Semalam aku pergi dinner dengan Cik Asliza Ahmad. Kitorang pergi makan di sebuah warung melayu di Petaling Jaya selepas aku pulang daripada kerja. So, kitorang pun orderlah tom yam campur, daging goreng, telur dadar dan juga nasi putih dua pinggan. Agak-agak korang kan, lama manakah masakan ataupun menu tu sampai?! 10 minit? 20 minit?! Salah2!! Sebenarnya dalam sejam baru smpai apa yang aku order tu. Memang frust tullah aku. Dahla aku penat bekerja seharian : mamat warung nie buat hal lak. Bila aku bebel, leh lak dia sengih-sengih!! Aku sekeh kepala kan!! -_-"
Aku bukan nak cakap apa tapi itu adalah salah satu sebab sampingan kenapa aku lebih suka makan di mamak berbanding di warung melayu. Walaupun makanan tu sedap tapi kalau lambat sangat sampai, memang spoil tullah. Kalau ikutkan hatinya, memang aku nak blah terus dah semalam. Kenyang minum air jer. Tapi masa aku nak blah tu, makanan yang kitorang order pun sampai. Memang nasib baik tullah. Namun, aku percaya yang tak semua warung-warung melayu di Malaysia nie seteruk tu. Aku tengok warung mak aku di Terengganu takda pun seteruk nie servisnya. Adoi3!! TT__TT
So, berhenti bebel pasal kisah semalam. Cakap pepanjang, bukan ada gunanya jugak pun. Ahakz!! Sepanjang aku stay di Kuala Lumpur nie, hampir setiap hari aku lepak ataupun dinner di mamak.Lagipun kebanyakan kedai makanan di Bangsar adalah kedai-kedai mamak. Kalau kedai-kedai melayu, memang mahal jugaklah. Sepanjang waktu aku lepak nie, aku ada perhatikan beberapa perkara. Antaranya :
1. Kebanyakan mamak-mamak nie tak pandai ataupun faham bahasa melayu yang proper. Yang dia tahu hanyalah menu makanan dan juga minuman. Aku pernah tanya sekali : "Lambat lagi ker?!” Dipusing-pusingkan ayat oleh mamak tu sampai aku terus pening.
2. Kalau kadar kesedapan tu, memang tak boleh nak cakap perlah. Memang makanan di mamak tu penuh dengan aroma rempah ratus yang terbaik punya. Sebab tulah berduyun-duyun jer yang turun pergi makan di mamak.
3. Pernah sekali aku survey salah seorang pekerja kedai mamak nie. Dia angkut pinggang mangkuk yang kotor dari atas meja dan terus letak di belakang. Pastu dia pun ambil roti canai dalam tong dan terus hidangkan kepada pelanggan. Dia tak basuh tangan dulu ker?! ^_^
4. Setakat aku makan di mamak, aku tak pernah lagi tengok mamak tu berpeluh masa goreng roti canai or garu punggung or anything yang boleh menghilangkan selera aku untuk makan. Mungkin kedai-kedai mamak yang aku pergi setakat nie semuanya bersih-bersih kut!!
5. Kadang-kadang mamak nie ada yang bukan Islam tau. Aku pernah dengar cerita yang ada mamak nie tak nak dan tak pandai mengucap bila disuruh. So, pastikan korang semua hati-hati bila memilih kedai mamak untuk duduk lepak. *kuikuikui*

>Nie LRT Bangsar : setiap hari aku akan ambil bas dari sini<
Setakat aku hidup bersama kedai mamak nie, tak pernah lagi aku mengalami pengalaman pahit ataupun terlampau manis. Kalau aku pergi mamak, aku selalunya akan order teh o ais dan nasi goreng biasa. Kalau takda mood nak makan nasi goreng, aku order roti kosong jerlah. Kenapa yerk?! Memandangkan nie menu paling murah. *muehehe* Oh ya, sesiapa ada cadangan tempat makan murah yang dekat dengan stesen LRT, bolehlah cadangkan yerk. Mana tahu nanti aku boleh pergi try test. Lagi satu : korang pulak selalu lepak mamak tak? Order per kalau lepak sana? Any pengalaman pahit?! Sharingla skit. Nak gak tahu!! *wakakaka*
*Lambatnya nak habis internship : Berminggu-minggu lagi nie tapi blog on jer*
[Kerja makin bertimbun-timbun di pejabat sampai aku boleh lemas]
[Kerja makin bertimbun-timbun di pejabat sampai aku boleh lemas]





