My Followers Who Follow My Blog

Loading...

Monday, October 25, 2010

Kasut Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah

Dalam entri aku yang sebelum nie, aku ada letakkan foot note yang berbunyi : “dua pasang sandal Timberland, satu kasut futsal Umbro : nantikan entri seterusnya.” dan entri kali nie aku nak bercerita mengenainya. Khamis lepas aku takda kelas dan aku bersama Zaki planning untuk ke Portsmouth. Perjalanan hanya mengambil masa dalam dua jam sahaja dan kitorang pun buat day trip ke sana. Tapi kenapa Portsmouth yerk?! *muehehehe*


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah>Antara permandangan indah di Portsmouth tapi bukan nie target kita<



Kitorang pilih Portsmouth sebab jaraknya yang amat dekat dengan London dan bandar nie jugak terletak di tepi laut. Di sana ada banyak kapal-kapal perang navy UK yang dipamerkan kepada pelawat. Papepon, tujuan utama yang sebenar ialah untuk shopping sebab di sana memang ada banyak factory outlets dan harga memang amat reasonable. Seharian di sana aku sempat membeli beberapa pasang kasut. Antaranya ialah :

Kasut Pertama : Sandal coklat Timberland
Harga Asal : GBP 65.00 (RM325.00)
Harga Timberland Selepas Diskaun : GBP12.00 (RM60.00)
Komen Sedikit : Memang murah gila aku beli sandal coklat Timberland nie kan?! Kalau di Malaysia, memang mustahil untuk dapatkan produk Timberland semurah itu. Aku berjaya membeli Timberland dengan harga tersebut sebab diorang tengah clearance. Dahla clearance, pastu harga factory outlet lak dan pastu dapat pulak 20% diskaun : confirm murah sandal Timberland nie. Ahakz!! Ini sandal coklat Timberland untuk emak yerk!!


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah>Inilah sandal coklat Timberland untuk mak di Malaysia<


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah
>Bersama-sama dengan beg kertas Timberland<


Kasut Kedua : Kasut futsal Umbro
Harga Asal : GBP45.00 (RM225.00)
Harga Umbro Selepas Diskaun : GBP16.00 (RM80.00)
Komen sedikit : Sebelum aku berlepas ke UK bulan lepas, adik lelaki aku di tingkatan empat ada order kasut futsal dengan aku. Memandangkan kasut futsal berjenama yang original dan berkualiti di Malaysia memang agak mahal, maka aku belikan dia kasut futsal Umbro nie. Aku tak tahu samada ini taste dia or tak : yang penting memang selesa dan best kasut tu. *kuikuikui*


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah>Kasut futsal Umbro untuk adik aku yang memang minat futsal<


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah
>Aku tak boleh nak budget berapa harga kasut nie di Malaysia<



Kasut Ketiga : Kasut Jeans Lee Cooper
Harga Asal : GBP30.00 (RM150.00)
Harga Lee Cooper Selepas Diskaun : GBP10.00 (RM50.00)
Komen sedikit : Berapa harga kasut Lee Cooper yang pernah korang jumpa di Malaysia?! Mungkin mencecah sehingga ratusan ringgit kan?! Tapi aku berjaya menyambar kasut Lee Cooper original ini dengan harga serendah RM50.00 di Portsmouth. Kasut nie merupakan permintaan daripada adik aku yang keempat yang berada di darjah tiga tapi kaki saiz dewasa. Bolehlah dia pakai untuk raya tahun depan!! *wakakaka*


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah>Nampak tak kotak Lee Cooper?! : Kasut ada di bawah<


Timberland, Lee Cooper dan Umbro Murah>Ini dia kasut Lee Cooper untuk adik aku darjah tiga : besar kaki dia kan?!<



Itulah tiga pasang kasut yang aku “borong” di Portsmouth pada hari Khamis lepas. Sebenarnya banyak lagi barang yang aku plan nak beli : beg sekolah dan minyak wangi untuk adik perempuan aku, jam tangan untuk kedua-dua adik lelaki bongsu aku dan juga dompet kulit untuk mak aku. Mungkin aku akan tunggu sehingga Boxing Day or New Year Sales untuk dapatkan harga yang terbaik!! Oh ya, in case kalau ada sesiapa yang nak minta aku belikan apa-apa, silalah untuk tempah semasa bulan Mac nanti yerk : sebab delivery cost ke Malaysia mahal sangat. Ingat tau!!


