My Followers Who Follow My Blog

Saturday, August 07, 2010

Tiga "TA" Penentu Kehidupan Lelaki

Kebanyakan daripada korang mungkin tak tahu bahawa aku sekarang berada di Bangsar. Sekarang aku tinggal bersama dengan keluarga Prof Madya Dr Hashim Kamil. Aku akan berada di Malaysia sehingga akhir bulan September dan akan kembali ke London selepas itu. Oh ya, aku berada di Kuala Lumpur memandangkan sedang membuat program internship di Ernst and Young Tax Consultants selama dua bulan sehingga akhir September. So, itulah serba sedikit update mengenai keadaan aku sekarang yerk. Ahakz!!


penentu kehidupan lelaki>Rancanglah strategi sebaiknya untuk berhadapan tiga "TA"<


Sepanjang aku lepak dengan keluarga Prof Madya Dr Hashim Kamil nie, banyak dia share pengalaman dia sepanjang menjadi pensyarah dalam bidang business di UiTM Shah Alam dan juga antara orang penting dalam KFC Holding Sdn Bhd. Memang banyak ilmu-ilmu berguna yang dikongsi. Antaranya ialah pasal tiga "TA" yang boleh mengubah kehidupan seorang lelaki. Mengubah tu bermaknya kehancuran ataupun sebaliknya. So, sekarang aku nak share tiga "TA" tu denga korang yerk!! Mari baca!! *muehehehe*

1. waniTA : Kita selalu dengar bahawa di belakang seorang lelaki yang berjaya, mesti akan ada seorang wanita. No offense yerk tapi kalau kita salah pilih siapa wanita di belakang kita tu, kita sendiri yang akan dirundum kemerosotan. Kalau dapat pasangan yang kuat shopping dan ala-ala diva, kita sendiri yang mungkin mendapat tempias reputasi buruknya. Selain itu, seorang lelaki juga sanggup buat apa sahaja untuk wanita kesayangannya. Jangan dimanjakan sangat sebab mungkin akan memakan diri nanti!! -_-"


penentu kehidupan lelaki>Pilihlah wanita yang sebaiknya untuk support anda<


penentu kehidupan lelaki>Harta nie hanya duniawi : Jangan terlampau dipengaruhinya<


2. harTA : Kalau diikutkan hatinya, memang harta yang kita ada sekarang tak pernah nak cukup. Selepas dapat apa yang kita nak, mesti kita mahukan lebih daripada itu. Tamak tu mungkin akan memakan diri. Kalau dikejarkan sangat harta, segala moral-moral dalam diri akan dimamah dengan harta kekayaan. Sanggup untuk corruption, sanggup untuk pecah amanah dan pelbagai lagi semata-mata demi mendapat harta dengan cara yang mudah. Betul tak?! TT__TT

3. takhTA : Kadang-kadang kita hairan kenapa ada pemimpin ataupun director yang umur masih setahun jagung dan cetek ilmu pengetahuan mampu untuk menaiki takhta dengan cepat : mesti ada something yang tak kena kan?! Bila kita dah dapat takhta, kita mula untuk mula asal-usul diri kita yang sebenar. Contoh terbaik adalah Si Tanggang yang merupakan nakhoda kapal mula lupa origin as anak kampong. Dengan takhta juga, kita berasa riak dan fikir diri kita better daripada orang lain. Memang perosak masyarakat. ^_^


penentu kehidupan lelaki>Nie satu-satunya gadget yang aku beli di PIKOM tadi<


penentu kehidupan lelaki>Masa depan kita sekarang dan nanti : Kita yang tentukan sendiri<


Itulah antara intipati perbualan aku, member aku dan juga Prof. Banyak lagi benda lain yang dia share tapi aku takut korang semua kurang berminat dengan benda-benda motivasi macam nie. Jadi, aku share dengan korang semua tiga "TA" nie terlebih dahulu. Untuk semua lelaki, sila pastikan anda bersedia untuk hadapi tiga "TA" nie. Untuk perempuan pulak, pastikan diri anda juga bersedia. Bersedia untuk dua "TA" yang terakhir tu. Panjang tul aku membebel malam nie : entah korang baca sampai habis tak yerk. *wakakaka*


*Plan asal taknak beli pape di PIKOM tapi terbeli headspeaker baru*
[Aku masih lagi dengan diriku yang lama : Pinta untuk dipahami seadanya]

30 comments:

Anonymous said...

