My Followers Who Follow My Blog

Wednesday, May 19, 2010

Galeri Gambar Retro Dua : Student Life Ketika Muda

Disaster! Itulah satu-satunya perkataan yang paling sesuai untuk aku describekan exam economics aku pagi tadi. Completely disaster! Soalan exam tahun nie berkali-kali ganda lagi payah berbanding tahun-tahun lepas dan memang diluar jangkaan. Tadi aku tengok ada beberapa orang yang menangis selepas keluar dewan peperiksaan. Aku pun rasa nak menjerit jer tadi. Nak kata aku tak study, leh tahan jugaklah kuatnya. Sudah seminggu aku peruntukkan untuk economics sahaja dan latihan-latihan mingguan aku dah buat berulang-ulang kali. Past year punya papers pun dah banyak kali aku ulang buat tetapi masih tak mengcukupi. Exam memang amat payah tadi dan tak ramai yang nampak berpuas hati!! -_-"


gambar retro student life
>Subjek disaster for today : Tolonglah lulus - aku bertawakal<


Aku rasa exam economics tahun nie extreme payah sebab LSE nak jaga status dan ranking university. Kalau korang nak tahu, untuk department economics, LSE adalah yang keempat terbaik di dunia selepas Harvard, MIT dan Princeton (ketiga-tiga nie adalah universiti di US.) Maknanya ranking kami lagi tinggi berbanding Oxford dan Cambridge untuk bidang economics. Kira sesuailah dengan kepayahan soalan exam tadi tapi nie tahap payah yang teramat-amat takjub. University yang berada di ranking keempat dunia dan bukan para pelajarnya. TT__TT Kalau aku boleh lulus pun dah cukup gembira dan bersyukur sangat-sangat. Sekurang-kurangnya aku tak perlu repeat paper tahun depan. Aku harap korang terus-menerus doakan aku yerk. ^_^ [senyuman paksa]


gambar retro student life>Gambar tahun 1968 : Aku pakai jersey 32 yakni my favret nombor<


gambar retro student life>Pada tahun 1960 : Sedang bereksperimen bersama member<


Alright! Kita tinggalkan untuk seketika soal economics tu dan sambung entri semalam. Semalam aku ada share beberapa gambar zaman aku muda-muda dulu yakni aku di zaman retro. Sebenarnya kalau tengok balik, gambar-gambar itu takdalah menarik sangat tetapi aku hanya nak memastikan blog nie terus hidup dan subur. Maka aku pun sharelah beberapa gambar yang aku selalu duduk edit di internet. Sambil-sambil tu bolehlah aku lepaskan tension study dan exam. Exam aku selepas nie adalah mathematics yakni hari Jumaat nie. Ada besok untuk study bagi memastikan benar-benar bersiap sedia. InsyAllah aku mampu. Oh ya, hari ini aku share gambar retro yang lain pulak. Ngeh3!! ^_^


gambar retro student life>Aku masuk kelab fotografi pada tahun 1974<


gambar retro student life>Gambar pada tahun 1972 : Main rugby memang amat macho<


gambar retro student life
>Zaman-zaman otak bergeliga : Tahun 1976<


Sekiranya semalam aku share dengan korang semua gambar-gambar retro ala-ala gambar potrait di buku tahunan sekolah,hari nie aku kongsi dengan korang semua pulak hasil pengeditan aku untuk gambar-gambar student life. Seriously memang aku akui yang ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi. Sekiranya korang ada komen apa-apa : tak kisah yang membangun ataupun merebahkan, silalah tinggalkan komen. Aku memang akan khatamkan segala komen korang itu dan akan cuba untuk respons. Oh ya, semalam jugak aku dah janji nak share dengan korang semua kan macam mana or website apa yang aku gunakan untuk proses pengeditan nie?! So, sila teruskan pembacaan ke perenggan yang terakhir yerk~!!


gambar retro student life>Sekali sekala keluar jamming : Tahun 1986 : Gambar disukai<


gambar retro student life>Tahun 1990 : Macam Kassim Selamat jer<


gambar retro student life>Tahun 1992 : Zaman Hard Rock : Seriously bukan taste aku<


Untuk pengetahuan semua, aku membuat ataupun mengedit semua gambar ini di satu website bernama YearBookYourself. Di website tersebut, korang kena upload gambar muka korang yang paling korang rasa sesuai dan masukkan or cantumkan dengan gambar retro yang disediakan. Upload banyak-banyak pun tak mengapa gambar tu. Pasti adjust-adjust untuk cari mana-mana yang sesuai. Ubah-ubah sedikit tone-tone colour dan menjadilah. Korang boleh untuk cuba jaya. Aku harap nanti akan tersebar luas budaya gambar retro nie. Cuba yerk. Free saja!! O_O


*Economore!! : Aku sudah berusaha. Selebihnya adalah ketentuan Allah*
[Masa untuk rehat seketika dan sambung untuk study Math pulak nanti!!]
    Related Posts with Thumbnails