*Sedang menaip blog sambil melayan X Factor : Bila aku nak start study nie?!*
[Mata sudahpun kayu dan penat : Aku kena habiskan study sedikit selepas nie : Chayok!!]

33 comments:

ohcerita.com said...

beza 1rat jot lepas diskaun..bes gile

ProfHariz said...

Weh tolong belikan ntok aku.. Post sini -.-

healthcare said...

futsal umbro shoes very nice... =)

daradotcom said...

murah2 blaka kasut yang saudarakan showkan... dara paling suka kasut sandal timberland tu... terasa nak minta saudara belikan satu jer kekekek...

Mardhiah said...

kat uk, kat mana lg ek ada factory outlet? skrg saya bljr di newcastle. belah2 sini ada x factory outlet? lg satu, mn tmpt yg plg sesuai nk shopping utk boxing day nnt?

Nasir Bravo said...

untuk sy xdak ka...apa kata..hadiahkan mana2 ler timberland tue...x rugi pun bro..hehehe
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu

fathiah said...

waahhh... teruje... murah giler... nak jugak..... tempah2 :)

ieQa sWetLuv said...

bestnyer.. kat tganu payah nk jumpe harga gini apatah lg di malaysia huk3 T_T

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

waahh mau jugak timberland ala ala cik asliza nyer.. merah ada... uwaa.. mau juga.... nak nak nak....

miMiE aZiMaSK ^V^ said...

beli n post.. buat bisness.. hehehe part time personal shopper disana.. hihihihi

shera haifa said...

wah bst borong yaa..barang2 pun murah

AiDa AzRyN said...

Belikan untuk aida,boleh?:D

aried said...

huhuhu.. yg aried punye mana bro? heheheh.. wah, best le kebetulan ade clearance ni... ish4x.. kalau kat mesia, memang tak jumpa la harga camni.. kalau ade pun, yang budle..hehehhe.. sape pakai bundle?

rossoneri said...

wow murah gila!!!!...

mata tu mmg dah teruk sgt nak lelap tu,sampaikan eja 'kuyu' pun jadi 'kayu' heheheh

z said...

pulun shopping aeh...

PIDUT ASiS said...

ko beli la banyak2 pas tu jual kat malaysia..hahaha

Post Terhangat...

Semua Muhammad?

CouLeur de Chiqu3 said...

bestney shooping dkala sale....

Mama Zharfan said...

me tak pernah sampai kat sini :)
setakat shopping kat factory outlet junction 28 ajer :)

sweetsal said...

cantik kasut utk cik azliza tu..harga pun murah, memang berbaloi la beli..utk akak takde ke....hehe

Nell said...

wah! bestnya dpt beli sandal dan kasut bjenama dgn hrga murah. borong la byk2 bagi kita kat malaysia ni...hihihihi...

dari kelate ke copenhagen said...

Borong jangan x borong..Nanti nyesal

khadijah said...

ish.
seronok budak overseas eh.
patutlah my bro dok germany balik malaysia boleh berkepuk2 duit die.boleh beli nokia baru lg
-.-

sandal untuk mak tu cam untuk orang muda.je.
hehehe.

ana ayesha said...

bertuah yer cik asliza ahmad dpt kasut

slps disk hg mampu milik alangkah bagusnya klu di m'sia pun begitu

tiefazatie said...

pergh!!!best gle shopping sana!!!

apis said...

n jugak. tp ad lg ke

blog-tips-kurus said...

uuu...cemburunye dgn CikAsliza, wa nak gak!! start oda skrg ke next Mac? klu perfume > murah dr SOGO, wa nak manyak2 :)

zmah said...

Mesti dapat untung main saham ni....belanja emak dgn kasut timberland

aried said...

bro..wat la contest ke pe ke.. kasi share le rezki kasut murah tu..heheheh

eLL said...

perghhhh bile laaa harga cam tu leh dpt malaysia niii

si biskut said...

aku berkenan ngan kasut futsal umbro,aku ada sepasang tapi takde lar ori macam dlm gambar.nak dapatkan yg ori dengan harga murah macam umbro dlm pic tuh rasanya tak dapek kot..

emy/mamasuri said...

wah bagus..akak nak kirim kasut fred perry satuuuuu...hehehe

Mamma said...

kirim bread maker boleh ??? ;p

Anonymous said...

We'll always have Paris.

[url=http://www.facebook.com/pages/Abercrombie-Jackets/132361870158377]abercrombie jackets[/url]

    Related Posts with Thumbnails