Setiap Malaysian sukakan roti canai termasuklah aku. Semasa aku di Malaysia dulu, hampir setiap minggu aku akan ke mamak untuk makan roti canai : tak kisahlah roti kosong, roti telur, roti planta, roti susu, roti pisang, roti milo ataupun pelbagai lagi variasi roti canai yang pasti aku dan korang semua suka. Papepon, korang semua pernah terfikir tak untuk menguli, mengcanai dan juga menggoreng roti canai korang sendiri?! Pernah tak?! Cepat jawab!! *muehehehe*
Last week, aku teramat idamkan roti canai dan kalau nak beli di sini, memang agak mahal compare dengan di Malaysia. Oleh itu, aku dan housemates bekerjasama untuk menghasilkan roti canai kitorang sendiri. Operasi yang bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada pukul 10.00 malam itu amat membanggakan sebab roti canai kitorang dikira “lulus” dan “selamat” untuk dimakan. Jadi aku nak share resepi roti canai aku dengan korang semua sekarang. Ikuti senarai resepi roti canai di bawah :
Langkah Satu : Sediakan bahan-bahan masakan secukupnya. Antaranya ialah :
- 1 kilo tepung gadum (sukatan bergantung berapa banyak korang nak buat)
- 500 gram air (kalau rasa tak cukup or ulian kering, tambah sahaja air)
- 3 biji telur
- 5 sudu besar susu pekat manis
- Garam, gula dan marjerin satu ataupun dua sudu besar tiap satu

>Gaulkan semuanya sehingga sebati dan masukkan air membentuk doh<
Langkah Dua : Letakkan tepung di atas dulang ataupun mangkuk yang besar. Bentukkan lubang di tengah-tengah dan masukkan air, telur, susu pekat manis, garam, gula dan manjerin ke dalamnya. Uli sehingga menjadi doh. Kalau rasa amat lembut, tambah tepung dan kalau rasa keras, tambah air. Bergantung pada skil. Menguli boleh mengambil masa sehingga mencecah sejam ataupun dua jam lebih.
Langkah Tiga : Rehatkan doh untuk 10-15 minit. Selepas itu sambung menguli untuk 5-10 minit. Ulangi langkah ini berkali-kali sehingga doh betul-betul pejal dan tak melekat di tangan. Kalau rasa dah penat, leh stop jugak yerk. Masa untuk menguli bagi mendapatkan doh yang terbaik bergantung kepada acuan dan kuantiti yang dibuat.
Langkah Empat : Selepas mendapatkan doh yang terbaik, ambil sedikit dan bentukkan dalam bulatan yang kecil : bergantung kepada saiz roti canai yang korang plankan. Kalau rasa doh masih melekat di tangan, sila ambil sedikit tepung dan bentukkan doh tersebut menjadi kecil. Letak sedikit marjerin untuk mengelakkan ia melekat di atas dulang.
Langkah Lima : Biarkan or perapkan doh yang kecil-kecil itu selama 2 hingga 3 jam. Oleh kerana aku malas nak menunggu dan aku dah penat menguli, maka aku biarkan ia diperap hanya selama sejam.Yang penting, ia cukup liat untuk digunakan semasa proses penebaran. Namun, kalau stamina dan perut kelaparan tak mengizinkan, korang boleh pendekkan masa untuk pemerapan itu. Boleh diletak dalam peti sejuk or di mana-mana sahaja.
Langkah Enam : Ambil doh kecil tersebut dan korang sudah ready untuk menebar roti canai. Tekan doh dengan menggunakan marjerin dan proses penebaran boleh dimulakan. Sekiranya doh tidak cukup kuat untuk ditebarkan, cuba untuk nipiskan ia dan lipat menjadi roti canai.
Langkah Tujuh : Goreng roti canai tersebut dengan menggunakan api yang kecil dan minyak yang amat sedikit. Minyak yang banyak akan merosakkan roti canai. Digalakkan untuk masak dengan mentega supaya ia menjadi lebih berlemak dah creamy.
Langkah Lapan : Selepas siap digoreng, roti canai sudah ready untuk dimakan dengan kari ataupun susu pekat manis. Kalau takda itu semua, boleh makan dengan gula. Yang penting, asalkan boleh dimakan dengan kenyang. Kalau makan dengan the tarik panas lagi masyuk jawabnya. Ngeh3!!
