My Followers Who Follow My Blog

Monday, June 14, 2010

Perempuan dan Bola Sepak

A Girl : Sapa lawan sapa bola tu? Siapa menang?
Aku : Germany lawan Australia. Germany mendahului 2-0.
A Girl : Hebat Germany. Malaysia?
Aku : Malaysia dah menang tadi. 2-1 lawan Portugal.
A Girl : Yerker? Malaysia join gak yerk?!
Aku : Yerla. Tak tahu ker?
A Girl : Tak pun. Hebat jugak Malaysia eh.


perempuan main bola>Semua orang sukakan bola : Samada laki or girl<


Entri ini ditulis ketika half time perlawanan antara Germany dan Australia untuk World Cup 2010. Keputusan separuh masa pertama ialah 2-0 dan aku harap Germany boleh score lagi banyak goal dalam second half nanti. Selain daripada Germany, aku turut menyokong beberapa pasukan lain. Antaranya ialah Holland, Denmark, Sweden, North dan South Korea, Japan dan juga Mexico. Banyak tul pasukan aku support kan?! Harap-harap ada satu team yang akan menang World Cup 2010. Korang pulak macam mana?! *_? Memandangkan hampir semua tengah demam bola dan kebanyakan blog pun bercakap pasal World Cup 2010, aku sendiri pun taknak ketinggalan. Tetapi berbeza dengan blogger-blogger lain yang banyak membuat entri rangkuman match World Cup 2010, aku mahu tulis pasal isu bola yang lain. Asalnya aku nak tulis pasal pasukan-pasukan yang aku support tapi takut ada yang tak sekepala kan. Pastu aku ingat nak cerita tentang pengalaman semasa World Cup dulu-dulu tapi risau bosan pulak. Jadi, aku mengambil keputusan untuk tulis pasal "Perempuan dan Bola Sepak"


perempuan main bola>Penyokong perempuan bola sepak Brazil<


perempuan main bola>Yang nie pulak penyokong Korea : Tutup mata semua<


Semasa di awal entri nie, aku sertakan perbualan antara rakan girl aku dan aku semasa tengah tengok match World Cup 2010. Tergelak jugaklah aku sebab dia percaya dengan dakwaan aku pasal team Malaysia tu. Untuk Malaysia bermain di World Cup, masih terlampau jauh lagi. Adoi! Gelak guling-guling lagi aku nie!! *muehehehe* Kesian dia sebab tak tahu sangat pasal bola sepak. Pada pendapat aku, sukan bola sepak memang sinonim dengan lelaki dan kalau ada girl yang minat ataupun fanatic dengan bola sepak, mungkin agak janggal nampaknya. Tapi ada kemungkinan berlaku kan?! Bila aku tengok World Cup 2010, nampaknya makin ramai penonton dalam kalangan perempuan. Aku harap diorang semua enjoy match dan bukan semata-mata nak tengok pemain-pemain yang hensem jer. Di Malaysia pun, aku percaya ada girl yang sanggup tak tidur malam untuk tengok bola. Lagipun ramai jer blogger girl yang dalam demam World Cup sekarang nie kan? Selain itu, ada juga girl yang suka dan enjoy bermain bola sepak ataupun futsal. Ini memang perkembangan yang bagus dan bola sepak bukan lagi diconsider sebagai sukan untuk lelaki sahaja. ^_^


perempuan main bola>Tahukah korang bola sepak wanita wujud?!<


perempuan main bola>Aku sokong Germany jua : Korang pula bagaimana?!<


Pada pendapat aku kan, bola sepak nie sukan yang universal dan sesiapa saja boleh join tanpa mengira jantina. Samada minat ataupun tidak. Kalau si lelaki boleh minat bola jaring, kenapa si perempuan tak boleh minat bola sepak kan?! Yang penting, minat tu pun minat jugak. Jangan sampai dah terlebih masyuk dan benda-benda lain dipinggirkan. Selain tu, sesiapa yang berjaga malam untuk tengok bola tu, korang boleh sambung buat solat sunat dan qiamulail terus sementara menunggu subuh. Tak ke bagus kalau macam tu?!


*Aku nak tahu: Korang sokong siapa?! Cepat cakap!!*
[Entri ditulis semalam tapi dipublish hari nie di Cyber Cafe]

31 comments:

SyuQ said...

adik perempuanku kaki bola...

tidur bola, mkn bola...

tp tetap maintain ayu... :-)

Anonymous said...

saya tak mcm tu. phew~
saya minat bola, walaupun x la kaki bola sgt. but still, ikut la epl ke liga perdana malaysia ke, world cup ke :D

p/s: i'll go for England! now & forever! :P

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

rasanya ramai juga perempuan yang ikut bola. mungkin tak di malaysia la. kalau kat tempat lain ramai gak tau dan follow. takde la cume tahu beckham dan christiano ronaldo je. hahahah

Ibu Ammar said...

tak pelik langsung pempuan minat bola, sebab aku minat sesangat, nanti start suku akhir mmg takkan miss tengok punya sampai ke final, GERMANY tetap mantap tanpa Ballack.

aku sokong Japan, Korea Selatan,(team Asia) dan juga Spain, Germany n Itali.

aku harap Brazil n France balik awal. kahkahkah.!

