Kebanyakan daripada korang mungkin tak tahu bahawa aku sekarang berada di Bangsar. Sekarang aku tinggal bersama dengan keluarga Prof Madya Dr Hashim Kamil. Aku akan berada di Malaysia sehingga akhir bulan September dan akan kembali ke London selepas itu. Oh ya, aku berada di Kuala Lumpur memandangkan sedang membuat program internship di Ernst and Young Tax Consultants selama dua bulan sehingga akhir September. So, itulah serba sedikit update mengenai keadaan aku sekarang yerk. Ahakz!!
Sepanjang aku lepak dengan keluarga Prof Madya Dr Hashim Kamil nie, banyak dia share pengalaman dia sepanjang menjadi pensyarah dalam bidang business di UiTM Shah Alam dan juga antara orang penting dalam KFC Holding Sdn Bhd. Memang banyak ilmu-ilmu berguna yang dikongsi. Antaranya ialah pasal tiga "TA" yang boleh mengubah kehidupan seorang lelaki. Mengubah tu bermaknya kehancuran ataupun sebaliknya. So, sekarang aku nak share tiga "TA" tu denga korang yerk!! Mari baca!! *muehehehe*
1. waniTA : Kita selalu dengar bahawa di belakang seorang lelaki yang berjaya, mesti akan ada seorang wanita. No offense yerk tapi kalau kita salah pilih siapa wanita di belakang kita tu, kita sendiri yang akan dirundum kemerosotan. Kalau dapat pasangan yang kuat shopping dan ala-ala diva, kita sendiri yang mungkin mendapat tempias reputasi buruknya. Selain itu, seorang lelaki juga sanggup buat apa sahaja untuk wanita kesayangannya. Jangan dimanjakan sangat sebab mungkin akan memakan diri nanti!! -_-"
2. harTA : Kalau diikutkan hatinya, memang harta yang kita ada sekarang tak pernah nak cukup. Selepas dapat apa yang kita nak, mesti kita mahukan lebih daripada itu. Tamak tu mungkin akan memakan diri. Kalau dikejarkan sangat harta, segala moral-moral dalam diri akan dimamah dengan harta kekayaan. Sanggup untuk corruption, sanggup untuk pecah amanah dan pelbagai lagi semata-mata demi mendapat harta dengan cara yang mudah. Betul tak?! TT__TT
3. takhTA : Kadang-kadang kita hairan kenapa ada pemimpin ataupun director yang umur masih setahun jagung dan cetek ilmu pengetahuan mampu untuk menaiki takhta dengan cepat : mesti ada something yang tak kena kan?! Bila kita dah dapat takhta, kita mula untuk mula asal-usul diri kita yang sebenar. Contoh terbaik adalah Si Tanggang yang merupakan nakhoda kapal mula lupa origin as anak kampong. Dengan takhta juga, kita berasa riak dan fikir diri kita better daripada orang lain. Memang perosak masyarakat. ^_^
Itulah antara intipati perbualan aku, member aku dan juga Prof. Banyak lagi benda lain yang dia share tapi aku takut korang semua kurang berminat dengan benda-benda motivasi macam nie. Jadi, aku share dengan korang semua tiga "TA" nie terlebih dahulu. Untuk semua lelaki, sila pastikan anda bersedia untuk hadapi tiga "TA" nie. Untuk perempuan pulak, pastikan diri anda juga bersedia. Bersedia untuk dua "TA" yang terakhir tu. Panjang tul aku membebel malam nie : entah korang baca sampai habis tak yerk. *wakakaka*
*Plan asal taknak beli pape di PIKOM tapi terbeli headspeaker baru*
[Aku masih lagi dengan diriku yang lama : Pinta untuk dipahami seadanya]
[Aku masih lagi dengan diriku yang lama : Pinta untuk dipahami seadanya]




