My Followers Who Follow My Blog

Saturday, June 19, 2010

Persediaan Kembali ke Sekolah Kembali

Semalam aku menggunakan broadband or modem Maxis yang aku pinjam daripada maksu aku (Nur Hidayah Muda) Seharian aku menggunakan modem nie tapi langsung tiada apa-apa yang mampu aku buat sebab ternyata terlampau slow speednya. Kalau nak loading satu page pun, kena refresh banyak kali gakla. Baru aku faham sekarang kenapa korang semua menggelarkan benda nie sebagai berukband!! Macam ngam-ngam jer nama gelaran tu dengan kelajuan dan prestasinya. Ahakz!! Papepon, hari ini aku taknak membebel pasal berukband tapi kita borak bincang pasal benda lain yerk?! *kuikuikui*


persediaan kembali ke sekolah>Duit allocate khas untuk topup wajib ada<


persediaan kembali ke sekolah>Gambar esklusif dari secret file : Jangan pisahkan aku dan Mee Sedap<


Selepas pulang daripada Public Library petang nanti, aku akan join family aku untuk pergi hantar adik perempuan aku balik ke asramanya semula. Sedar tak sedar, cuti sekolah dah pun berakhir dan besok (or lusa) dah mula musim persekolahan baru yerk. Kalau difikirkan balik, banyak jugakla persediaan yang biasa akan aku buat bila aku nak balik ke asrama masa dulu-dulu. Maksud aku ialah persediaan untuk kembali ke sekolah. Antaranya ialah :

01. Makanan : Maggi ataupun mee sedap merupakan perkara wajib ada dan wajib bawa kalau nak balik ke asrama. Walaupun aku seriously sedar yang maggi memang tak baik untuk kesihatan tetapi harganya yang murah dan kuantiti yang banyak menjadikannya makanan ruji di asrama. Kadang-kadang siap boleh buat pesta maggi. Lagipun, rasanya jauh lagi sedap berbanding makanan di dining hall. Seriously!!

02. Pakaian : Aku nie jenis yang agak malas nak polish kasut ataupun seterika baju. Selagi mana aku rasa kasut aku tu warna hitam dan baju aku tak berkedut, selagi tulah aku takkan buat apa-apa. Kalau balik ke asrama, biasanya ayah aku memang akan siapkan pakaian-pakaian yang telah diseterika dan kasut yang sudah dipolish. Sekurang-kurangnya tahanlah dalam 2-3 minggu bekalan tu. Ngeh3!!


persediaan kembali ke sekolah>Nak pergi sekolah : Pakaian kena kemas<


persediaan kembali ke sekolah>Kasut walaupun buruk : Still kena polish kilat-kilat<


03. Wang Ringgit : Semasa aku duduk di asrama dulu, aku tak menggunakan banyak sangat wang ringgit sebab aku jenis yang berjimat-cermat. Biasanya mak aku akan memberi bekalan RM 150.00 sebulan yang mana RM 30.00 untuk topup dan selebihnya untuk benda-benda lain. Walaubagaimanapun, kadar nie mungkin akan berubah mengikut musim : musim hujan, musim exam dan musim yuran.

04. Homework : Aku jenis yang akan siapkan homework awal-awal supaya aku boleh enjoy for the remaining holidays. Tetapi ada juga sekali sekala aku terlepas pandang any homework. Aku akan check dan pastikan semuanya siap sebelum aku balik ke asrama. Kalau ada yang tak reti buat, aku biarkan kosong. Mungkin boleh berbincang (ataupun tiru) daripada member di kemudian hari nanti. Kadang-kadang aku yang kasi tiru. *muehehehe*

05. Gadget : Aku jenis yang balik ke asrama dengan menaiki public transports : tak kiralah ketika di zaman MRSM ataupun KTJ. Jadi, aku akan pastikan battery phone aku dalam keadaan full sebelum aku naik bas sebab aku akan layan lagu biasanya semasa the whole journey. Selain itu, aku juga akan pastikan laptop aku dalam keadaan terbaik dan sudah diservis. Ini memastikan tiada apa-apa problem : terutama di saat-saat genting.


persediaan kembali ke sekolah>Kena pastikan homework dah disiapkan di awal-awal cuti<


persediaan kembali ke sekolah
>Selepas pack : Check barang beberapa kali supaya tidak tertinggal<


Ini merupakan antara persediaan rutin yang biasa akan aku buat setiap kali aku balik ke asrama. Dulu aku selalu akan tertinggal anything di rumah dan aku hanya sedar bila aku dah sampai di asrama. Sekarang tak lagi memandangkan amat seksa kalau tertinggal barang di Malaysia, sedangkan aku berada di London. Sebelum aku keluar dari rumah, memang aku akan check 3-4 kali untuk tak miss anything. Memang agak was-was aku nie. Ahakz!! Korang pulak bagaimana?! Apakah persediaan untuk kembali ke sekolah?! Sharing a bit!! Oh ya, korang dah habis cuti. Aku cuti lagi!! *wakakaka**gelak kejam* ^_^


*Terima kasih kepada Cik Asliza Ahmad untuk header serba baru itu*
[Rambut dah makin panjang : Mak membebel suruh pergi potong tapi aku sayang]
    Related Posts with Thumbnails