My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Tuesday, October 05, 2010

Rumah Aku di London : RM10k Sewa Sebulan

Sedar tak sedar aku dah pun berada di tahun kedua di London School of Economics (LSE) dalam bidang Accounting and Finance. Berbanding tahun lepas, kini aku stay di luar bersama rakan-rakan Malaysian yang lain. Kalau korang nak tahu, memang payah untuk pelajar bukan fresher untuk mendapat tempat di university hostel. Sebab itulah aku ambil keputusan untuk tinggal di luar bersama tiga orang member aku yang lain. ^_^


rumah mahal di london>Dari pintu depan rumah aku : beginilah rupanya yerk<


rumah mahal di london>Ini adalah tandas : apa pendapt korang?! Lengkap tak?!<


rumah mahal di london>Dapur yang sudah lengkap dengan kelengkapan : tetapi groceries cari sendiri<


Bercakap pasal rumah baru - aku rasa amat berbesar hati untuk bawak korang semua tour rumah baru aku nie. Kalau nak compare dengan rumah kita semua di Malaysia, memang agak jauh bezanya dari segi nilai rental dan saiz. Tapi inilah yang kami termampu dengan budget yang kami ada : walaupun agak terover-budget sebenarnya -_-". Papepon, inilah serba sedikit mengenai rumah baru aku nie yerk :

Lokasi : Queensway, London (Zone One Central London)
Spesifikasi : Tiga bilik double dan satu bilik single, dapur yang lengkap dengan alatan memasak, bilik mandi beserta mesin basuh dan lengkap dengan perabot.
Bayaran sewa : GBP 2,058 per month ataupun RM 10,090 sebulan.
Details sewa : Sembilan bulan contract flexible dan termasuk bil heating. Bil air, api dan internet tak termasuk dan dijangka dalam GBP120 per month (RM600 sebulan)
Ahli rumah : Empat orang – 3 orang student LSE dan 1 orang student IC.
Di sekeliling rumah : Boleh berjalan kaki ke dua tube station utama, Tesco besar, kedai daging halal dan Malaysian Student Departmend (MSD) hall. Laluan utama bas dan walking distance ke Paddington – stesen train utama di London


rumah mahal di london>Asalnya ini ruang tamu tetapi sudah diconvert kepada bilik<


rumah mahal di london>Satu lagi bilik yang mungkin agak besar di Central London<



>Aku bawak korang semua untuk tour free di rumah London<


Itulah serba sedikit mengenai rumah baru aku. Kalau di Malaysia, dengan rental tersebut mesti dah dapat rumah yang setaraf banglo kan?! *muehehehehe* Aku ada sharekan sedikit gambar dan video di atas untuk korang semua tengok di sekeliling rumah baru aku nie. Barulah korang boleh imagine bagaimana rumah students Malaysia di London dan berapa bayarannya yang sebenar. Bagi sesiapa yang ada rancangan nak datang ke London dan tinggal di sini – dah boleh tengok rumah di sini bagaimana kan?! Mahal tak?! Pendapat korang bagaimana?!!


*Takda gambar bilik aku : Korang kena tengok video kalau nak tahu bilik aku*
[Nampak mahal convert RM tapi itulah harga London : Suara mengah sebab sejuk!!]
    Related Posts with Thumbnails