Itulah resepi lengkap aku dalam membuat roti canai. Sumbernya adalah daripada internet dan berbekalkan kepada kreativiti diri sendiri untuk mengubah resepi tersebut kepada cara sendiri. Memang badan aku penat seharian kebesokkannya sebab penat menguli tepung dan acuan untuk dijadikan doh. Kitorang guna dalam 1.7 kilo tepung pada hari itu dan kitorang mampu untuk buat 32 keping roti canai. Malangnya, hanya 15 yang siap untuk disajikan sebab yang lagi 17 sudah habis dimakan once ia siap digoreng. Kemaruk roti canai yang melampau sangat. Ahakz!! ^_^
*Inilah resepi roti canai lengkap bersama demonstrasi bergambar khas untuk semua*
[Dua pasang sandal Timberland, satu kasut futsal Umbro : nantikan entri seterusnya]
[Dua pasang sandal Timberland, satu kasut futsal Umbro : nantikan entri seterusnya]







63 comments:
yeah!!!
asal ada bentuk tu ok la tuh:)
he he he
lama tak singgah sini..sbuk sikit la long:)
Wah! Sedapnyer. Gigih Long buat roti canai yer. Well done!
heheh...ye la...teringin punya pasal...lagi pun bahan nak buat tak susah cari...
Gigih...gigih...
hehhehe aku dulu kepingin nak makan, sanggup beli frozen. tapi bila pikir balik, beli tepung dan segala bahan lagi murah, boleh buat banyak lagi. cara aku buat tak tebar, tapi penyek dough. guna 2 dough kecik, pastu penyek 1 dough atas dough yang lain. mantap ah. tapi memang berminyak habih aa proses membuat roti canai ni. LOL
haha..
stylo2 jew bentuk.. :)
wahh...tahniah berjaya menebar.Tapisaya bab tebar mmg out..camner nak wat klu teringin kat doha ni?
wahh...tahniah berjaya menebar.Tapisaya bab tebar mmg out..camner nak wat klu teringin kat doha ni?
asal nak.. semua boleh jd ya. yg penting hati puas. hehe
hahaha...klakar siot roti canai ko fiz..tp papepun bntk rti canai ko yg pntg ianya blh dimakakn...
ak pn dulu cam2 gk..hahaha..
(tiba2 teringat kisah silam..) ;)
nice one. tapi kenappa tukang uli doh macam ramai je?
waaaaaaaa ndy yg pmpn ni sendiri xtau buat...beli je roti canai! tahniahhh korg mmg pndai masak ye...bgus calon suami yg bgus ni
perghh terbaekk Long....
kalau tingal di perantauan iktiar tu pengting....
roti canai satu!!!!
gue pun pernah try buat....
mmg mcm2 bentuk ada
kesiannya tgk korang ni...apapun well done ...bagusss semangat adik2 ni..hihi
peh...
menselerakan!!
nie yg wat teringin pekena roti canei lak!!
ahaha...syok gile msk sndri...tebar sndri...ahaha...x thn, x smpt hdg da hbs spruh...ahaha...
haha. mcm best. byk bentuk pn takpe, asal boleh mkn. sedap sedap.. kehkeh
trase nk mkn roti canai.
gud,gud...
sedap tak roti canai handmade tu?
nampak sedap je,mkn plak ngan kari ayam...
waaa~
belasah jer bro janji leh ngap...ada gak rasa canai tuh.
wahhh!bestnye weh~
nampak best..sedap kot.haha
janji,buat sendiri dan puas hati.kan??heheh
buleh on gerai kecik kat sana tu! Kot ada yang teringin kan :)
pergh!mantap la bro!hihi
wah...sedapnya roti canai tu.pandai long yer...kiranya serba boleh la ni kan he3....
salam..
hey.. so cute n sweet..
masak ramai2.. teringat masa zaman belajar.. huhuhuu
anyways, next time nak buat,
tak perlu tebar,
tarik tepung dengan minyak makan
tekan2 tepung dan tarik roti perlahan atas dulang lebar hingga jadi saiz besar dan sangkutkan dikeliling dulang...
masukkan minyak atau sardin ikut korang, lipat kecil. siap dan goreng. lagi superb. mcm org zaman dulu...
Hahahaha..
Tahniah dan syabas kepada kamu dan rakan2 kerana berusaha gigih mengahsilkan roti canai yg selamat untuk dimakan.
Tapi, saya paling suka ayat yg ni...
