My Followers Who Follow My Blog

Sunday, June 13, 2010

JANGAN dan PATUT di Majlis Kenduri

Alhamdulillah. Semuanya berjalan dengan agak lancar sekarang. Aku makin dapat membiasakan diri dengan cuaca dan kesusahan di Malaysia (internet terutamanya). Blog aku pun tidak lagi seaktif dulu sebab kurangnya blogwalking yang dapat aku buat tapi aku pasrah sahaja dengan tiada kemudahan internet. Oh ya, pasal bilik sewa, aku tengah menunggu kata putus daripada member aku pasal rumah makcik dia. Harap-harap dapatlah stay di sana nanti. Selepas dapat kata putus tu, baru aku boleh mulakan next step : mencari bilik sewa kalau tak dapat bilik dan broadband jua. ^_^


perangai di majlis kenduri>Musim cuti sekolah memang masa terbaik untuk weight gain<


perangai di majlis kenduri>Muehehe : Kami lagi hensem daripada pengantin<


Sekarang nie musim cuti dan jemputan kenduri pun bertimbun-timbun. Sehinggakan satu hari tu ada dalam lima or enam jemputan. Terpaksa berbahagi-bahagi supaya tidak ketinggalan mana-mana. Dahla aku dah lama tak makan makanan melayu : semuanya aku angkut tadi. Nasi beriani, nasi minyak, ayam merah dan kuih-muih : sedap semuanya. Tetapi kan, semasa aku pergi kenduri tadi, ada macam-macam ragam orang yang duk makan. So, entri nie, aku nak "ajar" sedikit apa yang PATUT dan JANGAN dibuat ketika makan kenduri. Pendek jer : baca bawah yerk!!

1. JANGAN kutuk ataupun cakap makanan yang disediakan di kenduri tu tak sedap ataupun kurang "urmph!!" berbanding di kenduri lain. PATUT puji makanan di situ sedap dan cuba tanya tuan rumah samada leh tapau bawak balik rumah tak.

2. JANGAN menambah makanan lebih daripada dua kali. Tambah sekali kira okay. Tambah dua kali kira boleh tahan. Tapi kalau tambah lebih daripada tu, maknanya tak cukup makan di rumah sendiri tu. PATUT cuba ambil sebanyak mungkin makanan dalam pinggan semasa cubaan pertama dan hanya tambah bila tak ramai orang. Tambah pun banyak-banyak jugak.

3. JANGAN banyak sangat cerita pasal anak sendiri. Contohnya cerita di mana tempat belajar ataupun tempat kerja ataupun bila nak kahwin. PATUT buat-buat tanya pasal anak orang lain supaya orang lain pun tanya pasal anak kita sendiri. Ngeh3!! Hipokrit tul!!


perangai di majlis kenduri>Bawa Tupperware supaya boleh tapau makanan<


perangai di majlis kenduri>Masa di kenduri sebegini untuk mencari bakal isteri<


4. JANGAN habiskan masa terlalu lama di majlis kenduri sehinggakan tuan rumah pun macam serabut. Ada manusia yang jenis suka berborak lama. Golongan sebegini leh sambung borakan lain kali. PATUT gunakan masa seefisien mungkin. Datang, makan, tegur sapa dan blah. Kurang dari setengah jam dah settle kut.

5. JANGAN pakai barang kemas penuh di lengan dan leher. Selepas tu, buat-buat macam nak tunjuk kat hadirin. PATUT pakai barang kemas yang sekadar termampu. Perempuan tak payah nak tarik lengan baju sebab tu kan aurat. Tul tak?!

