Semalam aku pergi dinner dengan Cik Asliza Ahmad. Kitorang pergi makan di sebuah warung melayu di Petaling Jaya selepas aku pulang daripada kerja. So, kitorang pun orderlah tom yam campur, daging goreng, telur dadar dan juga nasi putih dua pinggan. Agak-agak korang kan, lama manakah masakan ataupun menu tu sampai?! 10 minit? 20 minit?! Salah2!! Sebenarnya dalam sejam baru smpai apa yang aku order tu. Memang frust tullah aku. Dahla aku penat bekerja seharian : mamat warung nie buat hal lak. Bila aku bebel, leh lak dia sengih-sengih!! Aku sekeh kepala kan!! -_-"
Aku bukan nak cakap apa tapi itu adalah salah satu sebab sampingan kenapa aku lebih suka makan di mamak berbanding di warung melayu. Walaupun makanan tu sedap tapi kalau lambat sangat sampai, memang spoil tullah. Kalau ikutkan hatinya, memang aku nak blah terus dah semalam. Kenyang minum air jer. Tapi masa aku nak blah tu, makanan yang kitorang order pun sampai. Memang nasib baik tullah. Namun, aku percaya yang tak semua warung-warung melayu di Malaysia nie seteruk tu. Aku tengok warung mak aku di Terengganu takda pun seteruk nie servisnya. Adoi3!! TT__TT
So, berhenti bebel pasal kisah semalam. Cakap pepanjang, bukan ada gunanya jugak pun. Ahakz!! Sepanjang aku stay di Kuala Lumpur nie, hampir setiap hari aku lepak ataupun dinner di mamak.Lagipun kebanyakan kedai makanan di Bangsar adalah kedai-kedai mamak. Kalau kedai-kedai melayu, memang mahal jugaklah. Sepanjang waktu aku lepak nie, aku ada perhatikan beberapa perkara. Antaranya :
1. Kebanyakan mamak-mamak nie tak pandai ataupun faham bahasa melayu yang proper. Yang dia tahu hanyalah menu makanan dan juga minuman. Aku pernah tanya sekali : "Lambat lagi ker?!” Dipusing-pusingkan ayat oleh mamak tu sampai aku terus pening.
2. Kalau kadar kesedapan tu, memang tak boleh nak cakap perlah. Memang makanan di mamak tu penuh dengan aroma rempah ratus yang terbaik punya. Sebab tulah berduyun-duyun jer yang turun pergi makan di mamak.
3. Pernah sekali aku survey salah seorang pekerja kedai mamak nie. Dia angkut pinggang mangkuk yang kotor dari atas meja dan terus letak di belakang. Pastu dia pun ambil roti canai dalam tong dan terus hidangkan kepada pelanggan. Dia tak basuh tangan dulu ker?! ^_^
4. Setakat aku makan di mamak, aku tak pernah lagi tengok mamak tu berpeluh masa goreng roti canai or garu punggung or anything yang boleh menghilangkan selera aku untuk makan. Mungkin kedai-kedai mamak yang aku pergi setakat nie semuanya bersih-bersih kut!!
5. Kadang-kadang mamak nie ada yang bukan Islam tau. Aku pernah dengar cerita yang ada mamak nie tak nak dan tak pandai mengucap bila disuruh. So, pastikan korang semua hati-hati bila memilih kedai mamak untuk duduk lepak. *kuikuikui*

>Nie LRT Bangsar : setiap hari aku akan ambil bas dari sini<
Setakat aku hidup bersama kedai mamak nie, tak pernah lagi aku mengalami pengalaman pahit ataupun terlampau manis. Kalau aku pergi mamak, aku selalunya akan order teh o ais dan nasi goreng biasa. Kalau takda mood nak makan nasi goreng, aku order roti kosong jerlah. Kenapa yerk?! Memandangkan nie menu paling murah. *muehehe* Oh ya, sesiapa ada cadangan tempat makan murah yang dekat dengan stesen LRT, bolehlah cadangkan yerk. Mana tahu nanti aku boleh pergi try test. Lagi satu : korang pulak selalu lepak mamak tak? Order per kalau lepak sana? Any pengalaman pahit?! Sharingla skit. Nak gak tahu!! *wakakaka*
*Lambatnya nak habis internship : Berminggu-minggu lagi nie tapi blog on jer*
[Kerja makin bertimbun-timbun di pejabat sampai aku boleh lemas]
[Kerja makin bertimbun-timbun di pejabat sampai aku boleh lemas]






30 comments:
http://izyanty.blogspot.com/2010/07/betol-ke-orang-berpolitik-xbaik.html
saya perlukan pendapat, tlog ye.tq
teringat zaman kat shah alam dulu.ada 2 kedai mamak. yang selalu pergi darul ehsan ke ape nama die. tapi jauh sikit. satu hari tu pergi ngan member2 ramai2 kat yang satu lagi, dekat dengan kolej. dekat sejam dah bagi order berkali2 tapi tak dapat2. memang hangin betul la.
serik lepas tu tak gi dah, pergi yang darul ehsan tu. jauh pon jauh la.
time praktikal kat menara pj dulu, aku makan kat kedai dalam amcorp mall tu je. tak pong, a&w. hahah =P
pernah makan kat satu kedai mamak area puchong...mmg pure mamak, makanan mmg pekat dengan rempah ratus...lepas makan situ, pagi esoknya aku kne cirit-birit yg amat teruk...start dari tu aku tak pernah lagi makan kedai mamat....
