau tak, memang aku dah angkut untuk diri sendiri sebijik. *kehkehkeh*


perfume murah dari harrods>Baunya amat wangi dan lembut pada masa yang sama : bauan bunga<


perfume murah dari harrods>Ini adalah poster perfume ini yang aku terjumpa di Google<


Itulah lima jenis perfume ataupun enam botol perfume yang aku angkut di Harrods tahun nie. Kalau dicampur kesemuanya, boleh disimpulkan yang aku habiskan dalam GBP 76.75 (RM383.75). Ikutkan hati, memang aku planning nak beli perfume lagi branded untuk diri sendiri seperti Hugo Boss dan CK tapi malangnya sebab banyak yang dah sold out. Kalau ada kesempatan, mungkin aku akan cuba pergi usha lagi lain kali kut. Oh ya, aku nie bolehlah diconsider berbelanja sedikit di Harrods. Ada member aku yang habiskan dalam GBP 120.00 dan GBP 180.00 di Harrods. Pergh!! Dah nak cecah ribuan ringgit tu!! Last but not least, mahu tanya pendapat semua. Apakah yang patut aku beli untuk nenek dan atuk aku?! Takkan nak beli perfume jugak kut!! -_-"


*Tahun nie aku sempat angkut dua trench coat : satu yang di atas dan satu lagi rahsia!!*
[Kenapa aku suka winter?! Sebab aku tidur banyak : terlampau-lampau banyak mungkin]
    Related Posts with Thumbnails