My Followers Who Follow My Blog

Monday, June 14, 2010

Perempuan dan Bola Sepak

A Girl : Sapa lawan sapa bola tu? Siapa menang?
Aku : Germany lawan Australia. Germany mendahului 2-0.
A Girl : Hebat Germany. Malaysia?
Aku : Malaysia dah menang tadi. 2-1 lawan Portugal.
A Girl : Yerker? Malaysia join gak yerk?!
Aku : Yerla. Tak tahu ker?
A Girl : Tak pun. Hebat jugak Malaysia eh.


perempuan main bola>Semua orang sukakan bola : Samada laki or girl<


Entri ini ditulis ketika half time perlawanan antara Germany dan Australia untuk World Cup 2010. Keputusan separuh masa pertama ialah 2-0 dan aku harap Germany boleh score lagi banyak goal dalam second half nanti. Selain daripada Germany, aku turut menyokong beberapa pasukan lain. Antaranya ialah Holland, Denmark, Sweden, North dan South Korea, Japan dan juga Mexico. Banyak tul pasukan aku support kan?! Harap-harap ada satu team yang akan menang World Cup 2010. Korang pulak macam mana?! *_? Memandangkan hampir semua tengah demam bola dan kebanyakan blog pun bercakap pasal World Cup 2010, aku sendiri pun taknak ketinggalan. Tetapi berbeza dengan blogger-blogger lain yang banyak membuat entri rangkuman match World Cup 2010, aku mahu tulis pasal isu bola yang lain. Asalnya aku nak tulis pasal pasukan-pasukan yang aku support tapi takut ada yang tak sekepala kan. Pastu aku ingat nak cerita tentang pengalaman semasa World Cup dulu-dulu tapi risau bosan pulak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk tulis pasal "Perempuan dan Bola Sepak"


perempuan main bola>Penyokong perempuan bola sepak Brazil<


perempuan main bola>Yang nie pulak penyokong Korea : Tutup mata semua<


Semasa di awal entri nie, aku sertakan perbualan antara rakan girl aku dan aku semasa tengah tengok match World Cup 2010. Tergelak jugaklah aku sebab dia percaya dengan dakwaan aku pasal team Malaysia tu. Untuk Malaysia bermain di World Cup, masih terlampau jauh lagi. Adoi! Gelak guling-guling lagi aku nie!! *muehehehe* Kesian dia sebab tak tahu sangat pasal bola sepak. Pada pendapat aku, sukan bola sepak memang sinonim dengan lelaki dan kalau ada girl yang minat ataupun fanatic dengan bola sepak, mungkin agak janggal nampaknya. Tapi ada kemungkinan berlaku kan?! Bila aku tengok World Cup 2010, nampaknya makin ramai penonton dalam kalangan perempuan. Aku harap diorang semua enjoy match dan bukan semata-mata nak tengok pemain-pemain yang hensem jer. Di Malaysia pun, aku percaya ada girl yang sanggup tak tidur malam untuk tengok bola. Lagipun ramai jer blogger girl yang dalam demam World Cup sekarang nie kan? Selain itu, ada juga girl yang suka dan enjoy bermain bola sepak ataupun futsal. Ini memang perkembangan yang bagus dan bola sepak bukan lagi diconsider sebagai sukan untuk lelaki sahaja. ^_^


perempuan main bola>Tahukah korang bola sepak wanita wujud?!<


perempuan main bola>Aku sokong Germany jua : Korang pula bagaimana?!<


Pada pendapat aku kan, bola sepak nie sukan yang universal dan sesiapa saja boleh join tanpa mengira jantina. Samada minat ataupun tidak. Kalau si lelaki boleh minat bola jaring, kenapa si perempuan tak boleh minat bola sepak kan?! Yang penting, minat tu pun minat jugak. Jangan sampai dah terlebih masyuk dan benda-benda lain dipinggirkan. Selain tu, sesiapa yang berjaga malam untuk tengok bola tu, korang boleh sambung buat solat sunat dan qiamulail terus sementara menunggu subuh. Tak ke bagus kalau macam tu?!


*Aku nak tahu: Korang sokong siapa?! Cepat cakap!!*
[Entri ditulis semalam tapi dipublish hari nie di Cyber Cafe]
    Related Posts with Thumbnails