kedai mamak mahall!
bab tak faham bm tu mmg problem. geram gak kalau kita order lain dia bg lain. pekak ke apa.
kt kedai mamak akak selalu ode maggi goreng gn telur mata jer..minum teh ais la..nama kedai yg biasa pegi kedai mamak bistro kt sek. 18 shah alam (dkt kolej intec)..kt situ mknan dia boleh tahan jugak..sedapp..
suka makan kat Mahbub bangsar nasi briani ayam madu dia terbaek..(promote plak..hehhehe)
akak tak suka kedai mamak...
try makan nasi kandar kat P.J old town dekat nagn mahkamah, atau kat restoran Kudu dekat2 sogo..grenti pas mkn nk dtg lg..
masa tuisyen nk spm dulu time rehat selalu lepa kat kdai mamak. tak sempat nk order, mamak tu dh taw sy nk order kuey teow dgn teh ais. agak2 takde mood nk mkn berat, suka order roti telur dgn kuah kari. *aishh, terliur plak mlm2 buta ni* T__T
pernah sekali tu dtg kedai yg sama gak, air dh sampai tp makanan tak sampai2. then sy n member2 pun bengang, terus cancel order. mamak tu pun buat muka seposen jee. hehee ;D
dh jarang mkn kt mamak...mahal sgt...
memang... makan kat warung melayu biasa servis adalah lembab.. maaf lau ada terasa.. cer kalau g mamak.. zupp zaapp zaasss.. terus order terus sampai...
emm kan save masa .. :D
// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //
eh eh
tu bukan roti canai
tu tosei~
makan di kedai mamak ni dah macam jadi budaya masyarakat malaysia..melayu cina india, memang ramai di kedai mamak.
kenapa lelaki suka makan dkt kedai mamak?so far aku pegi kedai mamak order tossei dgn air je, yg lain2 blum penah try..hee
Akak langsung tak bleh makan kedai mamak...even org lain belikan and tipu kata dr kedai lain pun...still perut Akak tak boleh menipu..esoknya mmg menjawab la..telan actal la jwbnya...tak tau kenapa..
aku pon ske kedai mamak..masakannyer sodap...lagi2 masakan berasaskan kari..huhu...selera aku...huhu :)
jom bace entri terbaru nas:
gunalah tandas dengan betul
teringat zaman skolah aku dulu kat baling kedah,mc msatu tradisi ari rabu atau khamis msti pekena nasi kat kdai mamak...
ayam madu dia memang perghhh...
kira macam pelanggan tetap la...
x leh lupa knangan tu dgn kawan-kawan
sekarang ni, yang bukan mamak pun tebar roti kat kedai mamak! orang tibai semacam je saya tengok.. he.. he..
salam..
singgah lagi:)
p/s: jom jawab survey di blog saye:)
peminat makanan mamak rupanya adek ni ye... hehehe ..
salam kunjung mengunjung ye
Aiyoo bro..
Serius ingat dah masukkan link kamu.
Rupanya tak?
kalau kamu tak tegur memang sampai ke sudah den tak perasan.
haiihh..
sorry, jangan sesedih sebab saya dah backlink long dalam latest entry saya =)
tak suka makan kedai mamak... orang mlayu kekadang meniaga memang cenggitu... hampeh tul
me suka sgt mkn maggi goreng mamak...masa me preggy ari2 mkn benda ni...nasib baik baby kuar tak ikut muka mamak :p
Takut orang india menyamar mamak. Kat taman aku ada satu kedai menyamar kedai mamak. Puasa dan hari raya tak tutup kedai. Masa deepavali lak tutup sampai 3 hari...apa ke he??
sabar itu separuh daripada iman ADIK :D
kedai mamak kat india ni tak terkira kot.hehe...
bestnye kat msia.
Cuba tanya mamak-mamak tu.. orang Islam ke tak.. mesti tak ramai punya..
waktu lunch adalah waktu paling singkat...sama juga petang after opis hr...sebelum maghrib...so, kedai mamak adalah tempat yg terbaik..servis serba pantas dan sedap kalau kena kedainya..sekarang mamak pun dah ada stall utk seafood punye kan? kalau pegi kedai melayu setakat dah takder bnda nk buat dan lepak lama2 mmg layan....kebiasaannya kedai melayu mmg slow...tak tahu kenapa....kalau kat s.alam, area TTDI/stadium mmg bnyak pilihan....ikut rasa hati...kayu nasi kandar pun okey juga....takpun Bidayah di Klang....mesti penuh punye sebab ada skrin besar...leh layan bola plak....heheh
teringat makan roti naan kat restoran taliban in kk..sedaapp gak..
Salam Long,
Memang tidak dinafikan ttg servis yang pantas di kedai mamak ni. Salute kalau makanan tu memang sedap.
Tapi kekadang kena juga jadi pesimis, bukan berburuk sangka...risau kalau2 mamak yang kita sangka rupanya india yang beragama hindu. Kalau mamak Islam insyaAllah bersih dan tertib kedainya tp kalau yg satu lagi memang sebaliknya.
Hambatan waktu dan kewangan...harap Long selalu dilindungi Allah SWT.
Post a Comment