1st skali WANITA... so, pilih la sebaik2 wanita utk berada dsisi.. eh. kalo mak pun ok gk kan?? xsmestinya gf, kan kan kan... ;)

Mel said...

wow. 3 TA. so, wanita semua! marilah kita menjadi supporter yang baek! :D

amalina said...

salam..saya baru terjumpe blog ni...ade komen pasai hari ibu tu...kalau ikut imam shafie kerja2 rumah ni memang tugas suami.. =p

amalina said...

salam leh panggil long x??
long leh xcerita sejarah persekolahan long sampai LSE?? tak paham le,bila baca blog kawan long 2,ada gamba kat kolej tnku jafar...
dlm entry long plak ada kolej TC..
mcm2kolej ada...n mcm2 jenis MRSM ada...rasanya 3 MRSM??
knp??
patotnya 2 je lpas pmr...bru pindah....
saya berminat hendak tau..ngeh3

Mama Zharfan said...

entry yg sgt bagus sbb berisi..me suka jer baca :) tq yer long :)

Anis izyan Abd Rahman said...

like3x

Aty Adnan said...

me likey!

Anonymous said...

Kenapa sehari dua ni asyik ceta hal pmpn je..? Adakah kami membuat anda terpaku.., termangu, terganggu? LOL..

senandung semalam said...

cntk gmbr last tu ;)

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

menarik! eh pompuan pon 3 TA jugak. lelaki yang kuat auTA!! hahaha!

Unknown said...

mEnarik~sgt menarik dan bermanfaat~TQ share.moga ada kebaikan~
Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)

nosembilanbelas said...

tapi kekadang ada gak lelaki yang tak tau TA pertama yang dia pilih lebih baik daripada TA pertama yang dia pilih kali kedua...lupa daratan dan lautan betul

Nely's Kitchen said...

Salam. Kak Lyza setuju..sebab tu klu boleh nk cari pasangan hidup mestilah yg pendengar setia kongsi cerita suka/duka..teman susah senang..insyallah rumahtangga aman bahagia. (oppss salah topik ke nie..hehe)

CIK TOM said...

wow nice entri...
ingatkan "TA" pe td..
hehe...

Irnie said...

liked by me.. :)

Cikgu Aini said...

nice entry lah.. hebat! :)

Dayat said...

satu lagi
kereTA

UglyPooh said...

sgt bagus. thanks sharing..:-)

Che Armster said...

ok. I admit. komen ko buat aku tergerak nak baca entry ko.

And I'm glad I did. Thanks for sharing the "Ta"s :)

Veraa said...

baca sampai habis..nice post..:)
2 TA tu sungguh bahaya..hehehee

Syifa Alshah (wutwut) said...

thx for sharing !
:)

belog elmo : Emosi Dalam Misteri

OrenLimau said...

erm..menarik.
especially tentang waniTA.
lelaki banyak kalah dengan wanita.
dan wanita kadang-kadang tak pernah jugak sedar.selalu juga nak salahkan lelaki.
sebab tu kita boleh tengok dunia sekarang,mana perginya khalifah?
semua kalah di tangan wanita.
macam mana nak jadi seorang mujahid?
urm...sama-samalah kita fikir.

touya said...

paling aku takut adalah "waniTA"

Anonymous said...

salam..

setuju3..
=)

Sheherazade said...

harta berkat itu yg harus dicari

masturah mj said...

saya pun bli earfon brand tu, tpi kecil skitla..heheh

Myalycia said...

suke baca tulisan long hafiz.. idea yg bernas dan tulisan yg bersahaja.. keep it up bro ;)

AngahSayang2314 said...

salam ramadhan...

rindu nak komen2 sini lama tak komen

thanks for info

lili said...

Nice sharing=)

Jom tukar theme blog disini

ibunoor said...

Salam Long,

Alhamdulillah...terima kasih atas perkongsian...

Sebahagiannya telah juga dikatakan dalam Al-Quran... dan dibuktikan dalam cerita2 nabi pabila dijadikan tawaran kepada yang berkuasa.

    Related Posts with Thumbnails