My Followers Who Follow My Blog

Thursday, September 15, 2011

Kurang 2 Minggu Kembali ke London

Seperti mana yang dapat korang saksikan dalam tajuk entri di atas; aku akan kembali ke London dalam tempoh masa kurang daripada dua minggu lagi yakni pada hari Isnin, 26 Sept 2011. Segala persediaan untuk kembali ke London telah aku mulakan secara perlahan-perlahan termasuklah mendapatkan rumah untuk disewa pada next study year. Oh ya, ada kengkawan menasihatkan aku untuk membawa pulang kereta-kereta mewah daripada sana atas AP pelajar. Aku memang dah plan nie daripada awal; namun atas beberapa kesulitan seperti mencari parking murah di tengah bandar London dan kos-kos sampingan yang terlampau tinggi : mungkin aku akan cancelkan plan itu. Selain itu, aku turut mempunyai beberapa update yang nak aku sharekan dengan korang semua yerk!! (^_^)/


london tourist guide tempah barang uk
>Inilah peluang terakhir korang nak tempah barang<


london tourist guide tempah barang uk
>Berminat dengan branded stuff pada harga murah??<


01. Persediaan Awal : Memandangkan tempoh dua minggu bolehlah dikatakan agar singkat, maka aku sudah pun mula mengemas beberapa dokumen penting untuk dibawa ke sana. Selain itu, aku pun try gak untuk mengurangkan pakaian untuk dibawa ke London sebab aku dah ada banyak sangat pakaian di sana. Walaupun sepanjang 3 bulan bercuti summer di Malaysia berat aku sudahpun bertambah lebih daripada 10 kg, tapi aku tetap nak makan anything yang aku mengidam. Adesss! Kalau camnie, berat aku akan terus naiklah!! TT__TT

02. Khidmat Tourist Guide : Aku percaya yang rakyat Malaysia nie memang suka melancong dan antara destinasi utama mereka adalah London. Oleh itu aku sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan any info pasal London ataupun UK dalam sebarang urusan seperti pelancongan dan belajar. Selain itu aku turut menawarkan khidmat tourist guide London untuk sesiapa sahaja yang berminat. Memandangkan aku nie hanya tourist guide amateur; so percayalah bahawa caj dikenakan adalah agak rendah berbanding perkhidmatan tourist guide yang lain. Yeehaaa!!


london tourist guide tempah barang uk
>Perlukan tourist guide kalau datang ke London?<


london tourist guide tempah barang uk
>Aku mampu untuk membantu sedaya upaya aku yerk<


03. Penulis Jemputan : Aku baru sahaja mencipta ruangan baru bertajuk “Penulis Jemputan”yang memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkongsi pengalaman korang ketika belajar ataupun melancong di luar negara. Ruangan ini dicipta bagi memberi peluang kepada kita semua berkongsi pengalaman berharga tersebut dengan para pembaca yang mungkin tidak berpeluang untuk menikmatinya. Sebarang pertanyaan ataupun persoalan bolehlah dirujuk di ruangan “Penulis Jemputan” tersebut.

04. Tempah Barang Daripada UK!! : Memandangkan tahun 2012 adalah tahun terakhir aku di London, maka aku ingin memberi peluang kepada rakan pembaca ataupun sesiapa sahaja yang berminat untuk menempah sebarang items ataupun barangan daripada London ataupun UK. Sekiranya korang berminat dengan accessories iPaq, iPhone atau Blackberry sehinggalah pelbagai kelengkapan lain seperti jersey bola, baju, kasut, beg dan banyak lagi bebarang branded; Karrimor, Clark, Armani, Lacoste, Diesel, Guess, Adidas, Nike, Umbro dan berpuluh-puluh lagi brand : inilah peluang korang untuk mendapatkannya. Ikuti steps yang telah aku terangkan secara meluas di ruangan “Cara Penempahan Barang dari UK”


london tourist guide tempah barang uk
>Penulis Jemputan diperlukan untuk blog aku nie yerk<


london tourist guide tempah barang uk
>Tengoklah antara bebarang branded yang dijual murah di mana-mana<


Itulah dia beberapa perkara penting yang nak aku sharekan dengan korang semua; terutamanya tiga perkara terakhir itu. Sekiranya korang tahu sesiapa sahaja yang memerlukan khidmat tourist guide di London ataupun sudi berkongsi pengalaman di luar negara, bolehlah diforwardkan entri nie kepada mereka semua. Selain itu, step-step yang lengkap telah aku senaraikan sekiranya korang nak menempah sebarang barangan daripada UK. Aku harapkan bantuan korang untuk sharekan dan forwardkan entri nie kepada sesiapa sahaja yang korang rasa berminat. Yeszaaa!! *wakakakaaa!!*


*Doakan agar masa untuk kembali ke London nie berjalan dengan amat perlahan*
[Sebar-sebarkan dan spreadkan entri nie kepada sesiapa yang korang rasa perlu]
    Related Posts with Thumbnails