Danial Jaafar 🇲🇾 said...

terlupa plak nak cakap team yang aku sokong. korea selatan. hahaha!!

Kie-yu said...

erk
saye buta world cup
betul ke Msia ada?
hee

Ann said...

ada adik lelaki ak yg tak minat bola, bila ak borak ngn dia psl bola...dia blurr..hehe

yg ni mmg pelik

Fatin said...

sy memang mnat bola.. dan x salah dan x janggal bila pompuan minat dan maen bola.. apa salahnya.. dan sy sokong spain..

Anonymous said...

spain & argentina..

sebab spain ade torres..

haha!

aci x????

FA.SA'A said...

haha. tak semua gurl macam gurl yang borak dgn kaw tu long! aku nak cite sikit mase lionel messi baru nak naik, cikgu aku ade tanya sape kenal? org pertama angkat tgn seorang perempuan ye. mngkin jugak budk2 laki kelas aku dulu skema! hahahaha. aku mmg gile bola tp tak pandai main! ;p


team feveret : ENGLAND + SOUTH KOREA :D

senandung semalam said...

i sokong england... ;)

cermin said...

sy minat argentina... kaki bola tak, tapi menonton perlawanan bola kat astro ya. maradona player...

syazwanizrashid said...

sy sokong germany!!tp xsuka tgk pmpuan men bola.kate ckgu sy,,pmpuan mlysia yg men bola neh bajet jantan jer.tp kalo ngara lain punye pmpuan,still ayu even player bola.pmpuan men bola tak best la.tgk skali je.tu pon skjap je.sbb dorg maen tak best!!lelaki jugak maen best... :))

::cik asha:: said...

sy sokong spain...brazil..portugal..
:)

Murni Alfathunnisa said...

klu tgk match bola...mesti tertido..dah cuba buat..tp tk berjaya...nak kata tk minat..minat jugak..huhu

Wahidah said...

i luv football also..n my fav team is england n netherlands..

tp sedikit hampa ngan game yg lepas..
n i also enjoyed futsal..besh per layan soccer..:)

farida tarmize said...

disebabkan bola lah tekak ku kering jawab panggilan nak tambah pakej bola.mak aihhh..last minit baru nak tambah..

Unknown said...

aku tiru pompuan yg berborak2 tu..hahaha..sokong malaysia!!!

hahahaha..aku sokong spain~

My latest post:Superhero sejak lahir

Nurul a.k.a Riko said...

entahlah! ahkak mmg tak minat bola. Kalo tgk pun...end up tgk players yg encem2 ajer. Letih tawwww...tgk derang dok kejar bola..ahkak tgk pun rasa penat.

Since..kat family ahkak tak ada saper yg sokong Asian...so ahkak sokonglah..cam South Korean. Hubby ahkak sokong Spain. W/pun x minat bola...hubby ahkak akan bercerita gak pasal perlawanan bola nie kat ahkak...so layan ajerlah.

Anonymous said...

long...kita serupa...tapi aku masih terkenangkan Oliver Khan..huhuhu


Jom Komen:
Real Man Don’t Use Antivirus

Melor said...

ARGENTINA-BRAZIL-KOREA

Shuk said...

ak tak minat main bola, tapi layan kalau tengok bola kat dpn tv..adik bongsu ak je yang ske main bola. ak sokong ghana la..kekeke ~

Sheherazade said...

korea :),argentina dan england mengecewakan

p/s-kurang minat bola sepak wanita

jeritan bebas said...

pmpuan minat bola sepak sbb ramai pmain star bola sepak ni hensem² semua nye. . .

Berto said...

belanda...ORANJE BOVEN!!

buyat(bebola tomato) said...

ahahaha "garang" penyokong korea tuh

Rina Rossoneri said...

xperlu aku cakap,ko dah tau kan.. match team lain smua aku malas nk tgk..world cup nih aku xbape nak smangatlah..aku lagi smangat tgk champ league..stakat ni aku baru tgk satu match penuh je(paham2 jelah team mana)..

CeritaSekupang said...

ada yangminat bola time world cup sja....cuba try tnya liga perdana malaysia...apa kes...haha..

Elong Bujang said...

supporter korea tu...cantik juge...long...

Anonymous said...

netherland terbaik...

Anonymous said...

aku minat bola sbb fernando torres,hehe :).. tp bila dah mula knl bola tue apa,.. lg sweet jdnya...

mana ada malaysia msuk world cup.. isshh.. x baik keletong your girl..

    Related Posts with Thumbnails