>Ini antara roti canai yang berbentuk agak pelik<
hahaha, boleh saya tahu, sape punya kerja tu..
k, pape pun u all memang havoc!!!
seronok :))
lepas ni buleh cuba tosei pulak..
tak apa rupa roti tu buruk, asalkan boleh makan sudaaa....
hahaha...ade usaha semua leh atasi...tu yg sedap nyer rt canai...penebaran nyer yg membuatkn ia sedap....anti cuba lak capati...senang jer...huhu...xperlu tebar2...hehehe...
hulamak ...... tabiklah kat uols bikin roti canai
taniah dik tapi akak di sini takkan uli roti canai sbb yg segera dan yg segar berlambak2 di kedai
xsangka pandai jugak memasak. saya pun xlepas lagi masak nasi
tak kisah la apa bentuk pun, janji ada rasa roti canai..kelakar pulak tgk Long buat roti canai tu..hehe
memang roti canai yang comel... janji rasa mcm roti canai yeak... tak jadipun takpalah... hik hik hik... creatif tu yang penting...
salam,
mcm sedap..
nak!
bila da duduk luar neg pasti jd rajin dan pandai masakkan..
bila dah balik msia malas dah nak masak kecuali mmg ada minat di hati ..hehe
fulamak! hebat la tuan blog ni~ :D nak sket! :DD
salam hafiz...janji tertunailah hasrat dihati. Rajin gak nak buat Tap kan kalau dah duk jauh dari family, memang rajin buat.
Bila balik sini jadi tak rajin yer.
Belajar rajin-rajin yer.
nak tanya, area london tu sewa budget hotel dalam berapa pound?
ganjil bentuk roti canai ni, xpe bro asal sdap mam dgn kari ayam ^^
fulamak boleh bukak kedai nih..cawangan kat london...gila ar..korang..huhu..
perrhh !gempak giler , d tmbh lak dng kuah kari ayam.. meletop ! :)
sedapnya nampak!!! tetiba pagi nie teringin nak makan roti canai..... tapi kalau dah bangun kul 11 setengah hagak2 ada lagi ka orang jual roti canai.....???
Erm..Long buatkan pastu pos ke Malaysia boleh?
hee~
resepi yang patut cube!..
macam macam bentuk roti canai.
kne hantar idea kt mamak spy wat roti canai yang kewl..
heee
visit mine =)
bestnya buat roti canai ramai2 macam ni, rupa dan bntuk pun macam2...hihihi tp xpe, janji sedap dan mengenyangkan. sy sndiri pun xprnah buat...kiranya korang ni mmg hebatlah sbb dah bjaya buat roti canai...nanti, nak cuba2lah juga buat roti ni...
mcm seronok bt roti canai..blh try mencuba ^_^
wah! hebat :)
mahu try buat di mesir pulak.
haaaa!!!!? lamanya nak buat roti canai... T_T
akan lebih appreciate roti canai mamak lepas ni.
uits? sejak biler 'genre' blog neh bertukar eks? ehehehe... tp kan, mmg akak salute ah ngan korg semer. mmg rajin... nk buat roti canai mcm kt kedai tuh bkn bole blaja n 'master' dlm 1 hari jeks... bagus2!!
hehe.dah rupe capati.mesti sedap!
Salam Hafiz..dah jauh dr 'kedai mamak'..kena la buat sendirik yer!ramai tangan yg buat..mesti sedap tuh!ngeee
mak buat roti canai paling best!!
tahniah dengan CUBAAN berani itu :)
rajin btol..nape tak buat lempeng ajer..lebih kurang ajer dengan roti canai..hehehee..
ko nak jadi chef pulak ye..
tu bukan roti canai,tu lempeng namanya..heheheh
bro kasut satu ,,,free dah la...
Elitebook Nak DiJual
hi: zatiel datang dengan seyum juge! bedebar tgk u ols punya roti canai..but i understand..duk neg orang memang riiiinnndduuuu gilos nak makan makanan mesia..and buat sendiri even tak jadi, that's precious moment la! i pon macam tu. but bila balek mesia...rindu nak pegi sane la pulaks~
amboi.. rajinyer ko masak ya..
ley lah buatkan aku satu nty... balik malaysia ko wajib masak utk aku k..huhu
kita dtg mcm mr muscel...ghupo xde hope rasa ada kan...hi3
waduh kesian korang..btw gud try....mesti best roti canai itu..
hahahah best giler buat roti canai sendiri! mesti teringin sgt mkn tu yg buat sendiri :) i pun pernah nak cuba nak buat masa darjah 4! :) akhirnya buang dlm tongsampah n kena marah dgn mama i :D
Tak menahan nak gelak dek entry ni. Okla tu.. janji ada rasa roti canai. Jangan terpedaya dek rupa. Walaupun roti tu tak berapa nak hensem, tapi tetap sedap kan ?
hebak!hebak! read : hebat.
haha
Yummy...i like it.:) thank u guys..
Fuhhh tabahnya! Dan mmbuatkan penonton pun terliurrrr....adoiiiii.....nk wt jugk arr cmni!
Post a Comment