Semalam aku menggunakan broadband or modem Maxis yang aku pinjam daripada maksu aku (Nur Hidayah Muda) Seharian aku menggunakan modem nie tapi langsung tiada apa-apa yang mampu aku buat sebab ternyata terlampau slow speednya. Kalau nak loading satu page pun, kena refresh banyak kali gakla. Baru aku faham sekarang kenapa korang semua menggelarkan benda nie sebagai berukband!! Macam ngam-ngam jer nama gelaran tu dengan kelajuan dan prestasinya. Ahakz!! Papepon, hari ini aku taknak membebel pasal berukband tapi kita borak bincang pasal benda lain yerk?! *kuikuikui*
Selepas pulang daripada Public Library petang nanti, aku akan join family aku untuk pergi hantar adik perempuan aku balik ke asramanya semula. Sedar tak sedar, cuti sekolah dah pun berakhir dan besok (or lusa) dah mula musim persekolahan baru yerk. Kalau difikirkan balik, banyak jugakla persediaan yang biasa akan aku buat bila aku nak balik ke asrama masa dulu-dulu. Maksud aku ialah persediaan untuk kembali ke sekolah. Antaranya ialah :
01. Makanan : Maggi ataupun mee sedap merupakan perkara wajib ada dan wajib bawa kalau nak balik ke asrama. Walaupun aku seriously sedar yang maggi memang tak baik untuk kesihatan tetapi harganya yang murah dan kuantiti yang banyak menjadikannya makanan ruji di asrama. Kadang-kadang siap boleh buat pesta maggi. Lagipun, rasanya jauh lagi sedap berbanding makanan di dining hall. Seriously!!
02. Pakaian : Aku nie jenis yang agak malas nak polish kasut ataupun seterika baju. Selagi mana aku rasa kasut aku tu warna hitam dan baju aku tak berkedut, selagi tulah aku takkan buat apa-apa. Kalau balik ke asrama, biasanya ayah aku memang akan siapkan pakaian-pakaian yang telah diseterika dan kasut yang sudah dipolish. Sekurang-kurangnya tahanlah dalam 2-3 minggu bekalan tu. Ngeh3!!
03. Wang Ringgit : Semasa aku duduk di asrama dulu, aku tak menggunakan banyak sangat wang ringgit sebab aku jenis yang berjimat-cermat. Biasanya mak aku akan memberi bekalan RM 150.00 sebulan yang mana RM 30.00 untuk topup dan selebihnya untuk benda-benda lain. Walaubagaimanapun, kadar nie mungkin akan berubah mengikut musim : musim hujan, musim exam dan musim yuran.
04. Homework : Aku jenis yang akan siapkan homework awal-awal supaya aku boleh enjoy for the remaining holidays. Tetapi ada juga sekali sekala aku terlepas pandang any homework. Aku akan check dan pastikan semuanya siap sebelum aku balik ke asrama. Kalau ada yang tak reti buat, aku biarkan kosong. Mungkin boleh berbincang (ataupun tiru) daripada member di kemudian hari nanti. Kadang-kadang aku yang kasi tiru. *muehehehe*
05. Gadget : Aku jenis yang balik ke asrama dengan menaiki public transports : tak kiralah ketika di zaman MRSM ataupun KTJ. Jadi, aku akan pastikan battery phone aku dalam keadaan full sebelum aku naik bas sebab aku akan layan lagu biasanya semasa the whole journey. Selain itu, aku juga akan pastikan laptop aku dalam keadaan terbaik dan sudah diservis. Ini memastikan tiada apa-apa problem : terutama di saat-saat genting.