6. JANGAN lupa untuk bawa kad jemputan kahwin bersama-sama masa nak travel. Kadang-kadang dalam satu kampong ada banyak majlis kenduri. Kan sesat nanti kan! PATUT bawa kad jemputan ke mana-mana sahaja dan tidak lupa untuk minta bunga telur sebelum balik. Tak pun cokelat 20 sen tu -_-"

7. JANGAN tak pergi langsung any kenduri yang dijemput kerana hukumnya adalah fardhu kifayah. PATUT pergi semua kenduri yang dijemput sebab dapat jumpa orang dan lebih penting, dapat jimat kos memasak. Rezeki lebih sedikit bolehlah tapau makanan bawak balik rumah. Wakaka!!


perangai di majlis kenduri>Kenduri confirm ada majlis mengumpul maklumat : Mengumpat<


perangai di majlis kenduri>Dah habis makan satu round : Ambil satu round lagi<


perangai di majlis kenduri>Berjumpa dengan geng-geng dan member-member lama<


Settle pasal kenduri. Sebagaimana yang aku bagitahu sebelum nie, aku menggunakan perkhidmatan wifi free di Public Library Terengganu. Memang amat slow dan aku tak mampu nak buat blogwalking sekerap sebelum nie. Tapi aku akan update new entri setiap hari. Jadi, korang datang sahaja anytime untuk membaca celoteh aku kalau sudi. Alright!! Sekarang masa untuk tengok match England lawan USA. Capello akan menyesal sebab tak bawak Walcott!! *muehehehe*


*Datang ke Public Library dengan kereta : Berzaman tak drive nie*
{Puas hati dengan result-result semalam terutama match England : Padan Muka!!]

20 comments:

saya_arief said...

kenduri bez..
makan free....
haha..

senandung semalam said...

sonok mkn fre... ;)))

Rina Rossoneri said...

hahahahahaha...tahniah pada england

Nurul a.k.a Riko said...

wah! beshnyer dpt berkumpul dgn member2.

hazeleyed lady said...

The dos and donts...
Jangan sesekali tapau2 lauk kenduri unless tuan rumah yang beri...hahaha!

Artzlizan said...

sangat betul bro...

~fisha~ said...

follow u~~~~
invite u to visit n follow me~

rhapsody LiN said...

hehe.. x pernah dibuat org bwk tupperware g kenduri
-_-"


dlu mase kecik2 malas giler nk g knduri.. pastu dh umo 20 ni mcm bes plak g kenduri. time2 ni je lah pon nak jumpe member2 balik. ;p

adiezaqistina said...

nak buat mcm mn manusia rambut sama hitam tapi hati...lain2..so paham2 jer arrr..insyaallah ibu dini tidak menajdi salah seorang darinya..amin..

Mama Zharfan said...

memang cuti sek ni byk benor kenduri, my uncle so far dh dpt 20 jemputan kenduri kawin!

Najmi Hayat said...

tidak puas ati dengan GREEN. mistake yg sangat sengal!

nina suhaina said...

aku setuju ngan tips ko ni hafiz. ekeke..

Ann said...

england patut myesal kot..hnye mampu seri jer...

Sheherazade said...

pesta kad kuning kah ape?hihi

kenduri dan buat ketupat ish3

mr cekodok said...

ko lupe bro.setelah makan gi salam "isi" ng tuan rumah.jgn ingt mkn free.hihi

nairaariaa said...

byk nyerr jgn..haha...tp btol la tu...hai

Nurul Mazni Sawal said...

menarik entry nie..
well, kalau dlu time awak kat london, no prob dengan internet kan??
kat malaysia ni dah lama cm nie..sbr jerlah~
btw, sy ada award untuk awak..
jgn lupa ambik yer~
3 Awards in A row

tehr said...

septutnya tuan kenduri tu sediakan satu khemah khas untuk kaki borak

sediakan juga air minum dan kuih muih mana yang patut

baru la rancak kenduri - hahaha

zai said...

kenduri mmg tgh hot sekrang, dekat rumah mesti gantung periuk. tp ponatt meh mau kejar pegi semua kenduri, bukan penat hape, penat membesar dlm kereta asyik duk ats jalan je

zai said...

kenduri mmg tgh hot sekrang, dekat rumah mesti gantung periuk. tp ponatt meh mau kejar pegi semua kenduri, bukan penat hape, penat membesar dlm kereta asyik duk ats jalan je

    Related Posts with Thumbnails