>Selepas pack : Check barang beberapa kali supaya tidak tertinggal<
Ini merupakan antara persediaan rutin yang biasa akan aku buat setiap kali aku balik ke asrama. Dulu aku selalu akan tertinggal anything di rumah dan aku hanya sedar bila aku dah sampai di asrama. Sekarang tak lagi memandangkan amat seksa kalau tertinggal barang di Malaysia, sedangkan aku berada di London. Sebelum aku keluar dari rumah, memang aku akan check 3-4 kali untuk tak miss anything. Memang agak was-was aku nie. Ahakz!! Korang pulak bagaimana?! Apakah persediaan untuk kembali ke sekolah?! Sharing a bit!! Oh ya, korang dah habis cuti. Aku cuti lagi!! *wakakaka**gelak kejam* ^_^
*Terima kasih kepada Cik Asliza Ahmad untuk header serba baru itu*
[Rambut dah makin panjang : Mak membebel suruh pergi potong tapi aku sayang]
[Rambut dah makin panjang : Mak membebel suruh pergi potong tapi aku sayang]


23 comments:
mcm biase la
siapkan homework yg mane tau je la
isnin mule la proses peniruan di sekolah
lepas tu gosok baju sekolah, prepare kasut stokin supaye tak kelang kelibut nnt
knape terase sekejap je cuti!!!!
normally kena siapkan semua dan check byk kali.
heheh sama laa...walaupon sy nih local uni je tp terseksa gak kalo brg tertinggal..yg tak tahan kena bebel hahah....
kalo sy la kan..b4 balik sy beli brg2 mandian cukup2..tang brg mknan tu tak amik kisah sgt sbb takm inat simpan mknan dlm bilik hehe..
huhu saya time sekolah..amik sekolah harian x nah duduk asrama dah masuk ikm baru stat duduk asrama but the whole sem memang akan balik dua minggu sekali tapi x nah lah tertinggal brg nsb baik sy ikm pekan jauh kut..hohoho
btoii... maggi mknan ruji tuk student.. ahahaha...
mee sedap memang sangat sedap..
lalalallalla..
tension gak kalau ada barang tinggal, walaupun aku ni uni local. Nasib baik umah aku dengan uni aku dekat je..boleh la amik sendiri...huhu
comell kasut skola
hihii :D
segala persiapan nak ke asrama mak yg sediakan..baik punya anak..anak cuma amik tahu tarikh bila nk daftar jer..
p/s: byknyer mkn maggie dlm bekas besar tu..ni mesti lama x pekena maggie..hehe
mak aih....makan maggi kemain lagi....alhadulillah..tengok awak makan pon dah rasa kenyang...kehkeh
sronok time naik cuti skola sbb dah bosan sgt cuti dok lam umah jek..huhu
berukband slow mmg membantutkan activity blogwalking,baru ko rasa skrg.hahah(gelak besar)
komen entry..
pergh..pi sekolah bawa laptop ke bro?
komen header..
cunn..
sib bek aku dulu uma dkat dengan matrik. HAHA. sng kot kalo ade benda tertinggal. calling2 mak suh anto. hoho!
*skunk pon still dalam mood cutyy~ huuuu! xD
dulu maggi memang tak boleh masuk tapi entah kenapa sejak tua tua ni rasa maggi sedap
terima kasih singgah blog akak.tahniah , masuk NST.sorry lambat jengah blog ko.maggi sodap.
haha.. ku pon cuti gak. x jeles lah ;pp
magie mmg sedap!!! hihi
haha.. aku pakai maxis broadband.. agak mahal.. tp speed laju je.. kalo celcom slow skit.. unless gune celcom blue la..
ahaha.. yeah.. meggi makanan rutin sy di u. asal malas je nk trun beli mkanan, meggi saje dirembat. kikiki.. :P
hahaha...baru long rasa
penangan BERUKBAND!
yup,siapkan baju..kst segala
mee sedap memang sedap,tp xsuke the keropok..bkn bwg kan..megi kari ttp pujaan hati
hari tu lupe nak ckp lupe,header tu ctk..owh,org yg buatkan lagi ctk :) kan?
teringat pulak zaman2 dok kat asrama dulu..hehehe
btw,knp besar sgt bekas mkn megi tu??hehehe
Post a Comment